Resepi Crab Rangoon 5 Bahan Sahaja! Buat Banyak-Banyak, Tinggal Goreng Je

Share

Sebut sahaja Crab Rangoon pasti anda akan teringat tentang resepinya yang pernah viral dan mendapat berjuta-juta tontonan di tiktok.

Rasanya yang sangat creamy sesuai untuk seisi keluarga. Cara penyediaannya sangat mudah dan confirm menjadi! Jom ikuti resepi yang dikongsi ini.

RESEPI CRAB RANGOON guna 5 bahan sahaja!

Buat banyak-banyak dan boleh buat Frozen. Senang bila-bila nak makan, tinggal goreng je!

BAHAN:
•250g cream cheese
•1paket crab stick
•Kulit popia
•Daun bawang
•Lada sulah

Cara:
– Potong crab stick ikot saiz apa hampa nak. Goreng dengan minyak yang sedikit.
– Masukkan daun bawang, lada sulah dan jugak cream cheese. Masak sampai sebati.
– Potongkan kulit popia kepada 4 bahagian.


– Letakkan inti crab yang telah dimasak tadi dan balutkan. Basahkan sedikit dibahagian keliling kulit popia supaya lebih mudah melekat.

-Goreng crab rangoon dengan api perlahan sehingga keperangan.


– Angkat dan SIAP!

Sumber : Dayang Zuhaila

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa