Isteri suka berdikari memang tidak dinafikan memudahkan pelbagai urusan rumah tangga. Tapi para suami jangan pula ambil kesempatan dan lepas tangan dengan alasan tidak mahu terlalu memanjakan.
Encik Akhtar Syamir @ Bro Ohsem, berkongsi ada di kalangan warganet bergelar ibu pernah meninggalkan komen yang amat menyedihkan pada posting Facebook beliau. Desakan depresi yang melampau, wanita itu cuba melemaskan anak. Ada juga yang bertindak memukul anak, takut untuk tidur malam & meracau. Berikut ialah perkongsian beliau;
Kes 1. “Saya pernah cuba lemaskan dia dalam besen…Hampir hilang dah dia…”
Kes 2. “Saya rasa saya ada penyakit meroyan. Sampai tahap pukul anak – anak saya. Saya takot sangat, tido malam pun sampai meracau…”
Itu antara kata – kata dua orang Ibu kepada saya.
Kes 1 sudah di tahap genting, kes 2 pula adalah adalah permulaan kepada depresi yang teruk. Jika kita masih ingat, pada bulan Jun 2018 negara dikejutkan dengan kejadian seorang ibu mengelar anaknya yang berumur 1 tahun sehingga meninggal dunia.
Apa sebenarnya depresi?
Depresi ialah satu penyakit yang serious tetapi biasa terjadi. Ia akan memberi kesan terhadap perasaan seseorang, cara berfikir dan perilakunya. Depresi akan menyebabkan perasaan sedih yang teruk dan seperti kehilangan harapan.
Tanda – tanda depresi
Perasaan sedih dan tertekan
Hilang perasaan seronok kepada sesuatu yang pernah disukai
Perubahan selera makan (berat naik atau turun)
Masalah untuk tidur atau tidur yang berlebihan
Kehilangan tenaga dan kepenatan
Sentiasa membuat pergerakan tangan seperti kegelisahan atau mundar mandir.
Pergerakan dan percakapan menjadi perlahan sehingga disedari oleh orang lain
Rasa bersalah atau rasa tidak berguna.
Mempunyai masalah untuk berfikir, memberi tumpuan atau masalah untuk membuat keputusan.
Ada memikirkan mengenai kematian atau membunuh diri.
Jika anda sering mengalami tanda – tanda seperti ini lebih dari jangkamasa 2 minggu, cepat – cepatlah dapatkan bantuan pakar.
Menurut kajian, depresi lebih banyak terjadi kepada wanita berbanding lelaki.
Ads
Di sini datangnya bahaya depresi seorang isteri dan ibu. Kerana ianya dikhuatiri akan membahayakan anak – anak. Di dalam konteks kaum Melayu, kita namakan ini sebagai meroyan.
Selain genetik dan personaliti asal, faktor persekitaran juga menyumbang kepada terjadinya depresi. Sama ada di tempat kerja atau di rumah.
Mari kita fokus kepada faktor di rumah. Di samping karenah anak – anak, tidak dinafikan depresi boleh berpunca dari suami sendiri.
Gambar hiasan.
SAYA TIDAK BUAT APA PUN!
Bila seseorang ibu mengalami depresi, jika ditanya kepada si suami mengapa isteri begitu, pasti jawapannya “saya tak buat apa pun !”. Sebenarnya itulah antara penyebabnya. Tidak buat apa – apa pun.
Ini pendedahan sikap suami yang boleh menyumbang kepada penyebab depresi.
TIADA KERJASAMA URUS RUMAH
Pinggan makan sendiri jarang sekali dibasuh. Dapur pun jarang usik. Berat tangan untuk bantu kosongkan sinki selepas isteri penat memasak.
Tandas tidak terjaga. Sentiasa si isteri yang akan mencucinya. Kalau 3 bulan, 3 bulan la kotor macam tu.
Ads
Rumah pula dibiarkan bersepah tidak bersapu dan berkemas sehinggalah isteri yang selesaikan semuanya. Bila ada tetamu nak datang pun masih santai dan biar isteri terbongkok – bongkok mengemas demi menjaga maruah keluarga.
Ada yang sehingga anak ke 5 baru belajar menggunakan mesin basuh. Itu pun kerana terpaksa. Lipat kain pastu satu perkara yang sangat asing.
Jangan cerita bab tanggungjawab. Kerja – kerja rumah ini bukan 100% terletak kepada isteri. Berhenti jadikan ia alasan murahan untuk menjadi lelaki yang pemalas.
Gambar hiasan.
TIDAK PEDULI PELAJARAN ANAK
Ada juga yang mengadu kepada rakan – rakan bagaimana suami mereka langsung tidak ambil peduli mengenai pembelajaran anak dan membiarkan si isteri menguruskan segalanya. Ini sememangnya akan menambahkan beban mental kepada isteri. Ini bukan lagi soal membuka aib, tetapi ini telah masuk ke kategori mendapatkan bantuan dan nasihat.
KEPERLUAN ROHANI ISTERI
Masuk pula bab “Keperluan Rohani” pula. Ini bukan keperluan asas seperti makan dan pakai. Tetapi keperluan dalam diri isteri. Keperluan supaya suami menjadi seorang suami kepadanya.
Contoh keperluan rohani isteri adalah seperti menjaga isteri, membelai isteri, meneman isteri, menjadi penglipur lara isteri, ada bila saat diperlukan, memeluk isteri bila semangatnya jatuh dan lain – lain lagi. Nampak macam banyak kan? Tapi ketahuilah yang isteri sentiasa sedia untuk buat lebih dari ini.
Gambar hiasan.
ALANGKAH BAGUS KALAU SUAMI ADA DISISI
Saya pernah nampak dengan mata saya sendiri bagaimana seorang ibu membawa 3 orang anak termasuk 1 bayi untuk menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan. Dengan hujan yang agak renyai, hanya yang bayi berada di dalam stroller yang tertutup tetapi tidak sepenuhnya manakala dua lagi anak kecil beliau rapat mengikuti di belakang berjalan kaki sendikit mendaki untuk ke pintu klinik kesihatan. Saya hanya sempat mengangkat stroller bayi beliau sahaja.
Ads
Betul, ibu dan isteri ini pandai berdikari. Tetapi alangkah bagusnya jika ada suami di sisi untuk membantu? Kita boleh bersangka baik, mungkin suaminya outstation dan sebagainya. Tetapi kesusahan itu tetap si isteri perlu tanggung seorang diri. Pandai berdikari tak semestinya perkara semua jadi senang bagi mereka.
Percayalah, kalau suami buat atau sekurang – kurangnya cuba untuk memenuhkan gelas keperluan rohani si isteri, usah kata depresi, berkerut kening dan mengeluh pun akan sukar terjadi.
SUAMI BOLEH JADI SALAH SATU PUNCA DEPRESI ISTERI
Jadi, adakah suami boleh menjadi punca isteri atau ibu menghidap depresi? Jawapannya YA.
Namun begitu, suami juga boleh menjadi punca kepada isteri yang bahagia, yang penyayang, yang setia dan yang menjadi ibu yang baik untuk anak – anak.
Anda sebagai suami nak pilih menjadi punca yang mana satu? Punca depresi atau punca kebahagiaan? Pilihan di ego masing – masing. Jangan sesekali memandang ringan depresi isteri.
Kepada yang tidak melalui pengalaman – pengalaman yang tidak baik sebegini diharap jangan mengecam mereka yang berhadapan dengan situasi sebegini setiap hari. Kita tidak berada di tempat mereka. Kita tidak tahu apa yang mereka rasa.
Semoga keluarga kita dilindungi dari kejadian – kejadian yang buruk.
Jika mahu, tinggalkan kata – kata semangat buat Puan yang pm saya ni supaya dia boleh baca dan tenangkan hatinya. Saya sudah pm link artikel ini kepada beliau.
Sebagai ibu bapa memang kita tak dapat lari daripada melakukan kesilapan dalam mendidik anak-anak. Namun ianya bukan satu alasan untuk kita mengabaikan emosi anak ketika mereka membesar.
Amat peting untuk ibu bapa mengawal emosi dan mempelajari lebih lagi berkenaan keibubapaan. Ikuti perkongsian daripada Dr. Taufiq Razif ini.
Mak ayah wajib baca artikel ni. Anak kita boleh jadi pendendam pada kita bila:
1. Kita amalkan Neglectful Parenting
– Neglectful ataupun Uninvolved Parenting ni adalah bila kita terlalu lepas tangan dalam mendidik anak anak
– Mungkin kita terlalu sibuk sampai kita abaikan anak anak. Sibuk boleh tapi kena bayar balik defisit emosi dan perhatian anak anak. Kalau tak, anak kita mungkin berakhir menjadi pendendam, haus perhatian dan dahaga kasih sayang
2. Kita abaikan Basic Needs anak
– Dalam Maslow’s Hierarchy of Needs keperluan paling diperlukan adalah makanan, minuman, tempat tinggal, tidur dan lain lain
– Kalau yang ni tak setel, maka yang lain pun akan jadi haru biru. Bayangkan kalau ketua keluarga abaikan nafkah anak anak. Habis kucar kacir semuanya pada diri anak
3. Kita menduakan ayah atau ibunya
– Ayah dan ibu kepada anak anak kita adalah simbol kehormatan dan simbol maruah anak anak
– Jika kita menduakan ibu dan ayah kepada anak kita tanpa alasan yang Syarie, ianya seolah olah kita menghancurkan maruah dan kehormatan si anak. Akan berlaku Trust Issues yang sangat teruk jika tidak diselesaikan daripada awal
4. Kita mengamalkan Favoritism
– Favoritism berlaku kita selalu pilih kasih antara anak anak. Tanpa sedar Favoritism ni boleh berlaku bila kita hanya utamakan Eye Contact pada anak yang lebih kecil hingga abaikan kakak dan abangnya ataupun bila kita selalu puji anak tertentu sahaja sehingga anak yang lain terasa diabaikan
– Ingat, Favoritism akan menyuburkan sifat saling dengki mendengki dalam diri adik beradik kalau tak ditangani dari awal!
5. Kita cederakan emosi anak secara keterlaluan
– Mengikut kajian, bahagian otak yang aktif ketika Emotional Pain lebih kurang sama dengan bahagian yang aktif ketika Physical Pain
– Ya, kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan emosi kadangkala lebih menyakitkan daripada kesakitan pada tubuh badan dan ianya bertahan lebih lama
– itulah kenapa kalau marah, janganlah keterlaluan. Kalau tengking, jangan sampai melampau dan keterlaluan. Kita tak tahu yang mana akan membekas dan menjadi parut emosi pada diri anak kita yang akan kekal sampai mereka dewasa.
– Itulah pentingnya mak ayah untuk belajar ilmu parenting dan ilmu kawal emosi sentiasa.
– Kita nak didik anak kita menjadi anak yang berguna bukannya menjadi anak yang berdendam dalam diam kepada kedua orang tuanya
Sumber: Taufiq Razif
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut je bab romantik ada isteri rasa macam frust je. Mana taknya tengok isteri lain dapat hadiah, hati mesti rasa nak juga. Tengok isteri lain dapat kata-kata romantik, rasa nak juga.
Bagi sesetengah perempuan kalau suami tak romantik tandanya suami tak sayang.. eh eh betul ke?? Ingat ya tak semestinya suami kita tak ucap kata sayang, tak bagi hadiah, dia tak sayang. Sebenarnya mungkin caranya macam tu. Yang penting dalam bab tanggungjawab dia lakukan sebaik mungkin untuk kebahagiaan isteri dan anak.
Suami Tak Romantik
Seperti yang dikongsikan oleh Doktor Selebriti, Dr Say dia akui yang dia memang tak romantik seperti suami orang lain.
Apa yang dia utamakan adalah tanggungjawab untuk isteri dan anak tak terabai walau dalam apa keadaan sekalipun.
Terus terang saya cakap saya tak romantik langsung. Kadang-kadang cemburu saya tengok teman lelaki atau suami lain suprise kan teman wanita atau isteri dia orang pom pam. Pakai penutup mata bawak pegi tempat pom pam makan pom pam bg hadiah pom pam siap hire photographer + videographer pom pam. Terduduk sy dibuatnya dgn kepom paman mrk.
Kalau besday bini, habis romantik pun pukul 12mlm hari besday die sy set alarm, alarm berbunyi, sy wish bini hepi besday, den kami tidur sopan2 xnakal2. Romantik sb yelah sy org pertama wish.
Smlm mase sy teman baby di kecemasan dari 5pagi smpi bini dtg tuka shift 6ptg, mak-mak kt situ pandang sy lain mcm. Bile sy bangun ketatkan bedung, sy rase diperhatikan. Bile lap poo poo & tuka diapers, sy rase diperhatikan.
Bile sy susukan Ace, sy rase diperhatikan. Den ade sorg makcik dtg kpd sy bertanye “mak die mane?” sy pn jwb “maknye kerja, ptg nnt abis keje dia dtg”. Terus makcik tu sengih ckp “jarang makcik nmpk laki buat semua ni”. No wonder mak2 ni pandang sy lain mcm. “Suami xleh susukan anak, tukarkan diapers anak ke?” detik hatiku.
Bila bini smpi sy cerita kejadian ni kt die, terus die shayang sy saying “im lucky to hav u, wlpn u xromantik (ouch) tp u pandai jaga baby kite”. Malam ni shift sy bermalam di ward ngn Ace habisla diperhatikan lagi waduh, xpelah i’d do anything for my baby & bini.
Kesimpulan crite ni laki ni romantiknya ade 2 jenis, romantik tersurat & romantik tersirat. Hargailah lelaki kalian xkira apa jua jenis romantiknya. Kalau xde tersurat & tersirat simple, cari lain ahaha.
Perabot Ada Kesan Calar Boleh Hilang Dengan Cara Ini, Mudah Dan Murah
Perabot kayu ada kesan calar? Nah ini ada cara mudah dan murah nak hilangkannya. Perabot kayu sangat sesuai dengan hampir semua bahagian dalaman moden.
Bagaimanapun goresan pada perabot kayu seperti di atas meja, pintu kabinet atau sandaran tangan tentunya ‘menyakitkan’ mata.
Usahlah berasa terlalu kecewa dek kerana ‘kecacatan’ tersebut. Lagi-lagi mereka yang ada anak-anak yang masih kecil, tentulah ‘kejadian’ anak-anak terlanggar perabot itu satu perkara yang biasa berlaku.
Sebenarnya ini adalah isyarat bahawa sudah masanya untuk anda bertindak. Lalu, bagaimana cara untuk menghilangkan calar daripada perabot kayu? Jom kita cuba cara dan tek nik seperti yang dikongsikan oleh
Caranya mudah sangat! Hanya gunakan Artline Furniture yang tersedia dengan berbagai warna mengikut warna perabot anda.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.