Inti Kaya Penuh, Sapuan Mentega Tebal, Roti Bakar PKP Ala-ala Old Town 3 Bahan Ni Memang Power!

Share

Menikmati roti bakar dengan mentega dan kaya tanpa teknik yang betul, sajian roti jadi tak umphh. Roti bertambah kebabom rasanya bila disatukan dengan tiga bahan padu iaitu mentega dan kaya yang sedap.

Resipi tiga bahan ala-ala roti bakar Old Town ini nampak cukup padu. Paling penting, sapuan mentega perlu tebal dan harus dipotong ketika masih keras. Barulah rasa roti bakar lebih nikmat. Jom cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh Muhammad Zakwan ini.

Bahan-bahan:
Roti
Sekaya (Sebarang jenama)
Mentega Buttercup

1. Potong bahagian tepi roti.

2. Sapukan sekaya (lebihkan untuk lebih lazat).

3. Potong mentega kepada kepingan besar, kemudian potong kepada 3 bahagian kecil (pastikan mentega keras).

4. Susun mentega di atas roti.

5. Bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit. (Bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan).

Selamat Mencuba!

Artikel berkaitan: Roti Terbiar Sampai Nak Expired, Gunting Kecil Jadikan Bingka Roti Simple Ni, Semudah ABC

Roti Pizza Ekstra Chezzy, Sarapan Ringkas Anak, Confirm Habis Licin

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM