Rezeki ni milik Allah, bukan milik suami mahu pun siapa-siapa. Allah boleh berikan apa sahaja pada kita jika Dia mahu.
Jika ada rezeki lebih, jangan kedekut dan berkira. Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan jika rasa rezeki sempit, mungkin ada kekurangan kita yang tak disengajakan.
Jika Suami Berasa Sempit Rezeki, Cuba Check Apa Yang Terkurang
Banyak keluhan yang saya dengar, rintihan dari suami yang terasa berat sangat rezeki nak masuk.
Ya, saya faham sebab saya pun seorang suami juga. Banyak yang kita fikirkan untuk keluarga. Rasa macam suami yang tidak berguna bila tidak dapat buat yang terbaik untuk keluarga kan?
Persoalannya, kenapa kita berasa sempitnya rezeki?
Cuba kita sama-sama checklist semula perkara di bawah, adakah kita telah buat yang terbaik?
1. Bagaimana hubungan kita dengan Allah?
2. Bagaimana hubungan kita dengan ibubapa?
3. Bagaimana hubungan kita dengan mertua?
4. Bagaimana hubungan kita dengan adik-beradik dan ipar duai?
5. Apakah kita terlalu berkira-kira soal nafkah dengan isteri?
No. 1 hingga no. 4 tu saya tak nak fokus sangat, kita boleh fikirkan dan buat strategi untuk perbaikinya.
Cuma yang no. 5 tu, kadang-kadang suami terlepas pandang. Rezeki suami akan mudah dijemput bila mana kita berbuat baik terhadap isteri termasuk dalam bab soal nafkah.
Isteri kita adalah salah satu asbab rezeki untuk suami. Nabi SAW bersabda, sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Ahli keluarga yang dekat dengan suami ialah isterinya sendiri selain ibu bapa.
Bila kita berasa isteri itu beban bagi kita, begitulah rezekipun akan terbeban sampai pada suami, sebab salah satu pintu rezeki ada pada isteri.
Bukanlah maksud teman sampai kita melebih-lebih di luar kemampuan kita, cuma jangan sampai kita mengenepikan isteri dalam soal nafkah kerana terlalu ‘berlebih kurang’ dengan isteri disebabkan mereka isteri yang berkerjaya.
Semoga Allah meluaskan rezeki para suami yang membaca posting ini, amiin.
Sumber: Hassan Adli
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)