Bila bergelar suami isteri dan dikurniakan anak, cabarannya sangat besar. Jangan biarkan isteri hilang sabar dan merana dalam diam.
Dalam hal ini bukan nak menyalahkan mana-mana pihak tapi percayalah tanggungjawab, persefahaman dan tolak ansur kena ada.
Sebagai suami dan ayah, perasaan hormat tu kena ada pada isteri, dan isteri pun sama. Apabila kerukunan rumah tangga ini kukuh, tak mustahil anak-anak pun akan membesar dengan sempurna.
Perkongsian daripada kisah yang dikongsikan oleh Dr Nur Zurairah Shahidan di Facebooknya cukup bermanfaat dan boleh dijadikan pengajaran bersama.
“Doktor, saya nak mintak balik rumah hari ni boleh? Suami dan mak mertua saya dah bising, anak saya dah 2 malam asyik menangis tak mau tidur.”
Tersentak saya mendengar permintaan itu.
Ibu muda beranak 4 ini sedang mengandung anak ke 5 mereka. Usia kandungan 28 minggu. Beliau di masukkan ke dalam ICU disebabkan jangkitan kuman di dalam darah. Sepsis.
ICU= Intensive Care Unit
Unit Rawatan Rapi.
Betapa rapinya rawatan di sini sehingga setiap denyut nadi pesakit di perhatikan. Sehingga setiap titik air yang keluar masuk daripada badan pesakit di kira. Tiada pesakit yang tidak tenat saja-saja dimasukkan ke dalam ICU. Setakat sakit biasa-biasa, tidak perlu di rujuk kepada Pasukan Bius & Rawatan Rapi. Hanya bila keadaan pesakit kritikal.
“Maaf Puan, kami tak boleh benarkan. Keadaan Puan masih kritikal.”
Demamnya masih tinggi, 39.6oC.
Ads
Nafasnya laju, kerana darahnya berasid disebabkan jangkitan kuman lalu paru-paru bekerjasama dengan buah pinggang untuk mengurangkan tahap asid dalam darah.
Tekanan darah juga rendah perlukan ubat sokongan.
Jantung berdenyut sangat laju.
Kuman juga hidup riang di dalam sampel darah pesakit yang di ambil.
Antibiotic yang di berikan untuk membunuh kuman pun baru dua tiga hari diberikan.
“Susah doktor..anak saya tu baru setahun, dia memang menyusu badan dan tidur dengan saya malam-malam. Dia tak mahu dengan suami atau neneknya..”
Adei..parah..
“Adik, awak ni masih letih, bernafas pun laju tercungap-cungap perlu oksigen..macamana awak nak balik rumah?”
Dia terdiam. Angguk.
Ads
“Boleh ka doktor terangkan kepada suami dan mak dia? Tadi mereka datang marah-marah saya sebab saya tak sihat dan tak boleh balik rumah lagi..”
“Boleh adik. Nanti saya bercakap dengan mereka. Adik berehat lah dulu ya? Jangan fikir banyak sangat..kesihatan awak tu lebih penting..Doa minta Allah mudahkan semuanya, ok?”
Begitulah nasib seorang isteri dan juga seorang ibu yang baik. Hal kepentingan diri dia, sentiasa dia letakkan belakang sekali. Dah lah sedang mengandung, sakit tenat sampai kena masuk ICU, anak menangis di rumah pun suami nak dia settle kan juga?? Apa guna awak jadi bapa dia kalau macam ni pun masih kena isteri buat semuanya??
Cuba fikir dalam-dalam, lagi susah ke lagi senang hidup awak kalau awak paksa isteri balik rumah juga dan kemudian keadaan dia makin teruk sehingga tidak dapat diselamatkan? Anak yang dalam perut tu dah pergi bersama dengan ibu dia. Anak awak yang paling besar baru darjah 1. Yang kecik sekali baru umur setahun dan masih menyusu.
Hanya kerana awak tak dapat tidur malam sebab anak awak meragam, awak hilang terus isteri awak tu selamanya. Anak-anak awak turut kehilangan ibu kandung mereka.
Memang la isteri awak tu wonder woman. Semua dia boleh buat. Tapi kekuatan dia pun ada limit juga. Berkorbanlah sedikit masa tidur tu. Tunaikanlah janji nak bersusah senang, sehidup semati dengan isteri awak tu.
Ads
Isteri Bukan Orang Gaji
Kerja suri rumah, penat. Isteri seorang yang buat memang tak cukup tangan. Perlukan bantuan suami. Kalau mampu carikan pembantu untuk isteri, lakukanlah. Jika tidak, awak sebagai suami lah tolong dia uruskan rumah. Awak sebagai bapa lah tolong uruskan anak-anak.
Ini tidak.
Anak nak ada ramai-ramai. Setahun dua dah nak tambah anak. Isteri awak buat macam dia orang gaji. Bila dia tak sempat urus diri, kurang menarik awak pergi cari tarikan kat tempat lain. Sedangkan masalah ni bermula puncanya daripada suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dia dengan betul.
Ada baca perkongsian seorang bapa hari tu, anak perempuan dia yang masih kecil cakap kepada dia, nanti besar dia nak jadi lelaki lah, senang. Kenapa senang? Sebab papa lelaki, balik rumah je boleh rehat main-main telefon. Kalau jadi ibu semua kena buat. Letih! Baik jadi lelaki.
Agak-agak daripada mana anak tu belajar kalau bukan daripada contoh teladan sekeliling dia? Tak hairan lah kalau sekarang ni banyak kes kecelaruan gender.
Dalam setiap perkahwinan ni kena ada semangat kerja berpasukan. Saling bantu membantu, saling bertolak ansur, saling memahami, tidak mementingkan diri sendiri, tidak menjulang ego sendiri, kena sentiasa ada komunikasi yang baik terutama di antara suami dan isteri.
Mohon layan isteri anda dengan baik dan adil. Jangan biar isteri anda merana dalam diam. Dia boleh bersabar. Namun sabarnya ada limit.
Dia boleh redha dengan nasibnya di dunia. Sebab dia tahu, Allah nanti bagi dia pilihan di akhirat untuk kekal bersama dengan suami dia ni, ataupun pilih yang lain yang lebih best lagi.
Keadaan sekarang ni, anak nak keluar memang tak boleh. Jadi sebagai ibu bapa, kena kreatif untuk elak anak cepat bosan berada di ruamh. Jika rumah ada halaman, boleh buat aktiviti luar rumah yang menyeronokkan bersama adik beradik.
Bagi ibu ayah yang tiada idea, apa kata cuba DIY playhouse sendiri untuk anak-anak. Pastinya lebih jimat dan boleh jadikan tempat bersantai anak-anak bermain. Nak tahu cara-cara membuat playhouse ini, berikut dikongsikan idea Encik Sadiqin Sulong.
PLAYHOUSE DIY SESUAI UNTUK ANAK-ANAK MAIN DI RUMAH
Anak-anak request nak playhouse, nak beli yang dah siap mahal. Cuba buat sendiri lebih murah sambil-sambil asah skil bertukang. Banyak idea dan tips dapat dari ahli group ini, mohon halalkan semua ilmu yang saya dapat. Saya kongsikan balik step by step saya buat playhouse ini di ruang setiap gambar.
Kita semua boleh buat, cantik tak cantik tak penting di mata anak-anak. Anak-anak dapat tempat untuk bermain petang-petang pun dah cukup gembira. Semoga bermanfaat guys!
1. Buat rangka dengan kayu 2×2. Lebar empat kaki, panjang 6.5 kaki dan tinggi 5 kaki.
2. Pasang playwood 18mm dan buat tangga. Guna kayu palet tutup bahagian atas dinding.
3. Undercoat pada bahagian yang perlu dicat untuk memudahkan dan hasil cat lebih kemas.
4. Pasang shera plank. Overlap 20mm antara dua keping shera.
5. Cat semua bahagian dan siap sedia untuk pasang atap.
6. Susun atap genting dan lapik batu bata untuk menjaga kaki tiang. Siap satu playhouse untuk anak-anak.
Haa nampak menarik kan. Sekurang-kurangnya anak teruja dapat main petang-petang sambil bersantai di halaman rumah.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dikurniakan kandungan/ anak kembar ialah kurniaan terindah dari yang Maha Esa. Persediaan awal dan perancangan amat penting untuk memastikan penjagaan dan pengurusan bayi selepas dilahirkan berjalan dengan baik.
Ibu kembar 4 yang dinamakan Firas, Noah, Farouq dan Naaz ini Puan Sha.rissa berkongsi tentang persediaan dan pengurusan yang dilakukan untuk memastikan si kecil mendapat penjagaan yang baik. Katanya situasi menjaga anak kembar lebih mencabar.
sha.rissa Raising multiple newborns (for any soon-to-be parent of multiples)
Everyone’s situation is different. But perhaps a couple of my tips can help someone that is going through the same.
#1: PERSEDIAAN AWAL
Kebanyakan bayi kembar lahir awal dan ibu yang hamil kembar disarankan untuk rehat (bed rest). Lebih baik beli barangan anak-anak lebih awal terutamanya secara atas talian.
Preparation. Most multiples arrive early and many women were advised to bed rest. So buy baby supplies ahead of time while you’re pregnant (online promotions).
#2: SUSUN KELENGKAPAN SECARA TERATUR DALAM BEG BERZIP
Susun setiap set pakaian pakaian bayi (baju, seluar, sarung tangan, topi & stoking) dalam keadaan teratur dan tersusun supaya mudah digunakan. Ibu ini mencadangkan untuk meletakkan di dalam beg plastik berzip dan sediakan pek tambahan di dalam beg berlainan.
Organize. Put entire outfit for each of them in a sealed bag. Stand by your spare in a separate bag.
#3: BUAT CATATAN
Mesti buat catatan penting hampir semua perkara. Pengurusan ini sangat mustahak seperti bayi yanng sudah menyusu dan siap yang telah ditukar lampin. Buat senarai dan wujudkan kalendar serta reminder di telefon.
Taking notes. Write down everything. From which baby just nursed to whose diaper was changed last. Make lists, have a calendar and set reminders.
#4: DAPATKAN BANTUAN AHLI KELUARGA
Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga. Gunakan botol susu supaya ahli keluarga boleh membantu dalam. Biasanya apabila bayi kedua dan ketiga kenyang dan disendawakan, bayi pertama akan mula lapar. Pusingan penyusuan akan berterusan.
Enlist the help of family. Use milk bottles so that your family/partner can help. By the time the second or third baby has been fed and burped, the first one often hungry. And the cycle begins all over again.
#5: SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN PASANGAN
Pastikan sentiasa berkomunikasi dengan pasangan. Buat giliran untuk menjaga anak. Misalnya di waktu malam siapa tidur lebih pada malam tersebut dan bergilir. Suaminya bagaimana pun memberikan peluang untuk dia tidur 4-5 jam dan mengambil alih tugas.
Constantly communicate with your partner. Take turns to give someone some continuous sleep. (He’s in charge of night duties and will let me sleep for 4-5 hours)
Sebaknya bila mendengarnya ucapan dan doa Fouziah Gous untuk anak keduanya Zaheen Yusof! Doa ibu tiada hijab, apatah lagi dilafazkan di tanah suci Mekah.
Video yang dimuat naik di Instagram itu menyaksikan Fouziah dan suaminya, Md Zhafran menyanyikan lagi happy birthday & Allah Selamatkan Kamu untuk Zaheen sempena ulang tahun kelahirannya yang pertama.
Dia juga turut mendoakan kesejahteraan anaknya agar menjadi anak yang soleh dan diakhirnya menyaksikan tangisan sebak ibu muda ini.
fouziahgous Walaupun aku ini terlalu hina dan tidak layak tetapi Allah tetap memberi nikmat yg terlalu indah dalam hidupku..thank you Allah ?, semoga Allah SWT terus merahmati dan ampunkan segala dosa kami sekeluarga. . Happy birthday anak syurga anak solehku???❤️ #zhafoujr2 #zaheenyusuf#zaheenyusufturns1 #zhafouumrah#mecca
Para follower dan netizen mengakui tanpa sedar mengalirkan air mata menyaksikan video yang menyentuh hati ini. Ada yang turut mendoakan kesejahteraan dan mengaminkan doa Fouziah untuk anak kecilnya itu.
Membawa si kecil melihat dunia amat baik untuk perkembangannya. Ia adalah satu bentuk rangsangan yang menggalakkan bayi menerokai sesuatu yang baru. Nak bawa mereka bersama tentu ada panduannya, lebih-lebih lagi jika ke luar negara.
Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 13 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Pengembara Cilik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dunia dikejutkan berita duka apabila seramai 179 orang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air penerbangan 7C2216 yang terhempas di Muan International Airport, Korea Selatan,...