Isteri Boleh Tahu Suami Ada Duit Atau Tak. ‘Keajaiban’ Ni Anugerah Istimewa Isteri!

Share

Kadangkala para suami ni cepat rasa pelik. “Macamanalah isteri aku tahu ya?”
Kita ini para suami, kalau boleh tak nak tunjuk kesusahan diri.

Dalam dompet kita, tinggal RM30 terakhir je. Tak tahu macamana nak survive sampai hujung bulan ni.

ARTIKEL[Cara Mudah Cuci Seat Kereta Yang ‘Berpeta’ Kesan Tumpahan Air & Makanan Anak]

[Bila Jadi Mak-Mak, Jangan Semua Benda Kita Nak Buat. Percaya Juga Pada Suami & Anak]

Tetapi niat kita, seboleh-boleh tak nak tunjuk kesusahan ini. Namun, tup tup lah isteri tanya kita.

“Abang cukup duit tak tu? Ada duit tak?”

Kita jadi gelabah. Mulut ni berat nak mengaku. Yang bermain dalam kepala otak kita ini, macam mana RM30 ni nak bertahan sampai hari gaji nanti. Tempoh dalam 2 ke 3 minggu lagi.

Lama tu. Namun isteri dengan tenang cakap, “abang pakailah duit saya dahulu.”

Kalau yang isteri bekerja, kita faham mana income dia dapat. Tetapi yang suri rumah tu, kita pun garu kepala bijaknya dia simpan duit belanja dan ready untuk masa-masa terdesak.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah, itulah keindahan dalam berumahtangga. Isteri ada gerak batin yang boleh tahu kesusahan suami. Suami pula seboleh-boleh tak nak tunjuk rasa bersalah dan down itu depan isteri.

Ini juga namanya rezeki. Ia sampai tepat pada masa, pada waktu kita memerlukan dan berharapkan sebuah keajaiban.

Rupanya keajaiban itu bukan di luar tetapi ada di dalam diri pasangan kita yang tercinta.
Tok Abah yakin, kalian yang berumahtangga pasti pernah lalui momen ini. Jika benar, maka hargailah pasangan kita dan peluklah dia dengan penuh rasa cinta serta kasih luar biasa.

Kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Kisah kepayahan itulah yang manis untuk dikenangkan.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy