Intan Salleh selamat bersalin anak ke empat, “Alhamdulillah…cepat sangat kali ni.” Personaliti media sosial, Intan Liana Salleh berkongsi berita gembira kelahiran anak ke empatnya.
Intan Salleh Selamat Bersalin Anak Ke Empat, “Alhamdulillah…Cepat Sangat Kali Ni”
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan dan juga suaminya, Mohd Aizam berkongsi berita gembira itu.
Berikut antara gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram story Intan dan Mohd Aizam.
Bagaimanapun sama ada Intan mahupun suaminya tidak berkongsi jantina bayi yang baru dilahirkan itu.
Ads
Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun. Terbaharu, Intan dan suaminya sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka.
Mama dan papa setiap kali membuat kerja rumah, cubalah ajak sekali anak untuk buat bersama. Tidak kisahlah jika hasil kerja mereka tidak sempurna, paling penting mereka pandai mengurus diri.
Secara tidak langsung mama dan papa melatih anak-anak untuk berdikari. Tidaklah sepanjang masa asyik meminta pertolongan mama dan papa sahaja. Anak-anak kita bila diajar, mereka boleh buat. Sebenarnya kanak-kanak suka sangat buat sendiri.
Mama & Papa Bila Buat Kerja Rumah, Ajak Anak Buat Sekali
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Wan Nur Syakira, asasnya anak suka mencuba segala perkara dan suka sangat nak sertai apa yang kita buat. Itu tandanya anak mahu, cuma bergantung pada ibu ayah bagaimana nak sambut kemahuan itu.
Kalau anak pakai baju sendiri, ketahuilah akan ambil masa yang lama dan mereka tak tahu nak buat pakai pun kalau kita tak ajar. Anak-anak boleh tuang air sendiri jika diajar bagaimana.
Tak Apalah Tak Sempurna Asal Boleh Berdikari
✅Cumanya, kena banyak bersabar dalam mengajar. Ini yang susah bukan? Rasa geram sahaja nak tolong buatkan.
Eh, baru sahaja kemas tadi, sudah bersepah bila anak-anak belajar buat air atau tuang air sendiri. Ala, kotor pulak bila anak makan sendiri. Aduh, habis comot baju dan mulut bila anak makan sendiri.
Dulu saya pun sakit mata tengok sepah, sekarang sudah belajar kurangkan sakit mata dan terima kenyataan anak tengah belajar.
Bila kita belajar tutup mata kejap sepah itu, buka mata pada kesungguhan dan usaha anak untuk belajar satu-satu sendiri. Jadi, mak ayah yang membiarkan anaknya belajar dan buat silap. Dan ajar satu persatu dengan sabar.
✅Satu lagi, rendahkan expectation bila didik anak. Yang ini pun kadang-kadang saya terlepas juga, stres sebab terlebih expectations pada anak.
Memanglah akan tertumpah air kalau tapak tangan anak pun lagi kecil dari gelas. Pegang gelas berisi banyak sikit pun dah terketar-ketar. Agaknya begitulah kita bila sudah tua nanti. Terketar-ketar juga nak pegang gelas.
Harapnya anak saya tak tengking dan sabar tolong saya. Ganti kesabaran kita itu nanti ialah, anak yang boleh berdikari, yakin diri, dan bergantung pada diri sendiri.
✅ Sediakan suasana yang mendorong anak untuk berdikari
Nak tak nak, kita kena sediakan sikit suasana dan keadaan yang mendorong anak.
Barang-barang anak kalau boleh letak di kedudukan yang rendah, mudah untuk mereka capai.
Kadangkala bukan mereka tak nak ambil gelas sendiri, tapi gelas itu tinggi di atas almari.
Macam mana mereka nak capai. Letak di laci yang bawah ke, letak di atas meja rendah khas, yang senang mereka nampak dan ambil.
Cermin untuk mereka mesti berada di kedudukan rendah, separa dengan tinggi mereka, baju dan lampin pakai buang letak dalam bakul atau almari rendah. Bila diminta, mereka boleh ambil sendiri.
Anak-anak ini suka sebenarnya belajar dan cuba sesuatu yang baru. Cumanya, ibu ayah kena merendahkan expectation dan raikan usaha, bukannya hasil.
Tiada kemahiran yang cuba sekali, ajar sekali, terus pandai buat. Kena ulang dan ulang. Di mana ada anak yang mampu berdikari dan bergantung pada diri sendiri, di sana ada ibu bapa dan dewasa yang percaya pada mereka, sabar membimbing.
Untuk menjayakan sesebuah perkahwinan memerlukan dua belah pihak untuk saling menjaga, menghargai dan menghormati. Bukan mudah untuk membiasakan diri dengan seseorang yang hanya dikenali di luar rumah.
Apabila sudah berkahwin, pasangan kita akan tinggal sebumbung dan lebih banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk memastikan keharmonian rumah tangga.
Perkahwinan pada usia muda lebih mencabar kerana pada usia begini biasanya kita lebih cenderung untuk ‘ikut kepala’ sendiri.
Berkongsi tentang tip kebahagiaan rumah tangga, Tajul mengakui ada waktu susah dan senang sepanjang perkahwinannya.
Ketika dia membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya semasa usia 19 tahun, Tajul mengakui banyak kenangan pahit manis sepanjang perkahwinannya ini.
Sudah bernikah selama enam tahun, Tajul berkata rumah tangga mampu bertahan dengan tiga perkara penting iaitu kekuatan mental, kesabaran serta kewangan yang kukuh.
Menurut portal Astro Gempak, Tajul mengatakan dia tidaklah arif untuk memberi tip perkahwinan dan apa yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman sendiri.
“Kena ada tiga perkara ni, kalau tidak rumah tangga takkan bertahan. Sebagai ketua keluarga, banyak perkara yang kita nak kena fikir. Bebanan pun banyak. Kena bersedia untuk pastikan kebahagiaan keluarga.”
Sekadar recap, Tajul berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Nurul Shamieza Eddie pada Disember 2017 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.
Fattah Amin bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berbakat, tetapi juga seorang anak dan suami yang bertanggungjawab.
Sejak 2015, beliau telah memastikan dirinya serta keluarga tercinta dilindungi dengan takaful, termasuk menjaga caruman untuk ibu bapanya tanpa gagal, walau apa pun cabaran yang dihadapinya.
Baru-baru ini, Fattah mengambil langkah penting dengan menukar penama hibah takafulnya kepada ibunya, yang juga menjadi pemegang amanah untuk memastikan agihan kepada isterinya, Fatimah, berjalan lancar sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Keprihatinan Fattah Amin dalam merancang kewangan keluarganya ini adalah teladan yang patut diikuti, membuktikan bahawa kasih sayang dapat diterjemahkan melalui tindakan bijak yang melindungi masa depan orang tersayang.
“Alhamdulillah since 2015 jaga Takaful @fattahaminz dan family. Dia tak pernah putus buat caruman takaful Parent dia dari dulu lagi walau macam mana keadaan dia pun.
“Dalam industri ni kita grow dengan client. Macam-macam perkara dan pelajaran yg dapat untuk always reflect back.”
“Harini selesaikan beberapa urusan untuk ubah penama Hibah Takaful Fattah kepada Ibunya.
“Pemegang amanah untuk agihkan pada Fatima kalau apa2 berlaku pada Fattah. Kita merancang tapi Allah Maha Merancang. Semoga terus success sahabat.”
Hibah takaful adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan harta atau pampasan takaful diagihkan kepada penama yang kita pilih tanpa melibatkan proses faraid yang mungkin rumit. Dalam kes ini, Fattah menukar penama hibah takaful kepada ibunya. Ibu beliau juga dijadikan pemegang amanah untuk memastikan pampasan tersebut diagihkan kepada isterinya, Fatimah, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Fattah Amin menjadi contoh individu yang bertanggungjawab bukan saja kepada keluarganya tetapi juga terhadap dirinya sendiri. Kita boleh belajar darinya, bahawa takaful dan hibah bukan untuk orang kaya sahaja, tapi untuk semua yang mahu merancang masa depan keluarga dengan baik.
Semoga kita terus diberi rezeki dan peluang untuk melindungi keluarga tercinta. Sebab apa yang kita buat hari ni adalah hadiah untuk mereka di masa depan.
INFO : HIBAH
Hibah bermaksud pemberian secara sukarela daripada seseorang kepada orang lain semasa hidup tanpa mengharapkan balasan. Dalam konteks Islam, hibah ialah amalan yang dianjurkan kerana ia melibatkan unsur kasih sayang dan keikhlasan.
Hibah biasanya melibatkan pemberian aset seperti wang, rumah, tanah, atau barangan lain, dan ia sah jika memenuhi syarat berikut:
-Pemberi hibah mesti berakal, dewasa, dan secara sukarela tanpa paksaan.
-Penerima hibah menerima pemberian tersebut.
-Harta yang dihibahkan adalah milik penuh pemberi.
-Dalam pengurusan kewangan moden, hibah juga digunakan dalam produk kewangan seperti hibah takaful, iaitu penamaan penerima manfaat bagi wang pampasan untuk memastikan harta atau perlindungan kewangan sampai kepada yang dimaksudkan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.