Selebriti dari seberang, Nikita Willy berkongsi caranya melatih anak untuk tidur sendiri di bilik sendiri seawal usia anak sulungnya, Issa Xander Djokosoetono 4 bulan.
Menurut perkongsian isteri Indra Priawan di laman Youtube miliknya, Nikita mempunyai sebab tersendiri untuk melatih anak tidur sendiri sejak bayinya berusia 4 bulan.
“Kita ajar dari kecil, risau kalau ajar masa dia dah besar nanti jadi susah sangat sebab dah terbiasa tidur dengan saya dan Indra”
“Dan kita sleep training dia saat dia umur 4 bulan, pada mulanya dia tak boleh tidur tanpa saya, tapi sekarang Alhamdulillah sudah bisa jadi dia sudah boleh berdikari dan dia juga tidur lebih lama juga,”
“saya merasa dia tidur lebih lena di biliknya sendiri, karena nggak ada suara yang ganggu gitu dan nggak ada gerak-gerik yang mengganggu dia.”
Tambah artis cantik berdarah Minang ini lagi, jika anak sulungnya tidur bersama, dia sendiri yang tidak dapat mengawal diri daripada memeluk anaknya saat tidur.
“Dan kalau misalkan dia tidur sama kita, setiap kali dia mengeluarkan suara, saya akan refleks terus dan dukung dia dan itu menyebabkan tidurnya terganggu,”
“Baby itu kan masih active sleep ya, masih suka berisik-berisi saat tidur. Padahal dia tuh lagi tidur. Jadi saat dia tidur di kamar di crib dia sendirian, saya merasa dia lebih selesa dan dia bebas berekspresi gaya tidurnya, dan tidurnya pun juga lebih panjang dan pagi-pagi dia bangun seger banget gitu,”
CARA MELATIH BAYI TIDUR SENDIRI TANPA BANTUAN
Terapkan Rutin Sejak Kecil
Atur waktu tidur anak dari kecil dengan baik. Ada sesetengah ibu bapa, sering merungut anak mereka sukar untuk tidur malam. Semak semula jadual tidurnya dari kecil. Jika anda sering membiasakan bayi untuk tidur lambat sejak kecil, contohnya sering membawa mereka berjalan-jalan hingga lewat malam, jangan terkejutlah kalau anak tidak mudah untuk tidur awal.
Dari kecil kita dah didik dia tidak ada rutin tidur yang tetap dan membiasakan anak tidur lewat. Anda perlu tahu, bayi memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa.
Cara tidurkan bayi yang paling baik adalah dengan melatih mereka melelapkan mata pada waktu yang sama setiap hari. Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecergasan dan kecerdasan mereka sebelum tidur.
Bawa Anak Masuk Bilik Awal
Katakanlah waktu tidur anak pukul 9 malam, lepas isyak tu dah boleh bawa anak masuk bilik untuk tidur. Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur.
Anda juga boleh membaca buku cerita kepada bayi anda. Bayi memerlukan suasana tenang untuk melelapkan mata. Sebaiknya, elakkan sebarang gangguan seperti bunyi bising orang bercakap ataupun bunyi televisyen yang kuat. Jika anda mengamalkan cara tidurkan bayi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu membiasakan si kecil dengan rutin tidur awal.
View this post on Instagram
Ruang Tidur Yang Selesa
Semua orang mahukan keadaan yang selesa untuk merehatkan diri. Samalah dengan si manja anda. Pastikan bilik si manja tidak terlalu sejuk atau terlalu panas. Cahaya dalam bilik sedikit gelap dan pastikan katil bersih tanpa habuk. Ruang tidur yang selesa dan tenang mampu membuatkan anak tidur dengan mudah.
Kredit: Nikita Willy
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI