
Selepas melahirkan anak pertamanya pada 15 Disember lalu, pelakon cantik, Intan Najuwa meluahkan hasratnya untuk memiliki bayi lelaki pula.
Intan berkongsi hasrat itu menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok, baru-baru ini.
Aktres berusia 27 tahun itu berkata, dia tidak serik untuk melalui sekali lagi proses bersalin meskipun pada awalnya pernah berjanji tidak mahu melaluinya lagi.

“Sebenarnya saya pernah cakap yang saya tak mahu beranak lagi, tetapi sekarang saya sudah okay jadi rasanya boleh lagi (hamil).
“Saya nak lagi seorang, kalau boleh nak anak lelaki,” katanya.
Tambah Intan lagi, selepas pulih bersalin dia kini sudah mula menyimpan hasrat untuk memiliki anak lelaki pula.

“Semasa keluar dari bilik pembedahan dulu saya dah berjanji dengan diri sendiri, tak nak beranak lagi dan berkata kepada suami, ‘sayang, saya tak nak lalui dah, sakit kena spinal lima kali.’
“Lepas dah hilang sakit, nak baby boy lah lagi satu..last.
“Itulah perempuan tak serik-serik, sebab dah lupa sakit macam mana,” katanya lagi.
Terdahulu, pelakon cantik ini melahirkan cahaya mata sulungnya yang merupakan seorang bayi perempuan yang diberi nama, Imane Lunara.
Sekadar info, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Terasa Hampir Terputus Nafas, Lama Betul Dalam Labour Room Kali Ni”. Sari Yanti Luah Rasa Syukur

Selepas Jep Sepahtu memuat naik beberapa keping gambar anaknya kelmarin, nampaknya ramai betul yang geram dengan Dariya Inara. Ada yang memuji kecomelannya dan tak kurang juga yang geram dengan pipi tembam tu!
Gembira dan bersyukur dengan kehadiran bayi perempuan kali ini, semalam Sari Yanti telah meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada suami, ahli keluarga dan rakan-rakan yang mendoakannya.

Paling terharu status yang dimuat naik oleh Sari Yanti juga benar-benar menunjukkan pengorbanan besar seorang ibu untuk melahirkan seorang zuriat.
Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang. Dan menjadi yang lebih baik. Insyaallah.
A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
Dengan perkongsian pengalaman Sari Yanti ini jelas menunjukkan kuatnya seorang wanita bergelar ibu untuk melahirkan seorang khalifah di atas muka bumi ini.
Sari Yanti juga turut berkongsi sepanjang di labour room juga, Jep sentiasa ada bersamanya dengan memberi semangat, doa yang tak putus-putus walaupun perasaan bimbang, panik sebak semua ada dalam diri Jep.
Kelahiran Dariya kali ini juga lebih awal dari tarikh sepatutnya yang dijangka pada hari pertama Ramadan. Tapi tak sangka baby nak keluar awal pada usia kandungan 37 minggu.

Dengan pengalaman ini, Sari Yanti berharap ia akan menjadi momen yang sangat indah buatnya bersama suami.
Sumber: instagram Sari Yanti & dariyainaraofficial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Suami Dayus Biar Doktor Lelaki Sambut Isteri Bersalin” Pendakwah Tanya Tak Takut Dosa Ke?

Beberapa hari lepas tular sebuah perkongsian video di TikTok milik seorang pendakwah bebas berkenaan suami dayus membiarkan isteri bersalin disambut oleh doktor lelaki.
Kata pendakwah bebas yang dikenali sebagai Siti Afifah, keputusan membiarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri tidak boleh diterima akal kerana berpendapat masih ramai doktor wanita yang dapat menguruskan wanita bersalin.
Suami tak rasa cemburu ke biarkan lelaki lain tengok bawah isteri?
Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada rasa cemburu melihat lelaki lain lihat aurat isteri dia, bawah tempat rahsia hanya suami saja tahu.

Sebagai seorang suami, kamu ingat di dunia kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main.
Sehebat mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau bini (bayi) kamu disambut lelaki yang bukan suaminya.
Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, marah! Kadangkala yang tak masuk akal, doktor lelaki.
Kalau kamu takut dosa dengan Allah esok, Dia tanya aurat isteri kamu tu tidak ada kemudaratan kerana ramai doktor wanita di luar sana.
Ramai doktor wanita (boleh sambut) bersalin, kenapa dibiarkan doktor lelaki juga yang nak sambut bini awak. Tengok ‘bawah’ bini awak tu.
@sunnahtidakberbohong #doktorlelakisambutisteribersalin #sakitoperationsakitnyaselamanya #suamiwajibjagaisterioperationseumurhidupnyadenganbaik #sunnahtidakpernahberbohong ♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin
Baca artikel:
“Anak Akan Rasa Lebih Tenang Bila Rasa Diri Difahami” Cuba Teknik Ajaib Ini Kalau Anak Mengamuk
Resepi Kuih Bakar ‘Super Simple’, Hanya Bakar Guna Air Fryer Sahaja!
Tak Cukup Nutrisi Punca Ramai Kanak-Kanak Bantut. Ini Sukatan Makanan Yang Betul Untuk Anak
Kamu dayus. Suami yang dayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya.
Menurut perkongsian Siti Afifah, dia mencadangkan agar para suami menabung sejak awal supaya dapat membayar doktor perempuan untuk isteri bersalin.

Bayarlah doktor swasta pun. Kalau kita tahu (kos bersalin) RM4,000. Isteri beranak sembilan bulan (lagi). Letak duit, simpan sedikit-sedikit. Berdoa kepada Allah Taala. Bayarlah doktor perempuan.
Mentang-mentang bukan kita yang beranak. Korang (lelaki) kalau sakit perut pun bising dan dah kecoh.
Video tersebut mendapat pelbagai respons dan komen daripada pengguna media sosial. Bagaimanapun, rata-ratanya tidak bersetuju dengan pandangan pendakwah tersebut.
Kredit: Siti Afifah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Takut Kena Gunting, Minggu Ke-34 Hingga Dekat Bersalin Boleh Mula Urutan Perineum

Pernah tak ibu-ibu dengar mengenai urutan perineum? Satu kajian pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum ini mampu mengurangkan koyakan pada bahagian vagina kita semasa bersalin sekaligus mengurangkan risiko ‘kena gunting’ oleh doktor.
Kebanyakan wanita yang mengamalkan urutan ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan pada bahagian perineum atau faraj dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin normal

Anda boleh memulakan urutan perineum bermula pada minggu ke 34 dan sehingga saat ingin bersalin. Anda boleh lakukan sendiri dirumah, 2 kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan bahan semulajadi.
Antaranya minyak zaitun, minyak kelapa dara dan sebagainya. Elakkan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua minyak yang mengandungi bahan kimia. Nak jamin keselamatan anda, buat minyak sendiri dengan menggunakan kelapa parut yang ala- ala minyak selusuh tu.
Anda boleh minta tolong suami yang urutkan tapi yang penting lakukannya dalam keadaan tenang dan jangan sesekali dalam keadaan terpaksa. Waktu yang sesuai ialah selepas mandi dan jika anda ragu- ragu, boleh dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan urutan ini. Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.
9 langkah mudah urutan perineum
- Cuci tangan anda sehingga bersih, kuku hendaklah sentiasa pendek.
- Sandar pada bantal dan duduk seperti mencangkung. Dapatkan kedudukan yang selesa dan tiada gangguan.
- Sapukan jari dengan minyak pilihan anda
- Masukkan 1 jari ke dalam dinding faraj atau lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.
- Pastikan 4 jari lagi di bahagian punggung
- Tekan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.
- Tetapkan keadaan tersebut selama 2 minit.
- Gerakkan semua jari bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu sekurang- kurangnya lima minit setiap kali.
- Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan kentut. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil. Hal ini dapat memudahkan proses bersalin dalam masa yang sama dapat elakkan bahagian faraj kita digunting oleh doktor. Sekali lagi, selamat melahirkan anak-anak hebat, semoga semuanya mudah dan menjadi pengalaman berharga buat ibu- ibu semua.
Sumber: ibudoakan.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


