Cara:
– Potong crab stick ikot saiz apa hampa nak. Goreng dengan minyak yang sedikit.
– Masukkan daun bawang, lada sulah dan jugak cream cheese. Masak sampai sebati.
– Potongkan kulit popia kepada 4 bahagian.
Ads
– Letakkan inti crab yang telah dimasak tadi dan balutkan. Basahkan sedikit dibahagian keliling kulit popia supaya lebih mudah melekat.
-Goreng crab rangoon dengan api perlahan sehingga keperangan.
Menu berpantang sebenarnya tidak perlukan yang terlalu sarat dan berat. Cukup hanya sup sayur, ikan dan menu sampingan untuk membuang angin.
Salah satu menu wajib ketika berpantang pastinya bawang putih dan ikan bilis rangup yang dimasak dan dibuat stok selama berpantang 44 hari. Wajib cuba!
Ada yang tengah berpantang tak? Sama la kita. Hehe. Saya nak share resepi paling senang. Makan dengan nasi panas, ikan bakar, lauk ni, dengan sayur sawi + lobak putih je dah cukup. Orang yang tak berpantang pun laju makan.
BAWANG PUTIH & IKAN BILIS GORENG RANGUP
Bahan-bahan digoreng:
Bawang kecil hiris nipis.
Bawang putih hiris nipis.
Ikan bilis.
Halia hiris nipis. (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa)
Bahan Perasa:
Lada hitam disangai & ditumbuk halus. (secukup rasa)
Garam halus. (secukup rasa)
Gorengkan kesemua bahan goreng secara berasingan. Ketepikan.
Kemudian gaulkan kesemua bahan dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata.
* Kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak jugak, letak sikit je dulu. Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama*
Lauk ni jadi lauk fav satu family walaupun takde orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin & panaskan badan. Memang membuka selera.
Agar-agar pandan santan sesuai untuk dijadikan menu pencuci mulut terutama waktu minum petang. Rasanya lemak-lemak manis enak dimakan ‘sejuk-sejuk.’ Menggunakan daun pandan, tentunya aroma agar-agar pandan santan harum dan secara tidak langsung membuka selera untuk menikmatinya.
Rupa berlumut agar-agar ini memang mampu menarik perhatian untuk menikmatinya. Mak-mak yang buntu nak masak apa untuk menu pencuci mulut, bolehlah cuba. Anak-anak mesti suka!
BAHAN-BAHAN:
(Loyang 8 inci)
12 gram agar-agar tali
4 cawan air
4-5 helai daun pandan
200 ml santan
1 biji telur
125 gram gula/setengah cawan gula ( Resepi ini dikurangkan gula, kalau hendak manis boleh lebihkan)
CARA MEMBUAT:
1. Kisar 4-5 daun pandan dengan 1 cawan air. Sudah siap kisar terus tapis. Siap air pandan.
2. Kacau sebati 200 ml santan dengan 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau hendak kisar santan dengan telur pun boleh. Tekstur lebih halus. Sudah siap ketepikan.
3. Panaskan api dapur, masukkan 4 cawan air dan 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan 125 gram gula, air pandan, santan dan telur serta 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Mesti kacau dulu supaya tidak bergumpal.
5. Apabila sudah sebati, biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau ketika ini sebab hendak bagi santan terpisah dengan air.
6. Apabila sudah 1-2 minit, padamkan api dapur. Kacau beberapa saat dan terus masukkan dalam loyang 8 inci.
7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Selepas itu bolehlah dimakan. Selamat mencuba!
Agar-agar pandan santan kalau dapat makan sejuk-sejuk memang best! Kalau cuaca panas, bawa keluar je dari peti sejuk terus makan. Rasa lega je ‘lalu’ ditekak.
Petang hujung minggu ini, ada baiknya kita cari kelainan dengan menyediakan sajian minum petang yang lain dari yang lain. Nak cuba cakoi? Cakoi lembut resipi Che Nom ini memang terbaik.
Dah lama tak makan cakoi. Kalau di utara, cakoi ni dipanggil pak tongko. Kali ni saya cuba resipi dari Che Nom.
Cakoi dengan sos kastard pandan
Resipi doh:
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk penaik@baking powder
2 1/2 sudu besar gula kastor
1/2 biji telur – sebiji telur dikacau, guna separuh sahaja.
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak + 1 sudu besar -untuk dimasukkan kemudian
Masukkan semua bahan kering dalam mixer, kacau rata kemudian masukkan susu, air, telur dan 2 sudu besar minyak masak.
Uli sehingga doh elastik dan bila hampir siap, masukkan lagi satu sudu besar minyak masak.
Kalau adunan sedikit lembik, tambah sikit-sikit tepung gandum dalam 2-3 sudu besar. Dah siap uli, boleh rehatkan selama 1-2 jam.
Resipi sos kastard pandan
1 3/4 cawan susu segar
2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung kastard
Garam
1 sudu kecil perisa pandan
2-3 titis pewarna hijau
Kacau semua bahan sebati dan masak sehingga agak pekat. Ketepikan.
Selepas 1-2 jam, doh tadi bolehlah dicanai lebih kurang tebal 1cm. Potong adunan memanjang dan bahagikan lagi kepada 2 atau 3 bahagian.
Ambil chopstick dan tekan di tengah-tengah. Sebelum dimasukkan dalam kuali, tarik doh di kedua-dua bahagian supaya sedikit panjang dan bolehlah digoreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!