Isi Nenas Kita Makan, Kulit Jangan Buang, Jadikan Baja Organik Suburkan Pokok Buah & Sayur!

Share

Selepas mengupas nenas, kulit nenas yang terbuang jangan dibiarkan sebegitu sahaja. Rupanya dari kulit nenas ini dapat dijadikan baja organik untuk suburkan pokok buah dan juga sayur-sayuran.

Nak tahu macam mana caranya? Jom ikuti perkongsian Cikwan Redzuan Jelani.


Isi kita makan, kulit kita recycle. Dari nenas dia datang, ke nenas jua ia kembali. Kulit nenas jangan dibuang ye sedare, kita buat dia jd baja organic! Caranya.

Letak air hujan/ mineral suku blender, then kulit nenas tadi lepas dipotong potong. Blend sikit demi sedikit sampaii habis!

Then campurkan jus kulit nenas tadi dengan gula merah dan jugak yakult sebotol. Nisbah dia 1:1 sekilo kulit nenas, sekilo gula merah.

Masukkan dalam bekas bertutup. Wak guna bekas sabun yang dah dicuci bersih je. Senang!!

Peram 2 minggu dekat tempat teduh, buàng gas dia setiap hari. Kalau tak buang dia boleh jadi time bomb tau. Sekali meletup, habih 1 stor dia pergi.

Lepas 2 minggu dah boleh guna dah, tapis serdak nenas tadi dan amik air dia je. Asingkan. Serdak tadi masukkan semula dalam botol, peram lagi sampi dia terhurai habis.

Air baja yang diasingkan tadi boleh la masukkan dalam botol lain. Dah jadi pati baja.

Nak guna, amik 10 ml pati baja tadi campur dengan 1 litre air, semburlah kat pokok nenas dan pokok buah buahan yang lain macam limau, jambu, durian belanda, terung, cili dan sebagainya. Sayur sayuran pun boleh! Tak ada masalah! Organic ni dia tak ada kesan buruk pada pokok.

Sembur waktu petang dengan kekerapan 3 hari sekali, tak sempat seminggu sekali pun takpe, janji ada baja!

Kalau ada pokok yang sedang berputik sembur kat putik dia lagi cantik. InsyaAllah buah akan terus lekat nanti. Contoh macam durian belanda yang payah sangat nak lekat buahnya.

Semua buah buahan yang manis boleh recycle untuk jadikan baja buah ye sedara cuma perlukan sedikit kerajinan. Sayang kalau dibuang begitu saja.

Jika bermanfaat, share la. Moga ianya menjadi asbab bertambah rezeki kita semua. Amin.

Menarik: Nak Jadi Macam Kakak, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Biasakan Anak Dengan Taekwondo

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM