Perkahwinan bukan penyatuan dua jiwa antara diri dengan pasangan tetapi ia membawa kepada maksud lebih meluas terutama berkaitan keluarga kedua-dua pihak.
Membina hubungan yang baik dengan keluarga mentua itu tidak hanya tertumpu kepada ibu bapa saja malah ia perlu dilakukan bersama ipar duai, biras dan ahli keluarga yang lain.
Ia tidak boleh dianggap perkara remeh kerana tanpa sedar pelbagai masalah boleh terjadi sekiranya hubungan dengan ipar duai tidak dilakukan seikhlas hati.
Seperti perkongsian Nur Habibi Qalbi hubungan dengan ipar mestilah dianggap macam adik beradik sendiri untuk mengukuhkan hubungan dalam keluarga.
Jangan jadi IPAR MADE IN NERAKA
Bila adik beradik kita kahwin dengan seseorang. Layanlah ipar tu baik-baik. Kalau boleh jangan di beza-bezakan ipar ini dengan ipar itu.
Ipar ini mungkin rajin di dapur. Tapi ipar itu pulak tak kedekut hulur duit atau belanja. Sama-sama ada baiknya.
Buruk ipar ini jangan di jaja pada ipar lain. Kalau ipar ini bermasam muka dengan ipar itu, kita mesti jadi penyejuk dan pendamai. Bukan pengadu domba yang akan memburukkan lagi situasi rumah tangga adik beradik kita.
Jangan menuntut ipar tu sempurna di mata kita. Sebab dia kahwin dengan saudara kita, bukan dengan kita. Dia mungkin sempurna pada mata saudara kita. Bukan di mata kita.
Jangan memaksa agar ipar tu ikut gerak geri keluarga kita. Kerana dia dibesarkan oleh mak ayahnya dengan cara berbeza. Dia tidak dibesarkan di dalam keluarga kita.
Sebolehnya jadilah ipar yang memberi ketenteraman dan kebaikan agar rumah tangga adik beradik kita berkekalan.
Bukannya jadi ipar MADE IN NERAKA yang suka melihat rumah tangga keluarga hancur dan bercerai berai.
Yang dapat ipar baik tu.. Ucaplah Alhamdulillah.
Kredit :@Nur Habibi Qalbi via Viral Media Johor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI