Irma Hasmie enggan komen status perkahwinan,- “Apa yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak). Irma Hasmie yang merupakan seorang pelakon dan hos seolah-olah hilang dari radar industri seni buat seketika. Pun begitu, pemilik nama sebenar Irma Hasmie Ibrahim itu masih aktif berkongsi foto perkembangan aktiviti seni menerusi media sosial miliknya.
Artikel lain: Masa Lahirkan Anak Pertama, Mental Fizikal Tak Kuat Masa Tu Irma Hasmie Imbau Dua Momen Lahirkan Anak Di Pa&Ma Gala Moms!
Bagaimanapun selepas suaminya, Redza Syah Azmeer memuat naik foto perkahwinan di akaun Instagramnya, ramai tertanya-tanya tentang status dirinya.
Menyentuh tentang dakwaan suaminya, Redza Syah Azmeer sudah berkahwin baharu selepas lelaki itu memuat naik foto perkahwinan di akaun Instagramnya, ini jawapan Irma.
“Mohon doa supaya Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak serta Allah jaga dengan Rahmat-Nya.”
“Doakan moga Allah beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur. Apa yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak),” katanya.
Ditanya mengenai status perkahwinan antara mereka, Irma bagaimanapun tidak menjawab persoalan sama ada masih bergelar isteri atau sudah memilih jalan perpisahan.
Lagi artikel: Masyaallah Penat Puasa Kongsi Gelagat Anak, Irma Hasmie Latih Anak Puasa Seawal Usia Darjah 1!
Terdahulu, hantaran Redza mencetuskan tanda tanya apabila menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami dengan wanita terbabit selain mendoakan agar orang ramai dipertemukan dengan kebahagiaan yang dicari.
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.
Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie.
Sumber: Berita Harian Instagram Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my