Perkara normal dalam kehidupan berumah tangga untuk suami isteri saling menerima antara satu sama lain. Setiap hari ada sahaja perkara baharu yang akan kita belajar tentang pasangan kita. Harus matang dan sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.
Semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri? Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul!
Ads
Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelah kanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood.
Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua. Awal perkahwinan, suami pun senyum saja sebab bila pulang ke rumah sudah terhidang makanan enak-enak. Sarung kusyen pun sentiasa bertukar. Kadang-kadang ke pejabat pun boleh bawa bekal, sebab isteri rajin sangat masak!
Ads
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah. Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
SUAMI YANG PEKA DENGAN KEADAAN ISTERI DAH TENTU AKAN PERASAN ISTERINYA BERUBAH. WAKTU INI, KALAU ANDA ‘CUIT’ SIKIT EMOSINYA, MENANGIS. ANDA CUBALAH TANYAKAN PADANYA JIKA ADA APA-APA YANG BOLEH ANDA BANTU. ATAU ANDA PULA TAKE OVER, URUTKAN BADANNYA. SEBENARNYA WAKTU ITU, ANDA AKAN MENDENGAR SETIAP LUAHAN PERASAANNYA.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
ISTERI TAK PERLUKAN WANG RINGGIT YANG BANYAK (KALAU ADA, BONUS!) ATAU DIBELIKAN HADIAH-HADIAH MEWAH, CUKUPLAH SEKADAR ANDA TANYAKAN KEADAANNYA ATAU BANTU DIA SEDIKIT SEBANYAK DALAM MELAKUKAN KERJA RUMAH.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.Itu sahaja yang ister mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bangga dan terharu dengan pencapaian diri apa lagi dapat menghabiskan hafazan kalimah Allah, seorang budak perempuan gagal menahan sebak apabila berjaya menghafaz al-Quran dalam tempoh hanya 9 bulan 6 hari.
Anak kecil yang dididik di Akademi al-Quran Akmal itu menangis dan berpelukan dengan gurunya ketika sesi tasmik diadakan.
Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok memaparkan budak perempuan yang dikenali sebagai Fatimah Al-Zahra Ramadhani menangis ketika tasmik bagi menguji tahap pencapaian dalam penguasaan bacaan dan hafalan al-Quran.
Fatimah yang memakai tudung merah jambu memeluk gurunya sebaik sahaja melepasi ujian tersebut telah mengundang rasa sebak ramai.
“Fatimah Al-Zahra Ramadhani Al-Hafizah, pelita yang menyinar terang, air matamu adalah inspirasi buat semua yang takkan pernah hilang,” ujar pusat Akademi al-Quran Akmal.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya turut kagum dengan pencapaian adik Fatimah apatah lagi diketika usianya masih muda. Satu pencapaian hebat yang perlu dibanggakan.
Menerusi video berkenaan juga turut diadakan acara penyampaian hadiah buat anak kecil itu atas pencapaian cemerlangnya. Semoga dapat memberi inpsirasi kepada anak-anak yang lain.
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi popular pada era 90-an, Nora Ariffin? Orangnya lembut dan tutur bicara tersusun kemas. Baru-baru ini di laman Instagam peribadinya, Nora ada berkongsi satu tip menjadi isteri terbaik buat suami seperti yang pernah dinasihatkan oleh ibunya dahulu.
Sebuah foto Nora bersama ibunya itu dihiasi dengan kapsyen berunsur nasihat yang sangat berguna buat para isteri. Kata Nora, ibunya selalu berpesan untuk menjadi isteri yang baik harus jaga makan pakai suami.
Jangan sesekali membenarkan pembantu rumah untuk mengambil alih tugasan itu serta perlu taat dan patuh pada hak si suami. Elakkan juga untuk terlalu mengawal atau mengongkong pergerakan suami. Mudah-mudahan dengan cara begitu, si suami tidak akan terfikir untuk pasang kayu tiga.
Bersama satu-satunya ibu tercinta. Diantara nasihat yg sentiasa dipegang utk menjadi isteri yg baik. Ma selalu pesan….nak jadi isteri yg baik…. Kena…. Jaga makan pakai suami, jgn bagi org gaji yg buat, taat pada suami, patuhi hak dia & jangan terlalu control suami. In Shaa Allah suami tak akan cari lain.
Nasihat ini ringkas tetapi jika diselami maksudnya, ia sangat bermakna. Sesetengah isteri mungkin terlalu mengawal suami sehingga mereka merasa rimas dan tertekan. Juga mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu.
Mudah mempunyai pembantu rumah kerana mereka membantu untuk meringankan beban kita, tetapi bukan untuk menggalas sepenuhnya peranan penggerak rumah tangga.
Terdahulu, arwah suami Nora, Allahyarham Jihan Nawawi telah kembali ke rahmatullah pada dua tahun lepas kerana serangan jantung.
Peranan seorang ibu dan juga tugas sebagai seorang atlet ternyata bukan satu perkara yang mudah. Meskipun sedang bertarung dalam sebuah perlawanan bola tampar untuk pasukan, seorang ibu tetap menjalankan tanggungjawab terhadap anak yang masih menyusu meskipun hanya mempunyai sedikit masa untuk berbuat demikian.
Tular baru-baru ini gambar seorang pemain pasukan bola tampar dari Mizoram menyusukan bayinya ketika permainan direhatkan untuk separuh masa pertama mendapat perhatian warga net.
Lalventluangi, merupakan salah seorang ahli pasukan bola tampar Tuikum dilihat menyusukan bayinya setelah perlawanan separuh masa pertama acara sukan negeri Mizoram 2019.
Foto itu dimuat naik di Facebook Ninglun Hanghal ketika hari pertama acara itu berlangsung di Aizawl.
“Pemain sempat mencuri masa ketika berehat untuk menyusukan bayinya berusia 7 bulan,” katanya.
Dapat perhatian Menteri Mizoram
Menurutnya, foto itu tular di laman sosial dan rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pemain itu kerana sikap dedikasinya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan seorang pemain negeri.
Kata Hanghal, foto Lalventluangi menyusukan bayinya juga mendapat perhatian menteri sukan negeri dan menyampaikan sumbangan 10,000 Rupee (RM587).
Menteri Sukan Mizoram, Robert Romawia Royte memberi sumbangan itu sebagai tanda penghargaan di atas kegigihan pemain membahagikan masa untuk bersukan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Difahamkan, sukan negeri Mizoram 2019 diadakan bermula 9 hingga 13 Disember dan bandar Aizawl sebagai tuan rumah.
Kasih ibu memang sampai syurga, tengoklah walaupun tengah ada perlawanan, Lalventluangi tetap jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Perkara sebegini sememangnya harus dipuji!