Multi-fokus yang melelahkan! Biasa tak jadi macam ni. Sambil masak, sambil basuh kain, sambil bagi anak makan, sambil dengar audio, sambil jawab soalan anak, sambil macam-macam. Haa….ada yang kata para wanita ni memang itulah kelebihannya, MULTI-TASKING.
Ingat sehebat-hebat wanita pun bila dipaksa buat macam-macam dalam satu masa, akan ada satu ‘letupan’ dalam diri. Jika keadaan ini tak dikawal, tak mustahil ramai golongan wanita akan rasa stres sepanjang masa dan akhirnya memberi impak tak baik untuk terus menjadi hero dalam keluarga.
Perkongsian Ibu Rose yang banyak menulis mengenai ilmu keibubapaan dan rumah tangga sangat membantu dan dapat mengembalikan semula semangat wanita yang bergelar isteri dan ibu.
Badan akan rasa teramat penat
Tapi, perasan tak, bila dah multi banyak sangat, akhirnya apa jadi pada mak ni adalah kepenatan yang teramat sangat. Penat mental, fizikal dan emosi. Habis drain tenaga.
Apa yang lebih mengharukan adalah, hasil kelelahan itu semua tiada sempurna. Banyak kekurangannya, banyak yang tidak selesai. Paling utama, sang ibu menjadi sangat tidak produktif dihujung hati. Hati rasa tak happy dan mudah meledak dek kerana kepenatan itu.
“Tapi Ibu, saya tak ada pilihan. Anak saya ramai. Saya bekerja. Bila balik, semua nak kena hadap. Nak tak nak tetap kena uruskan. Kalau nak harapkan suami..emm..lagi saya sakit hati.”
Sayang..tau tak apa silap mu. KESEMPURNAAN.
Ads
Baju, perlu disidai begini, kain perlu dilipat begini, rumah mesti berkeadaan begini, anak-anak mesti selesaikan tugasan begini-begini, aktiviti mesti dilakukan begini-begini, nak hasil jadi begini-begini.
Bila tak tercapai ‘expectations’ itu, apa yang terhasil adalah STRESS, TERTEKAN, BENGANG. Akhirnya, menyalahkan diri sendiri atas ‘kegagalan’ yang tidak diingini.
Kita bukan ROBOT
Sayang, sedarilah sesungguhnya anda bukanlah ROBOT. Anda adalah manusia yang perlu waktu rehat, yang perlu belaian kasih, yang perlu masa ketenangan.
Ads
“Ibu..tak boleh. Anak saya kecik-kecik. Tak boleh ‘deligate’ kerja. Bila suami dah tolong tengokkan anak-anak, saya dah syukur sangat. Tapi, betullah kata Ibu, saya masih ada satu perasaan ‘kekosongan’ dalam jiwa. Terkadang penat ini semua buat saya hampir menghamburkan air mata. Nak tak nak, tetap kena buat, tetap kena hadap.”
Sebenarnya kan sayang, yang buat kita penat bukan MULTI-TASKING tu, tapi sebab MULTI-FOKUS. Memang penat, bila dalam pemikiran tu banyak perkara yang diFOKUSkan dalam satu masa. Tengah masak, dalam fikiran ingat anak belum dimandikan. Sambil lipat kain, teringat wasap boss yang belum di ‘reply’. Sedang makan bersama suami teringat kain yang belum disidai. Hakikatnya, MULTI-FOKUS itu sangat tidak produktif, sangat tidak bagus. Jadi apa nak buat?
Kembali FOKUS. Lakukan satu persatu dengan hati yang tenang.
Suka Ibu kongsikan tips yang mudah buat sayang semua yang perlu MULTI-TASKING ni.
Mungkin sayang boleh cuba amalkan apa yang Ibu nak kongsikan ini.
1. Mulakan hari dengan TAHAJJUD.
Ads
Pada permulaan hari, SERAHKAN MASA,URUSAN dan TENAGA kepada MAHA PENCIPTA SEGALA. Peruntukan masa khas berkhalwat bersama Allah Taala. Luahkan segala apa yang terpendam. Mohon kekuatan kepadaNya. Zikir, selawat, baca Al-Quran dan berdoalah sebelum subuh. Ketika itu, Allah sedang turun ke langit dunia. Allah mahu mengampunkan sesiapa yang minta ampun dan mahu mengabulkan apa saja yang dimohon oleh hambaNya. Dengan menyediakan masa untuk Allah pada permulaan hari, InsyaAllah hari itu akan menjadi lebih efektif. Bahasa mudahnya hari menjadi lebih berkat. Banyak urusan selesai, dipermudahkan, hati rasa lapang dan sebagainya.
2. JADUAL
Adakan jadual yang realistik untuk aktiviti sepanjang hari. Pentingnya jadual ini, adalah supaya seluruh ahli keluarga tahu apakah aktiviti seharian. Maka rutin yang positif boleh dicipta. Apabila anak tahu apa yang harus dilakukan sepanjang hari, maka ini akan bina rasa selamat pada diri anak itu sendiri. Para ibu bapa juga boleh kurang ‘membebel’ kerana anak sedar apa yang patut dilakukan.
3. Bahagikan tempoh 24jam atau sistem MENGKHUSUSKAN -Definition of Space.
Cuba lihat dapur kita, semua ada lokasi khusus. Di mana pisau disimpan, kuali disangkutkan, rempah ratus disusun, tidak caca-marba. Maka, bila kita mahu masak dan masuk ke dapur, semua jadi mudah dan terurus. Begitulah dengan masa. Khususkan masa untuk ALLAH, SUAMI, ANAK-ANAK, URUSAN RUMAH, ME-TIME dan lain-lain.
Begitulah 3 tips mudah yang mungkin sayang boleh amalkan dalam kehidupan harian. Tak kisahlah sama anda perlu bekerja di luar atau WFH. Sungguh, bila mulakan hari dengan Allah, InsyaAllah, banyak perkara akan selesai dan dipermudahkan. Usahlah jadi wanita yang MULTI-FOKUS yang akhirnya akan memenatkan dan melelahkan. Malahan hasil yang tercita sangat minimum.
Mak ayah mana yang tidak menarik nafas lega bila anak autisme dilihat semakin menunjukkan perkembangan yang baik dari hari ke hari.
Doktor selebriti dan influencer, Dr Say Shazril yang mempunyai seorang anak autistik, yang mesra disapa Ace mampu berbangga dengan perkembangan terbaru anaknya.
Menerusi Instagramnya, personaliti yang cukup mesra ini berkongsi perkembangan terbarunya anaknya yang menampakkan perkembangan positif.
Malah lebih mengharukan sehingga beliau mengalirkan air mata. Satu perkembangan yang cukup baik.
“Sebelum pergi kepada kesimpulan yang clinical psychologist Dr Teh cakap mengenai Ace, saya nak cerita apa yang berlaku sepanjang assessment tu.
Ace ada request buku kat Dr Teh & dengan yakinnya dia baca buku tu yang 1st time dia baca & ada perkataan disebutnya yang even kami tak pernah sebut kat dia maka terduduklah Dr Teh & kami dibuat Ace.
Selain tu disuruhnya Ace wait sebelum diberikan colors kepadanya & Ace astonishingly wait tanpa grunting mahupun restlessness. All in Dr Teh was shocked dengan Ace sepanjang assessment tu.
Saya tanya “What do u think of Ace Dr Teh?”. Katanya Ace is a genius. Maybe he needs some help with speech otherwise continue doing what your are doing.
Meleleh air mata jantan saya peeps. Macam segala yang saya curahkan tuk Ace, korbankan tuk Ace membuahkan hasil,” kata Dr Say terharu.
Tidak mahu meminta lebih, kata Dr Say lagi, cukup hanya melihat perkembangan anaknya yang tahu menjaga dirinya sendiri dan sedar akan kewujudan adiknya bila dia dan isteri tiada di dunia ini kelak.
Kini Dr Say mampu menarik nafas lega bila mana doktor mengesahkan yang Ace ini jauh bertambah baik dari sebelumnya.
Malah bapa kepada dua cahaya mata ini juga turut menitipkan pesanan buat ibu bapa yang senasib dengannya dan terus bersabar sehingga anak menampakkan progressnya.
“Saya tak minta banyak pun dari Ace, as long as dia boleh jaga diri dia & dia “sedar” kewujudan adik dia pabila saya & wife dah tiada nanti is more than enough.
Dr Teh sempat cerita options for Ace for his future yakni boleh ke sekolah aliran biasa ataupun private school ataupun private school with assisstance.
All this can be determined bila Ace umur 5 tahun. Kami tak study lagi ketiga-tiga options ni sebab we wanna celebrate this small victory.
Tak pernah lepas appointment yang saya rasa cukup happy & lega & this was the first one. I must thank my wife sebab detect Ace pada early stage.
Duit habis toksah cakap tapi apalah guna duit kat dunia ni kalau bukan untuk kita bantu anak-anak istimewa kita. To autistic parents yang struggling out there, never give up.
Sebagai parents, kita perlu peka dengan keselamatan anak. Sama ada di rumah mahupun ketika di bawa keluar, bahaya ada di mana-mana. Lengkapi diri dengan ilmu pertolongan cemas supaya kita tidak panik sekiranya berdepan dengan situasi tak diingini. Jom, serta e-workshop Stay Safe: Bahaya Di Mana-Mana, Lindungi Anak Anda sekarang!
Bila sudah berkeluarga, banyak tanggungjawab yang harus ditunaikan sebagai ibu ayah, suami isteri. Merancang ekonomi keluarga juga penting supaya ketua keluarga tidak terbeban kemudian hari.
Perkongsian daripada Nurlia boleh diambil sebagai pengajaran bagi mereka yang telah mendirikan rumahtangga. Ada terselit nasihat dan kebaikan dalam perkongsian ini.
Abah di bawah sedang menunggu pembentangan Belanjawan. Abah ingatkan pukul 3, rupa- rupanya pukul 4. So terpaksalah menunggu sikit masa lagi.
Cerita bab belanjawan ni tetiba saya teringat. Secara jujurnya cara pengurusan kewangan family kami sekarang, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara abah walaupun bukanlah sepenuhnya. Ya, saya tak pernah lihat abah keluh kesah bab duit. Abah tak kaya, tapi ada.
Apa yang abah buat?
1) Ukur baju di badan sendiri. Contoh, gaji rm2k, jalani cara hidup orang bergaji rm2k, bukan ikut gaya hidup orang bergaji rm5k. Mampu beli kereta Axia, janganlah beli Jazz pulak. Kita mampu minum secawan air kopi di kedai mamak, tapi disebabkan life style kita minum kopi di cafe yang secawan kopi berharga berbelas- belas ringgit. Di sini ramai orang kita silap.
2) Disiplin. Setiap bulan Abah hanya akan withdraw duit 2 kali sahaja. Sekali waktu hari gaji, sekali lagi dua minggu selepas itu. Dengan duit itu pandai- pandailah berjimat cermat. Kalau gaji masuk awal di musim perayaan pun Abah tetap buat perkara yang sama.
3) Tak berhutang. Dua benda yang Abah hutang adalah kereta dan rumah. Itupun kedua- duanya Abah dah settle awal. Tak silap saya waktu umur Abah 30-an semua tu dah settle. Dan Abah takde pun nak beli rumah baru ataupun kereta baru. Apa yang ada dah memadai kata Abah. Dia taknak menambah hutang. Mazda 323 tu lah yang Abah pakai sampailah Abah dah tak boleh bawak kereta. Bayangkan kereta guru biasa lagi cantik, lagi mahal, lagi baru dari guru besar. Hehehe. Kalau tv rosak tunggulah sebulan dua Abah kumpul duit. Namun nak berhutang, tidak kata abah. Kalau boleh, elakkan.
4) Didik isteri supaya tidak mewah berbelanja. Bersyukur apa yang ada. Abah seperti suami yang lain juga. Barang keperluan Abah sediakan cukup. Waktu Abah bekerja, Abah berikan duit lauk untuk Mak beli setiap hari. Ada masa Abah belikan baju dan sebagainya. Mak pun faham. Mak bukan jenis yang suka meminta itu ini. Menjadi isteri seorang guru besar bukanlah tiket untuk Mak hidup mewah dan bermegah. Lagipun berapalah sangat gaji pada waktu itu. Mak sama saja, tetap seorang wanita kampung yang hidup sederhana sama seperti orang lain. Kerjasama ini membuatkan belanjawan keluarga terkawal. Mak main peranan penting juga. Al fatihah Mak❤.
5) Dulu masa di kampung setiap bulan Abah sponsor bayaran elektrik surau. Saya kagum sebab Abah ketepikan duit gaji untuk tujuan ini. Ada majlis di surau Abah suka beri sumbangan. Selain itu Abah akan ketepikan untuk Tok (ayah abah) dan mak dan ayah mertua. Setiap bulan Abah bagi duit pada Tok, dengan mertua Abah suka belikan barang dapur. Saya percaya asbab ini juga Allah bagi rasa cukup pada Abah.
6) Abah suka bantu family. Waktu majlis perkahwinan adik- adiknya, Abah mesti hulurkan wang pada arwah Tok. Mak pernah cerita waktu tu kakak abah baru kematian suami. Ketika itu hari hujan, ” Nah, jom kita ke rumah kak. Hari hujan ni. Dia mesti tak boleh nak menoreh ke apa. Nak beli beras, barang dapur bawak ke dia..” Itulah Abah..
Sekarang dah hampir 30 tahun Abah pencen. Abah pencen awal dari umur sepatutnya. Abah kata aku nak pencen awal sebab dah tak banyak tanggungan. Tinggal saya seorang saja yang bersekolah menengah pada waktu itu. Hutang pun takde, so apa tunggu lagi kan. Nak nikmati hari tua pula.
Sejak pencen memang saya lihat Abah tenang sebab tak runsing menanggung beban hutang. Duit pencen memang ‘bersih’ untuk kegunaan sendiri. Saya pun teringin. Ya, teringin nak menghabiskan hari tua dengan tenang tanpa bebanan kewangan😃.
Apa yang saya belajar dari cara Abah, nak bebas kewangan tak semesti kena jadi kaya. Kalau kita pandai manage kewangan, pandai menahan nafsu berbelanja, pandai ukur baju di badan sendiri, inshaAllah kita ‘selamat’. Dan..
Yang paling penting, “Sentiasa bersyukur atas apa saja rezeki yang Allah beri..” inshaAllah aminn.
Kredit: Nurlia Mohd Nor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada apa yang mendukacitakan bagi seorang bapa setelah melihat keadaan anak tidak seperti dulu. Merindukan telatah & lincahnya si anak, bapa reda akhirnya anak tersayang tidak lagi mampu berdiri dan bertutur.
Keadaan Muhammad Fawwaz Adli, 5 tahun,itu dikongsi bapanya, Mohd Bukhari Zainal Annuar, yang memaklumkan anaknya dibenarkan keluar wad, semalam selepas tiga minggu dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Fawwaz sebelum ini parah dihempap peti ais di rumah keluarganya di Taman Cempaka, Nilai, pada 12 Julai lalu, tidak lagi mampu berdiri dan bertutur. Sebelum ini Pa&Ma pernah berkongsi tentang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah selepas ditimpa peti ais.
Dalam kejadian 11 malam itu, Muhammad Fawwaz mengalami kecederaan di kepala akibat dihempap bucu peti ais yang tumbang.
Menurutnya, biarpun Muhammad Fawwaz dibenarkan keluar wad, keadaannya tidak seperti dulu apabila tidak boleh berdiri dan bertutur.
“Doktor memaklumkan ia kesan kecederaan dialami di bahagian kepala. Doktor beritahu keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama.
PERLU MAKAN MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN
“Selain itu, anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Mohd Bukhari berkata, Muhammad Fawwaz sudah menjalani pembedahan sebelum ini dan perlu mendapatkan rawatan susulan di HTJS selepas ini.
IKHTIAR CUBA RAWATAN ISLAM
Bapa ini tidak hanya menyerahkan kepada takdir & berputus. Beliau terus berikhtiar untuk memulihkan anak sulungnya dengan mencuba rawatan Islam.
“Selain rawatan susulan, saya akan cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam sebagai ikhtiar memulihkan anak saya itu,” katanya yang reda dan tabah menghadapi ujian berkenaan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.