
Baru merasa nikmatnya bergelar ibu, pelakon cantik, Intan Najuwa mengakui kuatnya emosi apabila bergelar seorang ibu.
Bahkan kata Intan lagi dia mengakui dirinya tidak kuat apabila perlu menjaga bayinya seorang diri.

Disebabkan itulah dia sangat menghormati golongan ibu yang menguruskan anak mereka tanpa seorang pembantu.
Menerusi siaran langsung Intan Najuwa atau nama sebenarnya, Datin Intan Najuwa Abdul Wahid menyatakan rasa kagum terhadap golongan ibu yang menjaga anak-anak tanpa bantuan helper memandangkan dia sendiri tidak kuat dengan hal itu.
“Kepada semua ibu-ibu yang menjaga anak tanpa pembantu, korang memang kuat.
“Saya sangat hormat para ibu yang jaga anak terutama yang baru lahir.
“Saya tidak sekuat korang untuk jaga seorang diri sebab mungkin saya jenis tak kuat dari segi mental,” ujarnya.

Tambah Intan lagi, dia mendedahkan turut menangis sama apabila anak sulungnya Imane Lunara menangis sehingga membuatkan suaminya pening kepala.
Atas sebab itu kata Intan dia sangat memerlukan bantuan pembantu dalam menguruskan anak kerana kadang kala situasi yang dihadapi menjadi hura hara apabila anak mulai meragam.
“Saya yang ada pembantu pun pening. Puting ke sana, botol susu dah ke sana, bedung entah dekat mana.
“Luna nangis, saya pun nangis. Lepas itu, bila kita tengah tukar lampin sambil dia menangis, kita pulak panik.
“Sampai lupa nak buat apa,” katanya lagi.
Ramai yang menghargai pujian yang diberikan pelakon itu kerana mengakui bukan mudah menjadi seorang ibu yang baru melahirkan anak tanpa dibantu oleh sesiapa lebih-lebih lagi ketika dalam pantang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
7 Masalah Ini Penghalang Wanita Untuk Hamil. Masih Ada Harapan Jika Ubah Gaya Hidup

Dr, period saya lewat tapi UPT negatif..Dr, period saya dah 3 bulan tak datang..Dr, period saya yang terakhir 3 tahun lepas..Dr, saya ni dalam setahun tu berkali-kali kena makan ubat lawas period. Kalau tak makan ubat, period tak mai langsung..Dr, ada cara lain tak nak bagi period teratur selain makan ubat perancang? Sebab saya nak try pregnant.
Banyak lagi kes, tapi ni sebahagian saja.
Cuba teka, apa persamaan semua wanita ni? Yes. Mereka ni boleh kata almost 99% overweight. Dan mostly ada symptoms PCOS.

Polycystic ovarian syndrome.
KETAHUI 7 BENDA SCARY BILA ADA PCOS
(No.7 tu nauzhubillah)
- Hormon lelaki dia terlebih. Boleh buat jerawat jadi meriah. Bulu badan pun lebat, pernah saya jumpa yang tumbuh misai dan janggut. Yes, wanita tapi ada janggut.
- Disebabkan hormon tak seimbang, period pun jadi celaru, ting tong.
- Masalah ketidaksuburan sangat common. Susah mengandung.
- Dahlah payah sangat pregnant, tapi bila lekat mudah pulak mengandung
- Biasanya PCOS selalu jadi pada wanita yang overweight atau obes.
- Insulin dia pun ada “weng” skit. Jadi boleh dapat kencing manis. Ada yang datang klinik masalah period, bila kita cek gula terus dapat detect kencing manis.
- Dinding rahim boleh jadi terlebih tebal. Sepatutnya dia jatuh sebagai period. Tapi tak turun-turun darahnya. Bahaya tau, ni kita panggil endometrial hyperplasia yang berisiko berubah jadi kanser rahim
Takut kan? PCOS ni boleh cuba diatasi mostly dengan mengubah lifestyle!
- TURUNKAN BERAT BADAN.
Kalau kita dapat turunkan 10% berat pun, lebih 55% period boleh jadi teratur semula - UBAH GAYA PEMAKANAN
Makan makanan tinggi protein & fiber dan rendah carbo. Elakkan processed food dan makanan “merepek” seperti jajan dan lain-lain. - SENAMAN
Exercise secara berkala. 5x seminggu. Dapat 20 minit sehari pun ok dah. Buat TABATA ke. Yang mana sesuai dengan kapasiti masing-masing. - PEMERIKSAAN DR
Buat pemeriksaan Dr, kalau ada kencing manis perlu dapatkan rawatan. Kalau ada jerawat teruk atau bulu badan yang terlalu banyak, ada rawatannya. - RAWATAN KESUBURAN
Kalau nak mengandung, boleh ke klinik untuk rawatan kesuburan. Jika ubat tak berkesan, mungkin pakar boleh buat rawatan surgical. Tapi seeloknya hamil bila berat badan <80kg untuk elakkan risiko-risiko tertentu semasa hamil.
Sumber: Dr Hana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Isteri Tak Ada Masalah Untuk Mengandung Lagi, Tapi…”, Luahan Suami Yang Sayangkan Isterinya, Hebat!

Siapa yang tak nak anak ramai kan? Lagi-lagi bila usia masih lagi muda dan berkemampuan untuk menambah zuriat. Seronok memang seronok, tapi bila memikirkan kesihatan si isteri, apatah lagi yang beranak kerap, suami perlu buka mata.
Luahan hati suami bernama Firdaus Shakirin di facebooknya ini benar-benar menyentuh hati kita. Benar, nyawa isteri lebih penting daripada segala-galanya.

Teringat saya satu kisah yang berlaku pada diri saya, back in 2014. Saya anak dah 3 sekarang, 2 perempuan, 1 lelaki…doktor kata dah cukup dah (faham tak?). Kalau diikutkan diri sendiri, memang nak anak ramai, tapi kena fikir kemampuan isteri jugak, boleh atau tak boleh, keadaan dirinya mengizinkan atau tak mengizinkan untuk dia mengandung lagi, beranak lagi.
Masa isteri nak melahirkan anak kedua, doktor panggil saya masuk labour room, doktor cakap uri terlekat di rahim. Kalau dia tak dapat pisahkan uri dan rahim, maka dia akan buang rahim. Keadaan ini berbahaya dan boleh menyebabkan maut, dia tak boleh tunggu lama-lama, boleh mengakibatkan pendarahan yang serius.
Doktor minta izin saya untuk buang rahim isteri.

Isteri dah nangis-nangis dah. Saya pun tahu sebb apa, kalau buang rahim, dia takkan boleh mengandung lagi dah. Dia tak boleh bagi zuriat kat saya lagi dah. Saya tengok isteri saya, saya pulak rasa sebak, then saya cakap kat doktor, “Kalau ianya melibatkan nyawa, buanglah rahim tu doktor, saya nak isteri saya selamat. Bab anak ni, cukup dengan apa yang dah ada, yang saya dah dapat, yang Allah dah bagi. Sekurang-kurangnya, saya dah ada anak daripada orang yang tak ada anak lagi”. Macam tu ja nak sedapkan hati saya, dan hati isteri.
“Jangan menangis, jangan fikir banyak, abang terima seadanya diri ayang, abang cuma nak ayang selamat sahaja”
Selesai ja pembedahan, anak dah keluar, isteri pun keluar, doktor cakap kat saya, “Alhamdullilah, rahim isteri awk masih ada, uri dapat dipisahkan dari rahim…” Saya bersyukur sangat-sangat sebab isteri saya selamat. Ini yang lebih penting…bab rahim tu, tak fikir apa dah.

Sekarang anak dah tiga, masa anak no 3 tu, doktor dah buat BTL, potong terus dah. So, cukup setakat 3. Ketiga-tiga anak keluar dengan kaedah Caesaran. Doktor cakap, perut isteri tu dah nipis, kat tempat luka dia tu, sebab tiga-tiga anak jarak dekat-dekat dan potong tempat yang sama. Bila doktor kata, ini jalan yang terbaik, maka saya ikut sebab saya sayangkan isteri saya, saya lebih perlukan dia di dunia ni. Kalau baik untuk isteri, maka baiklah untuk saya. Apa yang saya nak tu, nak anak ramai-ramai tu, bungkus tepi, baling jauh-jauh. Keadaan dan kesihatan isteri lebih penting.
Mugkin jugak Allah uji saya macam ni, nak tgok saya mampu terima takdir dan ketentuan DIA atau tidak. Tentang apa yang saya nak dalam hidup ni, nak anak yang ramai ke, atau nak ada isteri yang sihat dan selamat. Namun saya cukup-cukup bersyukur dengan apa yang saya dah ada, tak lebih, tak kurang, dah lengkap sebenarnya hidup saya. Cukup sempurna dah…

Isteri ni, kebanyakkannya tak ada masalah untuk nak mengandung berapa kali pun, as long as kita bertanggungjwb dengan apa yang kita buat. Jangan sekadar tahu buat anak sahaja tapi tak tahu jaga anak…
Semoga bermanfaat untuk semua yang membaca. Anak tu tanggungjawab ibu dan bapa…bukan ibu sahaja, tapi kena sama-sama jaga.
Kredit: Firdaus Syakirin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu Gugur Pun Perlu Berpantang Cara Yang Betul. Bukan Boleh Main ‘Taram’ Sahaja Untuk Pastikan Rahim Benar-Benar Pulih

