Selepas bercerai Mac lalu, Intan Liana Saleh kini nampaknya dah semakin tenang dan bahagia bersama dua buah hatinya.
Menurutnya, orang ramai tak perlu nak persoalkan kehidupannya yang dilaluinya kini dan berharap perkara yang lepas biarlah berlalu.
Dia juga mengakui sudah boleh meneruskan hidup baru bersama anak dan sokongan dari ahli keluarga namun tetap mengakui kenangan lama bersama bekas suaminya, Ude Wahid tetap ada.
“Move on atau tidak, tak perlu dipersoalkan. Move on tu melangkah maju bukan melupakan. Kenangan tidak boleh dipadamkan,” tulisnya di instagram.
Status yang dimuat naik oleh Intan itu mendapat reaksi positif dari peminatnya yang sentiasa menyokong dan memahami keadaan dirinya.
“Tempat jatuh lagi dikenang ni kan pula tempat berkasih sayang walau tinggal kenangan….ingat tak salah..siapa cakap salah tu orang tu no perasaan.”
Ads
“Memori lama akan hilang sedikit demi sedikit bila memori baru yang lebih indah tiba..u deserve better dear..Allah sebaik-baik perancang.”
Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.
Ads
Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.
Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.
Sumber: iiiintan.saleh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila suami atau anak-anak sudah terbiasa untuk tidak melakukan kerja rumah, pasti mereka tidak menghiraukan kepenatan si ibu menguruskan hal rumah.
Sebenarnya sikap tolong-menolong ibu di rumah perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil, bila sudah besar baru nak dibebelkan alamaknya memang tak jalan lah. Peranan si ayah juga besar kerana anak-anak akan memerhatikan tingkah laku si ayah. Jadi rajin-rajinkanlah diri membantu isteri di rumah.
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.
Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.
Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.
Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.
Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.
Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!
Anak lelaki akan jadi imam #keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin.
Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang lumrah kanak-kanak suka mencoteng, suka berkarya. Bagi mereka semua tempat adalah kawasan untuk mereka bermain. Sedar-sedar satu rumah dah berconteng dengan pelbagai jenis corak.
Nak sental guna air dan sabun memang susah nak hilang kesan kotoran. Mama papa pun mesti sakit mata dan stres tengok rumah dah macam whiteboard. Apa kata mama papa cuba alat ‘magic’ ni yang dikongsi oleh Fazlin Azma di laman facebooknya.
Art conteng dari anak-anak..dah tampal whiteboard sticker untuk conteng pun.. masih lagi nak conteng dinding. Jenuh duk cari sabun or spray untuk tanggalkan marker pen kat dinding..
Last guna magic sponge je..hilang semua..puas hati.. nasib baik tak sempat nak order sabun mahal, mengarut kat shopee tu.. Tapi tu laa..tak lama pun..
Diorang tak leh tengok putih bersih.. nak jugak conteng terbabas ke dinding, nasib baik ada magic sponge tu. Tunggu anak-anak besar.. Baru kita deco-deco rumah cantik..now tumpang tengok rumah orang dulu.
“Laki aku sibuk bayar semua komitmen rumah mak ayah dia. Barang dapur, bil api air, duit belanja mak ayah dia. Ada la bagi mak ayah aku duit belanja sikit. Untuk rumah kitorang, dia cuma bayar bil api air je. Yang lain semua aku! ”
“Aku nak bercerai.”
Ringkas sahaja tapi memberikan kesan yang mendalam. Keredaan dalam hati isteri tiada bila mana suami lupa sebenarnya tanggungjawab nafkah yang utama pada diri sendiri dan kemudian isteri.
Semua orang cakna bahawa tanggungjawab memberikan nafkah terletak pada bahu seorang lelaki yang menjadi suami atau ketua keluarga.
Menjadi persoalannya, apakah keutamaan dalam pemberian nafkah itu jika lelaki berkenaan masih mempunyai orang tua yang perlu disantuni.
Antara nafkah terhadap isteri dan ibu bapa, mana yang perlu diutamakan?
Sebelum menjawab persoalan berkenaan, fahamilah bahawa Islam ada menyediakan panduan turutan nafkah mengikut keutamaan.
Sabda Rasulullah SAW: “Mulakan nafkah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Imam al-Syaukani dalam Nail al-Autar menyebut: “Nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin, manakala nafkah kepada ibu bapa hanya wajib jika anak mampu. Para ulama telah sepakat akan wajibnya mendahulukan nafkah anak isteri sebelum ibu bapa.”
Ia jelas menunjukkan bahawa menjadi tanggungjawab ketua keluarga untuk mendahulukan isteri dan anak-anaknya dalam pemberian nafkah berkenaan.
Bagaimanapun, dalam keadaan darurat iaitu keadaan yang mana ibu bapa memerlukan bantuan seperti penyediaan ubat-ubatan, rawatan dan makan minum yang menjadi asas kepada kehidupan, maka ketika itu, si anak tadi perlulah mendahulukan orang tuanya demi kesinambungan kehidupan mereka.
Sebenarnya, dalam perkara tersebut, semua anak-anak ibu atau bapa perlu ada kesefahaman dalam mengambil tanggungjawab.
Menjaga, membantu dan berkhidmat perlu buat dua insan yang melahirkan serta membesarkan mereka.
Dengan cara itu, ia tidaklah terbeban kepada seorang anak sahaja, sedangkan yang lain pula terlepas tangan.
Apapun, jangan sesekali kita menganggap bantuan kepada ibu bapa sebagai beban.
Sebaliknya, ia ihsan yang wajib kita tunaikan kerana itu merupakan hak orang tua kita.
Firman ALLAH SWT: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-NYA semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Selagi hayat dikandung badan, jangan sesekali culas tentang bab nafkah dan taatlah kepada kedua ibu bapa.
Berdoalah semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan kita dalam memberikan nafkah kepada isteri, anak-anak dan orang tua yang banyak berjasa kepada kita.
(Sumber: Al-Kafi #1428: Antara Nafkah Isteri dan Ibu Bapa: Mana perlu diutamakan? Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.