Perkahwinan adalah janji suami isteri untuk sama-sama susah dan senang. Begitu juga dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Perlu ingat tugas ini bukan hanya terletak pada isteri sepenuhnya tetapi suami kena juga ambil tahu dan melaksanakan peranannya sebagai ayah.
Jika rumah tangga disuburkan dengan nilai kasih sayang dan saling membantu, hubungan ini akan terus kukuh dan menjadi contoh untuk anak-anak apabila mereka besar.
Suami juga kena buang ego dan sentiasa berlembut. Bukan hanya apabila dapat anak, isteri akan buat semuanya bermula dari A-Z dengan alasan itu tugas isteri.
Perkongsian kisah dari FB Umi Nur Norza mengenai isteri menguruskan semua anak-anak di klinik tanpa bantuan suami, sedangkan suami ada dalam kereta benar-benar menyentuh hati. Harap dapat menjadi peringatan untuk kita semua.
Lokasi: Klinik Kesihatan (klinik kerajaan).
Seorang ibu menggendong bayi berusia sekitar 4 bulan. Kepala bayi masih terlentok-lentok belum pandai tegak sepenuhnya.
Di tangan kiri, si ibu memimpin anak lelaki berusia lebih kurang setahun setengah.
Di belakang mereka, berlari-lari seorang anak perempuan yang pada anggaran saya berusia 3 tahun.
Dan di belakang sekali, ada anak perempuan paling tua. Paling banyak pun umurnya mungkin 8 tahun.
Si ibu kelihatan sibuk sungguh. Ke sana ke mari membawa kad klinik anak-anaknya. Tudung si ibu sudah senget benget. Bahagian yang sepatutnya berada di dagu sudah jauh pergi ke pipi kanan.
Ads
Saya agak usia si ibu dalam 30 tahun. Tetapi kerana lelahnya mengurus anak-anak, kerana kesuntukan masa untuk berdandan dan menjaga badan, dia kelihatan jauh tua daripada usia sebenar.
Anak-anak merengek. Ada yang menjerit. Ada yang sudah terberak di dalam lampin. Terkocoh-kocoh si ibu membawa mereka ke tandas.
Sehingga namanya dipanggil berkali-kali untuk diperiksa suhu badan dan tekanan darah, masih juga tidak muncul.
Usai urusan di tandas, si ibu dan anak-anak terus bergegas ke kaunter pemeriksaan awal. Anak-anak masih merengek dan nampak tidak selesa.
Terdengar perbualan di antara si ibu dengan jururawat. Rupa-rupanya semua anak kecuali yang paling besar itu demam. Sudah 3 hari demam tidak kebah-kebah.
Ketika jururawat bertanya di mana suaminya, dia hanya tersenyum kelat.
Nombor giliran mereka dipanggil untuk ke bilik doktor. Anak perempuan yang paling tua (yang tidak demam ) duduk di kerusi sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman. Dia kelihatan malu-malu.
Ads
“Datang naik apa ramai-ramai?”
“Naik kereta.”
“Ohh, masa mak bawak kereta, awak pegang baby ya. Bagus kakak.”
“Taklah acik, ayah bawak kereta.”
“Mana ayah?”
“Ayah ada tunggu dalam kereta. Main fon.”
Ads
Ohhh…
“Ayah tak nak tolong mak bawak adik-adik jumpa doktor ke? Kesian mak sorang-sorang bawak adik ramai.”
“Tak. Ayah tak suka dengar adik-adik menangis dan bising-bising. Ayah kata serabut. Ayah kata kakak dah besar boleh tolong mak.”
Allahu.
Cepat besar ya kakak. Banyak benda boleh tolong mak. Banyak sangat ??
Kepada suami laksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. Kadang kala isteri bukanlah harapkan wang semata-mata tetapi bantuan yang dihulurkan itu dah mampu buat isteri rasa dihargai. Buanglah ego bila dah berumah tangga dan ada anak.
#sharingutkpedomanbersama
#credittopuan Umi Nur Norza
Biasanya ibu bila dapat tahu diri hamil, hati akan sentiasa ingat jangan buat apa-apa yang pelik. Begitu juga si suami pun akan berhati-hati. Sebab risau apa sahaja kemungkinan boleh jadi. Bukan itu saja, ibu yang sedang mengandung digalakkan untuk sentiasa memperdengarkan bacaan suci al-Quran agar dapat manfaat yang baik untuk anak yang lahir nanti.
Waktu pregnant minat sangat Hrithik Roshan
Sama juga bila ibu tu suka tengok apa saja yang cantik dan elok, anak yang lahir tu akan terkenan juga. Dah ramai yang akuinya. Sama jugalah seperti perkongsian ibu ini yang dikenali di TikToknya @reen._ yang memberitahu kisah istimewanya memiliki anak 11 jari kerana suka melihat Hrithik Roshan sewaktu mengandung.
Tak sangka baby lahir ada ibu jari lebih sebelah kanan
Menurutnya, bayi lelaki yang dilahirkan pada 29 September 2021 itu sangat unik kerana memiliki 11 jari. Memang tak sangka langsung pun akan sama dengan pelakon Bollywood tersebut.
Ingatkan masa mengandung tu hanya suka-suka saja tapi akhirnya terkenan juga. Kongsinya lagi, dia wajib melihat muka pelakon berkenaan setiap hari sehingga sanggup membuat satu folder khas untuk menyimpan foto-foto Hrithik Roshan di dalam telefon bimbitnya.
