Dalam sesebuah perkahwinan, kita harus saling menghargai. Terimalah pasangan seadanya kerana kita juga tidak sempurna. Apabila saling melengkapi, perkahwinan akan lebih harmoni dan membahagiakan. Ada masanya perkahwinan diuji dengan dugaan tertentu.
Bosan dan mula hilang rasa sayang boleh menyebabkan rumah tangga menjadi goyah. Sesungguhnya untuk kita benar-benar mengenali pasangan kita adalah apabila kita sudah berkahwin dengannya. Kita tidak boleh mengharapkan yang sempurna kerana kita juga ada kekurangannya.
Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri tentang hal ini.
Isteri, Anugerah Teragung
Isteri kita ni, anugerah teragung Allah yang sangat unik buat kita.
Masa kita bercinta dengan dia dulu, takde cacat celanya. Semua nampak perfect. Maklum sajalah, hati dah suka.
Yang tak berkenan sikit-sikit tu kita halalkan saja. Kalau ada yang tak serupa dengan kita, kita akan usahakan supaya jadi sama seia sekata.
Yang tak sama, kita akan samakan. Yang bukan kegemaran kita, kita akan pura-pura gemar dan suka.
Waktu Bercinta Semua Wangi
Tiada dunia yang lebih indah daripada dunia ketika bercinta. Pendek kata, kentut dia pun kita kata wangi!
Kalau bercakap, kita akan bercakap lemah lembut manja-manja. Kalau berjalan kita akan berpimpin tangan.
Masa kita dah kahwin, kita duduk bersama. Baru kita tahu banyak perkara rahsia. Banyak juga benda yang kita tak suka.
Itu tak cukup sempurna. Ini tak berkenan di mata. Macam-macam kekurangan yang kita mula rasa.
Nada suara pun dah makin meninggi. Tak kena sikit, terus tengking. Takde dah nak sweet-sweet.
Kalau berjalan bersama tu, 2, 3 tiang ditinggalkan isteri di belakang. Kalau dah ada anak, lagi la. Isteri sibuk dengan anak, kita sibuk hirup udara segar seorang diri.
Masa tu lah, kita mula rasa kalaulah kita tak tergesa-gesa berkahwin dulu, maybe kita boleh cari orang lain yang lebih bagus.
Tapi, itulah dia. Selagi kita tak kahwin dengan dia, kita tak akan nampak la apa kelemahan dan kekurangan dia.
Dan kalau kita kahwin dengan orang lain sekalipun, benda sama jugak yang kita akan rasa.
Artikel Lain: [Hadkan Kongsi Gambar Aksi Manja Suami Isteri Di Media Sosial. Boleh Undang Fitnah!]
Bersyukurlah, Tiada Manusia Sempurna
Yelah, belum kahwin, memang kita rasa macam orang lain lebih bagus dari isteri kita. Tapi lepas kahwin baru tahu orang lain pun banyak kekurangan.
Jadi bersyukurlah. Itulah jodoh kita yang terbaik ketentuan Allah untuk kita.
Kawan-kawan, tiada manusia yang sempurna.
Sebagaimana kita nampak isteri kita tidak sempurna, kita juga manusia seperti dia. Kita juga tak sempurna.
Sebagaimana kita nampak isteri kita banyak kelemahan, kita juga manusia seperti dia. Kita juga banyak kelemahan.
Nanti, bila isteri kita tiada lagi, kelemahan itu akan jadi suatu kehilangan.
Artikel Lain: [Doa Bahagia Suami Isteri, Sama-Sama Sedekahkan Al Fatihah & Bacalah Doa Ini Lepas Solat]
Bila Dah Tiada, Leteran Isteri Yang Akan Kita Rindukan
Kalau isteri kita suka berleter, tunggu bila dia dah tiada. Leteran itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka bantah kita, tunggu bila dia dah tiada. Bantahan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalai isteri kita suka suruh kita itu ini, tunggu bila dia dah tiada. Suruhan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka kemas rumah sampai kita naik rimas, tunggu bila dia dah tiada. Kekemasan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka kata kat kita macam-macam, tunggu bila dia dah tiada. Kata-kata dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka bergaduh dengan kita, tunggu bila dia dah tiada. Gaduh-gaduh dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur berdengkur, tunggu bila dia dah tiada. Dengkuran itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur gigi bergesel, tunggu bila dia dah tiada. Geselan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kuat mengigau masa tidur, tunggu bila dia dah tiada. Mengigau itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita selalu merajuk, tunggu bila dia tiada. Rajukan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kadang-kadang perangainya menyakitkan hati kita, tunggu bila dia dah tiada. Rasa sakit hati itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Allah… masa tu, kita akan minta dengan Allah supaya panjangkan lagi satu detik. Kita nak ucap sayang, cinta dan rindu pada isteri kita.
Kawan-kawan, daripada kita penat mencari kesempurnaan, baik kita jadi sebahagian daripada kesempurnaan pasangan kita.
Perkahwinan itu saling melengkapi.
Yang mana kita lebih, itulah yang akan menyempurnakan isteri kita. Yang mana dia lebih, itulah yang akan menyempurnakan diri kita sebagai suami.
Belajar berlapang dada. Belajar mensyukuri. Belajar cukup dengan apa yang ada.
Waktu yang kita ada tak banyak mana dah. Sama ada kita pergi dulu mengadap Ilahi atau isteri kita yang pergi dulu. Its just a matter of time.
Andai ini kesempatan terakhir yang kita miliki, manfaatkan sebaiknya. Jangan bila dah tiada baru nak bertindak.
Kerana selepas itu jarak antara perpisahan kita di dunia dengan pertemuan semula di syurga nanti adalah jarak yang tidak pasti…
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI