Kehamilan

“Isabella Depp Dah Rendah Sangat, Silap-Silap…” Nourul Tetap Bersenam Walaupun Dah Sarat

Share

Perut semakin rendah antara tanda waktu bersalin semakin hampir. Walau pun hampir dengan waktu untuk melahirkan, Nourul tetap dengan rutin senamannya.

Kini pada usia kehamilan 38 minggu, Nourul Wahab tetap melakukan rutin senaman. Bersenam berjalan kaki atas treadmill selama 20 minit setiap hari dilakukan untuk kecergasan diri & memudahkan proses bersalin.

Patutnya alasan tak wujud

nouruldepp Habis 20 min jalan atas treadmill. Kena buat lagi esok. Kami break sat hari tu sebab dok travel lah apa lah. Tapi itu alsan kami. Patutnya alasan tu tak wujud. Laki kami marah! .

Nak sihat, nak berjaya;, jangan ada alasan. Itu yang buat semua tak menjadi. .

20min okay lah. Semalam pun sama. Bagi senang sikit nak beranak. 

Kandungan makin rendah

Nourul juga turut berkongsi yang kandungannya makin rendah dan menjangkakan bersalin dalam masa terdekat.

#isabelladepp dah rendah sangat2 dah ni. Silap2 malam ni ka atau esok ka? Entahlh. Dia pilih and Allah yang putuskan. Bukan kita yang pilih .

ujud Berjalan, bukan berlari

Nourul juga turut berpesan kepada wanita hamil agar berjalan dan bukannya berlari serta mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu/

Jalan ja. Jangan berlari. Sapa yang prégnant kalau nak bersenam, tanya gynae dulu na. .

Sumber: nouruldepp

Published by
Azma ML