Waktu pregnant minat sangat-sangat kat Hrithik Roshan. Siap buat album khas kat gallery sebab hari-hari wajib kena tengok Hrithik Roshan.
29/9 dapat baby boy. Terkejut aku dapat tahu. Subhanallah baby ada ibu jari lebih sebelah kanan macam Hrithik Roshan.
Dalam pada itu, ibu ini tetap bersyukur memiliki anak yang mempunyai jumlah jari yang lebih satu dan semuanya sihat-sihat sahaja. Ini adalah anugerah Allah yang paling istimewa buat dirinya.
Saya dapat Hrithik Roshan saya sendiri. Selamanya milik saya Hrithik Roshan. Alhamdulillah, anugerah Allah paling terindah.
Video berdurasi 26 saat itu meraih lebih 1.8 juta tontonan dan mendapat lebih 140 ribu tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang yang menyatakan kelebihan itu tak semua ibu akan laluinya.
Malah ada juga beberaoa orang ibu turut berkongsi pengalaman sama gara-gara terkenan dengan apa yang suka dilihat masa mengandung.
Moga baby comel ini dapat membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan ibu ayah apabila dah besar nanti. Amin
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan meninggal dunia semalam dipercayai akibat dijangkiti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian kanak-kanak itu disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang teruk dengan jangkitan HFMD dan sampel klinikal diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian.
Katanya, mangsa dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah di Sarawak, mula mengalami demam pada Selasa lalu dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada keesokkan harinya.
Beliau berkata kanak-kanak tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Daro pada hari berikutnya sebelum dirujuk ke Hospital Daro malam tadi.
Bagaimanapun, keadaan mangsa tidak stabil sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia pada jam 2.08 pagi ini, katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai anak-anak kecil mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti penyakit berkenaan.
Malah menurut ibu arwah adik Farhan Lukman Abdullah, Mastura Ali, arwah seorang kanak-kanak yang aktif dan tiba-tiba berubah menjadi lemah dan hilang selera makan.
“Sebelum itu, dia memang aktif dan sering bermain bersama kakaknya. Malah arwah juga rapat dengan anak saudara saya yang lain.
“Bagaimanapun, selepas dijangkiti penyakit tersebut, keadaannya mula lemah dan tiada selera makan. Pada waktu malam pula, dia sering menangis dan tidak boleh tidur lena,” katanya.
Katanya, Farhan dikejarkan ke Hospital Daro tiga hari lalu, namun kemudiannya dirujuk ke Hospital Sibu apabila keadaan kesihatannya semakin merosot.
Sementara itu, saudara rapat yang enggan namanya dikenali menyifatkan pemergian arwah sebagai satu kehilangan besar untuk keluarga mereka.
“Masih terbayang keletah dan wajah riang Farhan ketika bermain bersama anak saya. Kini, dia tiada lagi dan meninggalkan kami buat selama-lamanya. Biar pun terasa kehilangannya, kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kampung Pangtray, Daro sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lemang Pek pada 2.30 petang semalam.
Sumber: Bernama & Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanpa diduga atau disangka-sangka, jika benar sudah tertulis rezeki itu, pasti akan menjadi milik kita. Beberapa hari ini tular kisah Haziq Akram yang telah memenangi sebuah kereta mewah Mercedes Benz A180 apabila namanya terpilih secara atas talian dalam satu peraduan anjuran Youtuber Syahmi Sazli.
Menurut juruteknik ini, kemenangannya itu adalah di atas rezeki bayi yang baru dilahirkan lebih kurang dua minggu lalu. Tidak pernah menyangka akan memenagi hadiah utama berupa sebuah kereta mewah, kata Haziq ia adalah rezeki anaknya, Ahmad Uwais Al Qarni.
Haziq dan isteri kesayangannya, Idayu
Tulis Haziq di laman Facebooknya;
“Alhamdulillah.. rezeki yang tak disangka sangka, sekoq seboq dale perut sapa takleh nok berkecek. Rezeki anak kami yang baru sahaja lahir 15 hari lepas, Ahmad Uwais Al Qarni, Terima kasih kepada isteri Idayu Mat Daud, keluarga, sahabat sahabat terutama Muhamad Faiz , Mohamad Hazam dan laen lain hok mendoakan kito dan terima kasih Syahmi Sazli n team dio. Moga dipermurahkan rezeki tuan semua.”
Bagi mengumumkan para pemenang untuk peraduan yang dianjurkan, Syahmi Sazli telah membuat sesi LIVE cabutan bertuah buat mereka yang telah membeli produknya dari atas talian.
Syahmi Sazli bergambar dengan kereta mewah Mercedes Benz A180 yang dimenangi oleh Haziq
Bukan sahaja Haziq bahkan beberapa pemenang lain turut dihubungi Youtuber terkenal itu bagi memaklumkan mereka adalah pemenang bertuah. Antara hadiah lain adalah seperti motorsikal Honda Beat, basikal elektrik dan banyak lagi.
Betullah rezeki anak, siapa sangka dengan bermodalkan beli produk jualan Syahmi Sazli, lelaki ini yang baru bergelar ayah dapat memang kereta mewah. Smart pula tu keretanya! Tahniah kepada semua pemenang yang lain dan sama-samalah kita doakan agar rezeki Syahmi sekeluarga terus ‘meriah’.
Pengacara yang cukup terkenal dengan bait-bait puitis, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga namun sedikit hiba terpaksa melepaskan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh.