Kehamilan

Isteri Alami Alahan Masa Hamil Itu Biasa, Suami Kena Ambil Kisah Supaya Isteri Rasa Tak Terbeban

Share

Setiap pasangan berkahwin tentu mengimpikan zuriat sebagai pelengkap keluarga. Tapi bukannya sudah berkahwin tu Allah janjikan terus dapat zuriat, bila tiba masa dan saatnya rezeki itu pasti datang. Jadi yang belum dikurniakan zuriat lagi jangan putus asa dan terus berdoa, usaha dan tawakal seperti kata Hammad Zamakhshari atau lebih dikenali sebagai Bengah Seorang abang yang kisahnya bersama adik istimewanya, Afiatul sering mendapat perhatian ramai.

Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Bengah menyatakan tiada suplemen yang diambil untuk mendapatkan zuriat bersama isteri tercinta Cik Bunga yang telah dinikahi sejak penghujung tahun 2017. Apa yang dilakukan adalah berdoa, usaha dan tawakal.

“Bunga untuk Cik Puan Bunga

“Isteri dengan nada macam nak marah bercampur gembira dapat hadiah bunga dari suami.. Abang tak tahu nak ungkap dengan kata kata untuk Nur.. jadi abang pilih bunga sebagai penganti kata kata manis abang ni. Bunga Ros bau harum manis sikit dapatlah sampaikan perasaan abang pada Nur..

“Tak ada supplement apa apa yang kami ambil.. sebab ramai bertanya Bengah. satu yang Bengah tak pernah berhenti ialah berDOA. Apa sahaja doa.. berdoa bukan selepas habis solat sahaja. Minta je di doakan walau dari siapa pon. bersedekah pon salah satu asbab.. dan Bengah bersedekah pon Bengah minta di doakan elok elok. DOA, USAHA DAN TAWAKAL.. jangan malu minta pada Allah SWT. sampai masanya akan tiba.. rasa nak nangis pon ada sebab gembira dan bersyukur ya amat. Tuhan je tahu perasaan ni.

“Pada yang belum mendapat cahaya mata.. Bengah doa kan anda semua akan sampai masanya nanti kelak! dan diwaktu yang ada ni.. bercinta dan berkasih sayang sesame pasangan.

“Terima kasih banyak sebab bagi ucapan yang baik baik dan doa dekat komen. banyak sangat kalau nak reply! Kali terakhir dapat komen banyak ni masa awal perkahwinan haritu. tu jela.

“Bengah seronok dapat doa yang baik baik dari korang. semoga kebaikan yang di doakan ni berbalik kepada kalian semua.. Amin Allahumma Amin.

“Jangan berhenti berdoa! jangan malu nak minta doa dari orang! Jangan kedekut nak buat baik! Selalu lah bersedekah.. walaupon senyuman

“Bersyukur dengan nikmat yang ada diberi ini semuanya tetap ALLAH HUAKBAR!”

Turut gembira dengan perkhabaran tersebut, warga net yang menjadi pengikut Bengah mengucapkan tahniah atas kehamilan isteri tercinta.

 

Dalam satu posting yang lain di Instagram, Bengah turut berkongsi tentang alahan yang dialami oleh isterinya.

“Morning Sickness Lelaki Is Real!

“Sebelum ni Bengah memang pernah alami pagi pagi yang memualkan tekak. mungkin sebab faktor berhenti minum kafein? dah bertukar kepada teh masih belum biasakan lagi.

“Puan Bunga Tak Boleh Bau Masakan Goreng”

“Yang ni tak rumit bagi Bengah sebab.. abang senang je dengan apa jua juadah yang dimakan KECUALI bawang! tapi nampak juga perubahan pada isteri.. kesian juga kat dia ada makanan kegemaran yang tak boleh dia nak makan sebab bau.

“Perubahan hormon badan yang paling kelakar ialah bau pomade rambut suami dia ni tak boleh nak bau!  nasib la rambut ni boleh sikat tepi. tanya dengan Mak dulu.. Mak cakap tengok pada tuan badan tapi berbulan juga la proses mual. Mak mertua pula cakap.. bau goreng dan masakan ni yang boleh buatkan mual tekak.

“Inilah pengalaman baru Bengah.. banyak kerenah dan perangai isteri yang nak kena layan. istimewanya insan yang bergelar IBU ni.. dia sakit perut, dia mual, dia tak boleh bau itu ini, dia tak boleh buat kerja berat.. tapi dia sibuk juga nak buat!

“Bila dengar isteri cakap dengan baby dalam perut.. “Baby kuat tau baby. jangan buang makanan keluar baby kena membesar kuat” dulu baby tu gelaran kat suami. apa ni cakap dengan perut? suami ada sini ni.

“Buat masa ni isteri tak mengidam apa apa.. kata isteri perasaan.. TERINGIN NAK MAKAN AISKRIM ROTI. Suami akan usaha dapatkan ada misi misi lagi ke lepas ni? semoga semua urus ini dipermudahkanNya.. amin

Pengikut-pengikut Bengah turut komen dengan pengalaman masing-masing yang mengalami alahan ketika hamil.

sumber/gambar: Makhlokmacho

Published by
SAHR