Selepas bercerai Mac lalu, Intan Liana Saleh kini nampaknya dah semakin tenang dan bahagia bersama dua buah hatinya.

Menurutnya, orang ramai tak perlu nak persoalkan kehidupannya yang dilaluinya kini dan berharap perkara yang lepas biarlah berlalu.

Intan Saleh Akui Dah Move On Demi Anak-Anak, Tapi Memori Lama Tetap Tak Boleh Lupa

Dia juga mengakui sudah boleh meneruskan hidup baru bersama anak dan sokongan dari ahli keluarga namun tetap mengakui kenangan lama bersama bekas suaminya, Ude Wahid tetap ada.

“Move on atau tidak, tak perlu dipersoalkan. Move on tu melangkah maju bukan melupakan. Kenangan tidak boleh dipadamkan,” tulisnya di instagram.

IKLAN

Status yang dimuat naik oleh Intan itu mendapat reaksi positif dari peminatnya yang sentiasa menyokong dan memahami keadaan dirinya.

“Tempat jatuh lagi dikenang ni kan pula tempat berkasih sayang walau tinggal kenangan….ingat tak salah..siapa cakap salah tu orang tu no perasaan.”

IKLAN

“Memori lama akan hilang sedikit demi sedikit bila memori baru yang lebih indah tiba..u deserve better dear..Allah sebaik-baik perancang.”

Intan Saleh Akui Dah Move On Demi Anak-Anak, Tapi Memori Lama Tetap Tak Boleh Lupa

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.

IKLAN

Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.

Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Sumber: iiiintan.saleh

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI