Pelakon Intan Najuwa yang selamat melahirkan bayi sulungnya pada 15 Disember lalu kini semakin sihat dan pulih dari proses melahirkan cahaya matanya.
Malah Intan juga dilihat turut berkongsi momen berpantangnya di media social termasuk beberapa keping gambarnya bersama buah hati tersayang, Imane Lunara di Instagramnya.
Apa yang membuatkan wargamaya kagum pastinya dengan kecantikan asli Intan biarpun ketika dalam pantang dan proses pemulihan tubuhnya.
Malah Intan kini dilihat semakin sihat malah melemparkan senyuman manis bersama puteri kesayangannya bersama suami.
“In my girl mum era,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Melalui entri itu, Intan dilihat menggendong si comel Imane Lunara tanpa menunjukkan wajah comel si kecil itu.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya turut memuji kecantikan Intan malah tidak sabar melihat wajah Intan junior yang dikongsikan Intan nanti.
Terdahulu, Intan selamat melahirkan cahaya mata perempuannya pada 15 Disember lalu. Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos pada tahun dalam sebuah majlis yang diadakan di One and Only Desaru Coast di Desaru, Johor.
Menarik: Sijil Lahir Anak Hilang, Ni Cara Mohon Semula Secara Online Di JPN. Mudah!
Bantuan Awal Persekolahan 2025 BAP Diteruskan, Ini Tarikh & Semakan Mak Ayah!
Lima Peralatan Rumah Boleh Jadi Beban Kalau Tak Guna, Fikir Dulu Sebelum Beli!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syukur Dapat CL Baik Ketika Pantang “Dah Nak Balik Pun Masih Sempat Tukar Lampin Baby & Sediakan Mandian Herba”
Penjaga ketika berpantang atau mesra di sebut confinement lady (CL) merupakan servis yang tidak asing lagi pada zaman ini disebabkan kekangan untuk pulang bersalin di kampung dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa di kampung.
Rata-rata ibu yang bakal bersalin memilih untuk mengupah CL daripada syarikat yang menawarkan servis ini kerana lebih mudah dan akan menjaga bayi serta ibu ketika tempoh berpantang. Dari urutan ibu, mandian selepas bersalin dan juga memasak serta menguruskan bayi semuanya akan dilakukan oleh CL.
Sama seperti perkongsian Puan Diana, dia turut mengambil CL untuk menguruskan dirinya dan bayi ketika tempoh berpantang. Namun kebaikan serta keikhlasan CL ketika menjaga mereka sekeluarga membuatkan air matanya menitis.
Ikhlas sungguh CL dan sangat tidak berkira! Malah CL ini sanggup membuat tugasan lebih daripada yang sepatutnya. Ikuti perkongsian Puan Diana ini.
MENANGIS AKU SEBAB CL time pantang
Ingat tak aku cerita CL aku excited naw deco-deco lauk pantang ?
kadang orang suka momokkan jugak ada CL dari neraka , CL pun tak function
tapi dari awal aku cuba positif walaupun seminggu sebelum aku beranak ada cerita tak best aku dengar mengenai company CL ni
Tapi betullah CL pun rezeki ..Sepanjang aku pantang kali ni, emosi aku sangat stabil dan tak ada air mata. Selalu pantang mesti nak teriak ,rasa loser, sakit itu ini, rasa kurang kasih sayang. kali ni tak .. pantang tenang dan semalam air mata aku jatuh sebab CL ni.
Mula agak spoil sebab dia datang lewat sikit. Tapi ending nye Allah bagi tak terjangka
Baca lah . Orang yang kerja ikhlas tu wujud ya dan di kenang-kenang..
nono – nama maid aku. kot hampa pening sapa nono
Antara makanan yang CL deko-deko
CL : dari company anggun confinement
Kredit: Nurul Diana
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Senarai Makanan Yang Disarankan Untuk Ibu Sebelum Masuk Bilik Bersalin
Melahirkan anak adalah proses yang memerlukan tenaga. Jadi adalah penting untuk bakal ibu makan dan minum sebelum bersalin. Apa pilihan makanan yang sesuai ya?
Makan & minum sebelum melahirkan anak
Pengambilan makanan dan minuman sebelum bersalin, terutamanya pada fasa awal kelahiran penting untuk membekalkan anda dengan tenaga yang diperlukan dan menjadikan diri lebih selesa dalam menghadapi kontraksi.
Proses kelahiran bukanlah perkara yang mudah dan tidak dinafikan anda mungkin akan berasa gementar.
Namun tindakan anda memilih untuk tidak makan dan minum boleh menyebabkan diri berdepan tekanan, mengalami rasa mual, muntah dan sakit kepala.
