Ketika seseorang lelaki ‘menghampiri’ seorang wanita, manalah dia tahu gadis idamannya itu anak sulung, anak tengah atau anak bongsu. Waktu itu, lelaki tersebut hanya tahu yang diasudah terpikat dan mahu cuba nasib, kalau ada jodoh untuk bersama. Sebenarnya setiap wanita mempunyai karakter tersendiri, tetapi faktor mereka anak yang keberapa dalam keluarga juga sedikit sebanyak mempengaruhi karakter mereka.
Sekiranya seorang lelaki itu berkahwin dengan anak sulung, sudah tentu anda akan perasan akan perwatakan mereka yang lebih matang.
Walaupun begitu, tidak bermaksud anak sulung wanita yang matang semata-mata dan tidak pandai bermanja. Untuk yang baharu berkahwin atau sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih keliru dnegan karakter isteri anda, Pa&Ma senaraikan beberapa ciri yang mungkin boleh dikaitkan dengan diri mereka.
1. MATANG
Jika isteri anda seorang anak sulung, biasanya mereka sangat matang. Kadang-kadang, suami pun dilayan macam adik-adiknya. Kalau marah, isteri mudah memaafkan dan dia juga murah hati. Anak sulung mempunyai satu sifat yang mudah memaafkan dan suka berkongsi. Mungkin nampak sedikit tegas dan serius tetapi sebenarnya mudah lembut hati.
Ads
2. CERIA
Apabila mereka matang, jaranglah untuk ‘buat perangai’. Biasanya mereka jenis tenang dan mudah terhibur. Disebabkan kematangan mereka itu, jarang isteri terbawa-bawa dengan emosi dan mengikut perasaan. Mereka lebih positif dan mudah dibawa berbincang.
3. MENYAYANGI ORANG LAIN
Anak pertama sudah dilatih untuk menyayangi dan mengalah dengan adik-adiknya sejak kecil. Jadi iasanya isteri anda seorang yang sangat mengambil berat, cuma kenalah bersabar dengan tahap bebelannya. Anak sulung sudah biasa bertegas dan meleteri adik-adiknya, tidak mustahil di dalam rumah tangga mereka cenderung untuk terus bersikap begitu.
4.SENYUM WALAU BERMASALAH
Satu masalah anak sulung, mereka jarang berkongsi kedukaaan mereka. Isteri mungkin lebih suka memendam perasaan dan akan mencari jalannya untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Kadang-kadang ketika mereka sedang sedih pun tidak dapat dikesan doleh orang lain kerana mereka hanya senyum sahaja.
5. SUKA TUNJUK RASA SAYANG
Jika isteri anda anak sulung, mereka tidak malu untuk menunjukkan kasih sayang mereka. Terlebih prihatin dan akan pastikan semuanya sempurna untuk suami dan anak-anak.
Ads
6. MANJA
Anak sulung manja, cuma tidak mahu ditunjuk. isteri lebih suka memanjakan suami dan anak-anak, kerana mereka tidak mahu nampak mengada-ngada di depan keluarganya. Tapi kalau diberikan kejutan, pasti menangis terharu!
7. BERTANGGUNGJAWAB
Tidak kisahlah isteri anak keberapa, pastinya ada sikap bertanggungjawab terhadap keluarga. Cuma anak sulung ini kebanyakannya dilihat lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap suami dan anak-anaknya kerana telah dibesarkan begitu. Jadi kalau kadang-kadang suami atau anak-anak terasa seperti sedikit ‘dikawal’, sebenarnya isteri tak sedar pun hal itu kerana pada mereka, itu cara untuk menunjukkan keprihatinan mereka.
8. DEGIL
Disebabkan mereka sudah terbiasa, adik-adik mengikut kata mereka jadi ada masanya isteri sedikit degil. Mereka cenderung untuk membuat keputusan sendiri dan sangat tekad. Suami harus bijak menegur dan memujuk mereka untuk mereka merubah sesebuah keputusan yang telah dibuat.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sebelum ini berjuang melawan kanser hidung kini berdepan ujian baharu apabila menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama. Lebih memilukan, akibat kejadian itu, si kecil ini disahkan mengalami gegaran otak dan masih berisiko mengalami sawan jika jatuh atau pengsan.
Ibunya, Siti Suhana Misdi, 39 tahun, meluahkan rasa pilu kerana anak yang baru pulih 80 peratus daripada kanser, terpaksa menanggung pula penderitaan dibuli hingga menjejaskan emosi dan pelajarannya.
Dipukul, Ditendang, Dipaksa Berbogel
Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang, 21 Februari lalu. Mangsa didakwa dipukul, ditendang, dihentak kepala, malah lebih menyayat hati, dia turut dipaksa menanggalkan pakaian oleh seorang murid Darjah Enam. Serangan kejam itu berpunca daripada rasa tidak puas hati pelaku terhadap kakak mangsa yang menolak lamaran cintanya.
Akibat kejadian, anak kecil ini dirawat di sebuah hospital swasta dari 12 hingga 26 Mac lalu dan doktor mengesahkan dia mengalami gegaran otak. Menurut ibunya, beliau hanya mengetahui cerita sebenar selepas anak perempuannya memberitahu kerana terlalu risau dengan keadaan adiknya.
Luka Belum Pulih, Jadi Mangsa Buli Kali Kedua
Lebih memilukan, penderitaan anak kecil ini tidak terhenti di situ. Pada 7 Ogos lalu, dia sekali lagi menjadi mangsa buli, kali ini di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai sekitar jam 10 pagi.
“Anak saya kini sukar fokus dalam pelajaran dan tidak lagi aktif bersukan. Doktor maklumkan proses penyembuhan gegaran otak boleh ambil masa hingga tiga tahun serta berisiko sawan,” kata ibunya.
Sebagai seorang ibu, hatinya luluh melihat anak yang masih lemah akibat rawatan kanser, menjadi sasaran kerana keadaannya yang dianggap lemah oleh rakan-rakan sebaya.
Tanggungjawab Semua Pihak
Kes sebegini perlu membuka mata semua pihak. Buli bukan sekadar “gurauan”, ia adalah penderaan fizikal dan emosi yang mampu menghancurkan masa depan seorang anak. Ibu bapa perlu lebih peka dengan tanda-tanda anak dibuli seperti:
Enggan ke sekolah atau sering beri alasan sakit.
Tiba-tiba jadi pendiam atau murung.
Hilang minat terhadap pelajaran dan aktiviti harian.
Mempunyai kecederaan tanpa sebab munasabah.
Pihak sekolah pula tidak boleh memandang ringan isu ini. Setiap laporan buli perlu disiasat serius dan langkah pencegahan mesti diutamakan supaya keselamatan anak-anak terjamin.
Semoga kisah ini membuka mata kita semua. Hentikan buli, lindungi anak-anak kita – kerana mereka amanah Allah yang paling berharga.
Tular di platform Threads apabila tindakan seorang individu yang didakwa menghasilkan deepfake menggunakan wajah arwah Zara Qairina mencetuskan kemarahan ramai. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dianggap keterlaluan kerana memanipulasi wajah seorang kanak-kanak yang telah meninggal dunia semata-mata untuk konten hiburan.
Netizen meluahkan rasa marah serta kecewa, malah ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berperikemanusiaan. Lebih menyayat hati, imej arwah yang sepatutnya menjadi memori indah buat keluarga kini dipermainkan dengan cara yang tidak sepatutnya.
View on Threads
“Ini memang melampau. Arwah dah pergi, janganlah buat macam ni. Tak hormat langsung,” luah seorang pengguna Threads yang turut mendapat sokongan ramai.
Ramai juga mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pembuat deepfake ini kerana ia jelas menjatuhkan maruah arwah dan mengguris perasaan keluarga yang masih dalam proses merawat luka kehilangan. Perbuatan sebegini bukan sahaja salah dari segi moral, malah menyalahi etika dan adab menghormati orang yang telah tiada.
Isu deepfake bukanlah perkara baharu. Sebelum ini, beberapa selebriti turut menjadi mangsa penyalahgunaan teknologi ini. Namun, kali ini ia mengundang kemarahan besar kerana melibatkan seorang kanak-kanak yang sudah meninggal dunia. Dalam budaya kita, menjaga maruah serta menghormati orang yang sudah pergi adalah kewajipan, bukan pilihan.
Setakat ini, keluarga arwah Zara Qairina masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi. Namun, netizen sepakat menggesa agar semua pihak menghentikan perbuatan tidak bermoral ini dan menghormati memori arwah.
💔 Pa&Ma berpesan – Teknologi moden bukan alasan untuk hilang adab. Ibu bapa wajar mendidik anak-anak agar lebih peka dalam menggunakan media sosial. Ajarlah mereka tentang etika dunia digital, bahaya deepfake dan kepentingan menghormati orang lain, khususnya insan yang telah pergi. Ingatlah, setiap gambar dan kenangan adalah amanah yang perlu dijaga, bukan dipermainkan.
Kalau zaman dulu-dulu, figura seorang ayah sangat digeruni. Yalah, tegas dan garang. Tak perlu cakap banyak pun, sekali dijelingnya kita memang dah takut. Semua anak berlari cari nak menyorok di belakang ibu.
Namun kasih sayang seorang ayah tidak dapat dihitung, apa pun yang terjadi dia sanggup berkorban untuk keluarganya. Pendek kata, biarlah dirinya dalam kesusahan tetapi bukan isteri dan anak-anak.
Sedikit perbezaan personaliti ayah dulu dan zaman sekarang ni, mereka lebih suka ekspres dan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan. Ayah zaman sekarang juga lebih santai dan tegas dengan cara yang berbeza tak seperti gaya parenting dahulu.
Bercerita tentang melahirkan perasaan dari perbuatan, sebuah video menerusi akaun Tiktok @intanmasekh menunjukkan seorang ayah yang sanggup menemani anaknya di sekolah dengan cara yang unik.
Pada awalnya, ayah ini mengikuti sesi bersenam bersama murid-murid di sekolah tersebut. Bukan main bersemangat, duduk di hadapan sekali!
“Semasa anak hantar ke sekolah, siap join aktiviti senam aerobic ibu bapa dan guru. Seronok, semangat..
Lepas tu ayahnya tak nak balik tinggalkan anak dia, jadi dia apply jadi tukang kebun sekolah macam PAPADOM.”
Selepas itu, apabila anaknya dan murid lain masuk ke kelas dia sanggup jadi tukang kebun sekolah. Siap menyapu sampah di halaman sekolah sambil memerhatikan anaknya di dalam kelas.
Rata-rata yang menonton video ini menonton video ini pada awal menyangka bahawa ayah kanak-kanak itu guru di sekolah tersebut dan ada juga yang berseloroh mengatakan mungkin dia tak mahu balik kerana ada cikgu cantik di situ;
Memang sweet sungguh ayah ni, mungkin sebab pertama kali nak lepaskan anak ke sekolah jadi ada rasa susah hati dan syahdu. Namun apa yang ditunjukkan ayah ni memang menjadi bukti betapa dia kasih dan sayangkan anaknya itu.
Semoga kasih sayang mereka tetap utuh sehingga bila-bila dan anaknya akan membesar menjadi anak yang baik dan membanggakan keluarga.
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.