Ibu yang mengalami keguguran tidak boleh memandang ringan soal berpantang. Sama seperti ibu yang melahirkan, anda juga harus berpantang. Penting untuk anda menjaga kesihatan di dalam pantang agar pulih seperti biasa.
Berpantang dengan cara yang betul membolehkan anda hamil untuk kali seterusnya dengan kemungkinan tiada sebarang masalah. Ikuti perkongsian terapis bertauliah dan pengasas ELLEEN Confinement & Ladycare, Ilyani Mohd Ghazali, tentang tip berpantang selepas mengalami keguguran.
Berapa Lama Harus Berpantang?
Tempoh berpantang yang ideal jika seorang ibu mengalami keguguran pada trimester pertam adalah selama 30 hari. Selama tempoh tersebut juga, hubungan intim perlu dielakkan kerana ibu masih dalam proses pemulihan. Sekurang-kurangnya seseorang wanita disyorkan berpantang selama dua minggu selepas disahkan keguguran, sama seperti tempoh cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital.
Jika mengalami demam teruk atau terdapat pendarahan yang berpanjangan serta lelehen berbau pada faraj selama tempoh itu, rujuklah masalah anda kepada doktor. Hadkan pergerakan. Jangan terlalu aktif dan buat kerja berat sekurang-kurangnya sebulan selepas anda mengalami keguguran.
Dalam tempoh berpantang, emosi si ibu sangat sensitif dan perlu dijaga. Oleh itu ibu perlu berada dalam suasana yang tenang, positif serta mendapat sokongan penuh dari orang terdekat terutamanya si suami.
Pantang Cara Tradisional
Ketika berpantang, berurutlah seluruh badan. Tetapi jangan pula dibuat urutan sengkak rahim pada awal tempoh berpantang. Jika masih mahu melakukannya, si ibu perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 hari selepas keguguran. Ibu juga dibenarkan untuk bertungku seluruh badan setiap hari selepas habis tempoh pantang.
Buat juga rendaman faraj, bertangas kering (bermula pada hari ke 30 selama 14 hari), dan berbengkung dengan sapuan ubat barut (jika gugur pada kandungan yang sudah besar). Jika berada di tempat berhawa dingin, pakailah baju lengan panjang lengkap berstokin.
Angin berbisa mampu masuk ke badan wanita melalui ubun-ubun dan ibu jari kaki selepas bersalin. Tidak mengikut amalan ini mungkin akan membuatkan ibu mudah diserang angin sejuk sepanjang masa. Badan mudah lenguh dan kerap sakit pada pinggang, lutut dan tumit.
Seboleh-bolehnya tunggulah sehingga dua bulan sebelum mengangkat berat. Tabiat mengangkat berat ketika pantang gugur menyebabkan rahim menjadi lemah. Peranakan ibu mudah jatuh dan mengakibatkan ibu selalu diserang sakit pinggang. Paling merisaukan, risiko untuk keguguran berulang juga ada.
Walaupun tidak bersalin, keguguran menunjukkan rahim anda bermasalah. Pengambilan herba sesuai untuk merawat luka selepas prosedur D&C, memantapkan otot sekeliling faraj serta menyihatkan rahim. Jika betah mengamalkan herba, ibu berpotensi untuk meroyan. Selain itu, banyakkan duduk untuk menjaga rahim agar mudah sembuh untuk mengelakkan keguguran berlaku lagi.
Mahu Hamil Semula
Waktu selamat untuk hamil semula selepas keguguran ialah selepas tiga kali kitaran haid. Hal ini penting agar rahim anda benar-benar pulih untuk hamil semula. Setiap ibu yang mengalami keguguran akan mempunyai perasaan trauma dan risau untuk hamil semula. Sebelum melakukan hubungan intim bersama suami, seharusnya anda harus pastikan mental dan fizikal anda bersedia untuk sebarang kemungkinan. Jika mahu bersama dengan suami buat kali pertama selepas keguguran, wujudkan suasana romantik seperti di awal kehamilan agar anda berdua dapat mendalami momen itu tanpa perlu merasa stres.
Walaupun tidak melahirkan anak, pengorbanan anda ketika mengandung sebelum keguguran adalah pengorbanan yang besar. Pulihkan diri anda, baik mental dan fizikal sebelum membuat keputusan untuk hamil lagi. Jaga diri dan ikutlah saranan pakar untuk kembali sihat seperti biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