Memastikan diri mendapat bekalan makanan berkhasiat dan terhidrat bantu mengelakkan anda daripada mengalami keletihan. Ini kerana keletihan tersebut boleh mengakibatkan proses bersalin menjadi lama dan kontraksi yang kurang efektif.Ini Senarai Makanan Yang Disarankan Untuk Ibu Sebelum Masuk Bilik Bersalin
Pilihan makanan sebelum bersalin (Fasa pertama)
Fasa pertama ini adalah tempoh paling baik untuk mengumpul bekalan tenaga yang akan digunakan nanti.
Sama seperti penjagaan sepanjang tempoh kehamilan, anda disarankan untuk mengekalkan pengambilan makanan seimbang yang dapat memberikan tubuh tenaga serta nutrien diperlukan semasa melahirkan anak.
Anda juga dinasihatkan untuk makan dan minum dalam kuantiti kecil tetapi kerap bagi memudahkan proses pencernaan.
Pilih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, sedikit protein dan lemak sihat untuk menstabilkan gula dalam darah dan tenaga, seperti:
- Spageti bolognese
- Roti gandum dengan sapuan mentega kacang
- Buah-buah kering dan kacang
- Bar granola
- Buah anggur atau beri sejuk beku
Makanan untuk dimakan (Fasa kedua)
Apabila memasuki fasa kedua dalam peringkat melahirkan anak, selera anda pastinya akan semakin berkurangan, lebih-lebih lagi jika kontraksi lebih kuat dari masa ke masa.
Sekiranya boleh, kunyahlah sedikit makanan ringan atau yang mudah dicerna bagi mengekalkan kekuatan.
Sediakan beberapa pilihan makanan seperti buah-buahan atau bar granola dengan campuran buahan kering.
Elakkan makanan ini sebelum bersalin
Secara mudahnya walaupun makanan yang dipilih haruslah berkhasiat dan seimbang, ia mestilah mengikut selera anda.
Pun begitu, ada juga makanan yang harus dielakkan pengambilannya, seperti:
- Buah atau jus oren. Keasidan buah ini boleh menyebabkan anda sakit perut atau mengalami sensasi terbakar jika muntah selepas memakannya
- Gabungan protein dan lemak. Ini melambatkan kadar otot menggunakan tenaga yang dibekalkan daripada gula. Elakkan makanan seperti stik, kentang goreng atau burger
- Makanan tinggi gula dan lemak. Pengambilan makanan jenis ini boleh memberikan anda tenaga pantas tetapi menyebabkan keletihan dan mual apabila tenaga meningkat.
- Hindari makanan seperti donut, pastri atau kek
Minuman sesuai diambil sebelum bersalin
Seperti melakukan aktiviti fizikal yang kuat, anda juga perlu kekal terhidrat semasa melahirkan anak.
Anda mungkin tidak mempunyai selera makan, tetapi pastikan terus minum air antara tempoh kontraksi.
Fasa pertama: Air putih membantu anda kekal hidrat, air rebusan (bone broth) kaya nutrien dan membantu mengatasi loya. Manakala air kelapa mengandungi magnesium, kalium dan elektrolit – pilihan terbaik untuk mengekalkan hidrasi
Fasa aktif: Air minuman campuran limau nipis membekalkan elektrolit yang diperlukan bagi pengecutan otot rahim
Amalan minum air selusuh sebelum bersalin
Bagi ibu hamil berbangsa Melayu, pastinya pernah mendengar saranan mengenai pengambilan air selusuh. Namun, adakah ia amalan yang sesuai untuk diamalkan?
Bagi anda yang pertama kali mendengar mengenai air selusuh, ia merupakan air yang dipercayai dapat memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin selepas ibu mula mengalami tanda-tanda nak bersalin atau kontraksi.
Air ini bukan sahaja diminum tetapi juga disapu pada perut.
Secara amnya, air selusuh ini adalah minuman yang telah dibacakan ayat suci Al-Quran dan kemudiannya diberikan kepada ibu hamil dengan bertujuan untuk memudahkan proses bersalin.
Selain itu, ada juga amalan penyediaan air selusuh dengan merendam akar Fatimah (rose of jericho) – biasanya diperolehi dari Mekah, air zam-zam, minyak kelapa dara serta minyak zaitun.
Tidak digalakkan
Buat masa ini masih tiada kajian atau penyelidikan yang dapat membuktikan bahawa air selusuh ini membantu mempermudahkan proses melahirkan anak.
Proses penyediaan air seluruh yang menggunakan bahan seperti akar Fatima atau akar kayu serta herba lain menyebabkan terhasilnya campuran bahan kimia aktif.
Campuran tersebut menyebabkan hormon oksitosin – hormon yang berkaitan dengan kontraksi rahim – muncul, dan membuatkan proses bersalin itu lebih cepat.
Walau bagaimanapun, pengambilan air ini tidak digalakkan kerana meningkatkan risiko kepada ibu hamil seperti:
- Penggunaan air ini sebenarnya seperti memaksa pintu rahim untuk terbuka sedangkan ia belum tiba waktunya untuk melahirkan anak
- Meminum air selusuh boleh sebabkan kesakitan kontraksi yang teramat sangat, sedangkan pintu rahim masih belum terbuka
- Tingkatkan risiko komplikasi, bukan sahaja kepada ibu yang mengandung tetapi juga kepada bayi dalam kandungan
Jika anda tidak pasti mengenai makanan atau minuman yang sesuai diambil sebelum bersalin, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Kredit: Hello Doktor
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panduan Pakar Sedut Gas Entonox Untuk Legakan Sakit Kontraksi Bersalin
Entonox ialah salah satu pelega kesakitan kontraksi ketika bersalin. Penting untuk mengetahui cara sedut yang betul penting supaya entonox memberikan kesan yang optimum.
Antara pelega kesakitan yang digunakan semasa proses kelahiran ialah bius epidural, suntikan pethidine dan gas entonox. Kelahiran akan menyebabkan kesakitan terutamanya kontraksi. Mempelajari tentang proses kelahiran akan membantu anda menyediakan minda dan fizikal terhadap bagaimana ia berjalan, kemungkinan yang akan berlaku dan alternatif kepada pelega kesakitan yang boleh diambil.
Menurut Dr Siti Eshah Bahari, Pakar Perbidanan & Sakit Puan KPJ Selangor Specialist cara sedut yang betul akan mengoptimumkan kesan yang entonox bagi melegakan kesakitan. Entonox ialah campuran gas nitrous oxide dan oksigen. Ia digunakan meluas di dalam bidang perubatan dan kerap digunakan oleh ibu-ibu untuk melegakan sakit kontraksi semasa proses kelahiran.
Entonox adalah pelega kesakitan yang paling banyak digunakan di dalam kelahiran kerana pelbagai kelebihan. Entonox banyak digunakan namun kegagalan para ibu menggunakannya dengan betul menyebabkan entonox tidak dapat berfungsi dengan betul.
KELEBIHAN GUNA ENTONOX SEBAGAI PELEGA KESAKITAN SEMASA BERSALIN
- Mudah digunakan.
- Kos efektif dan lebih murah berbanding bius epidural dan suntikan pethidine.
- Lebih fleksibel dan memberi kesan yang cepat seawal 15 saat hingga tiga minit selepas disedut.
- Pesakit boleh mengawal penggunaannya.
- Tiada kesan sampingan yang berbahaya
- Ia tidak mengganggu bayi di dalam kandungan.
- Ia tidak menghilangkan kesakitan tetapi mengurangkannya ke tahap yang boleh dikawal.
- Selamat untuk bayi dan oksigen yang disedut akan memberikan kebaikan kepada anda dan bayi. Ibu kurang resah dan jadi lebih tenang.
- Entonox tidak perlu dipantau penggunaannya seperti epidural.
- Tidak melibatkan jarum suntikan. Ia juga tidak memberikan kesan mengantuk atau kebas.
CARA SEDUT ENTONOX
Entonox disarankan untuk diambil pada akhir peringkat kelahiran iaitu sebelum bukaan serviks sampai 10cm. Sekiranya pada peringkat awal ibu telah mengambil suntikan pethidine, pada akhir peringkat pertama kelahiran kontraksi yang lazimnya akan lebih kuat dan para ibu boleh mengambil pelega sakit ini.
- Sebelum kontraksi, ibu perlu melekapkan topeng gas entonox ke muka.
- Pastikan topeng dilekapkan dengan kedap tanpa ada rongga terbuka.
- Sedut dengan dalam tetapi perlahan sehingga rasa sakit hilang atau anda berasa pening.
- Topeng perlu dipegang sendiri oleh ibu agar dia boleh menyesuaikan sedutan mengikut keperluan.
- Alihkan topeng apabila sakit mulai hilang. Elakkan daripada menyedutnya terus menerus kerana ia boleh menyebabkan khayal atau dos berlebihan.
INFO: Walaupun entonox tidak mempunyai kesan sampingan yang besar, ia boleh menyebabkan anda pening. Ada sesetengah wanita rasa tidak selesa, mengantuk dan gagal untuk fokus. Jika tanda-tanda ini berlaku, hentikan penggunaan dan dapatkan bantuan petugas perubatan dengan segera.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI