
Di sebuah klinik kesihatan, seorang isteri yang masih dalam pantang ditengking suaminya di hadapan orang ramai.
“Kau pergi la cepat, aku nak pergi kerja!” katanya kasar, sambil menolak-nolak isterinya. Lebih menyedihkan, dia meletakkan bayi mereka di atas meja dan sibuk bermain telefon, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Melihat situasi begini, sukar untuk bersangka baik. Mungkin kita tidak tahu apa kesukaran yang mereka lalui, tetapi satu perkara pasti isteri bukan tempat untuk melepas marah atau dijadikan mangsa tekanan.
Mereka telah berkorban jiwa dan raga melahirkan zuriat kita, dan sedikit penghargaan serta belas kasihan sepatutnya menjadi hak mereka.
Ramai suami lupa bahawa seorang isteri bukan sekadar pasangan hidup, tetapi juga tulang belakang dalam setiap jatuh bangun seorang suami. Menghargai mereka bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi dengan perbuatan—memberikan sokongan, kasih sayang, dan penghormatan yang selayaknya.
Isteri adalah amanah Allah untuk dijaga, bukan untuk disakiti. Semoga setiap suami lebih menghargai pengorbanan mereka dan membimbing mereka dengan penuh kasih sayang menuju kehidupan yang lebih bahagia.
Sumber: Azri Osman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Azharina Sebak Kongsi Hidap Kanser Stage 2

Penyanyi bervokal tinggi, Azharina Azhar, 39, dedah dirinya menghidap kanser rahim tahap dua.
Terdahulu bulan Jun lalu Azharina ada memaklumkan menghidap kanser, namun masih belum dapat berkongsi jenis kanser dihidapi kerana sedang menunggu keputusan laporan kesihatannya.
Azharina yang ditemui di majlis sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Nivea dengan kerjasama Watsons di Park Royal Collection, Kuala Lumpur hari ini berkata, walaupun diagnosis ini mengejutkan, Azharina meluahkan rasa syukur kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal.
“Saya ada kanser rahim. stage 2. Saya bersyukur dapat tahu awal. Syukur alhamdulillah,” katanya dengan nada penuh makna.
Kini, Azharina sedang menjalani rawatan untuk penyakit tersebut. Menurutnya, dia sering menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali, dan ini membantu dalam pengesanan awal kanser yang dihadapinya.
“Saya memang sejak dulu sudah biasa buat pemeriksaan kesihatan sebab dalam sejarah keluarga memang ada masalah kesihatan seperti kanser, kencing manis, darah tinggi, dan sakit jantung.
“Jadi, setiap enam bulan saya buat medical check-up. Tapi, tahun lepas bacaan kesihatan saya tak ‘cantik’. Saya alami pendarahan yang banyak dan terus jumpa doktor,” katanya.
Menurutnya, keadaan semakin serius apabila ada pendarahan. Dia kemudian dirujuk kepada doktor pakar untuk rawatan lanjut.
Setelah doktor memaklumkan dia disahkan menghidap kanser rahim stage 2, Azharina mengambil masa dua, tiga hari untuk menenangkan dirinya.
“Tiada kata-kata. Saya ambil masa 3-4 hari. Saya diam dan tenangkan diri. Hanya selepas itu saya mula berkongsi tentang situasi saya,” tambahnya.
Kala berbicara, Azharina tidak dapat menahan sebak dan meminta maaf tidak dapat menahan tangisannya. Dia mengakui tidak mahu menangis dan mahu melangkah ke hadapan lebih positif dalam kehidupannya.
Tambahnya lagi, dia pada mulanya tidak mahu berkongsi mengenai penyakit itu kerana tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya. Namun sebagai ibu tunggal, cabaran tetap ada.
Terdahulu, penyanyi Elergi Sepi itu kali pertama mendedahkan penyakit dihidapi ketika menjadi tetamu undangan untuk program No Filter bersama Elly Mazlein. Menurut Azharina, dia mengalami pendarahan teruk ketika menyertai program realiti, All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada September 2023.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tengok TV Sambil Belajar, Langsung Tak Bosan. Ada Rezeki, Boleh Menang Hadiah!

Sebagai inisiatif untuk mengelakkan anak-anak merasa bosan duduk di rumah dan susah belajar kerana gelombang ketiga COVID-19, Astro telah mengadakan slot terbaharu iaitu Kelas #DudukRumah yang telah bersiaran bermula 21 Oktober yang lalu. Slot ini akan ditayangkan pada jam 3 petang dengan pelbagai program di Tutor TV menerusi saluran 601
Menariknya, setiap slot telah disusun mengikut subjek tertentu bersama tenaga pengajar yang hebat-hebat! Confirm tak bosan! Untuk subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, anak-anak boleh belajar cara menulis, berbahasa dan bercerita melalui program Belajar bersama Cikgu Eve bermula 21 hingga 28 Oktober.
Seterusnya pada 29 Oktober pula akan ada geng Projek Lepas Sekolah. Ia merupakan sketsa akademik sekolah rendah yang mengisahkan tentang lima sahabat baik yang turut memaparkan aktiviti pembelajaran untuk subjek seperti Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Sketsa ini dilakonkan oleh bakat-bakat muda yang mempunyai peminat mereka tersendiri iaitu El Farabi, Phua Chandler, Alyssa Dezek, Ara Mysara dan Shaheed Rashid. Yang menariknya, Nabil Mahir dan Amelia Henderson pun ada! Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.
Tidak terhenti di situ saja, pada 30 Oktober pula akan ada Sains D.I.Y bersama Riena Diana, Nur Ranea Ezreen dan Kamarul Eqifshah. Yang ini pun best juga kerana ia memaparkan kisah dua beradik bersama makcik mereka yang ‘gila-gila’ mencuba pelbagai eksperimen sains di rumah untuk dimuat naik ke saluran YouTube.
Tonton semua program ini dan anak-anak berpeluang untuk menang hadiah-hadiah menarik. Bagaimana?
1. Tengok Projek Lepas Sekolah dan Sains D.I.Y
2. Imbas kod QR di kaca TV dan daftar untuk kuiz. Tunggu sehingga Wafiy muncul di kaca TV.
3. Jawab kuiz bila tiba masanya di gajet.
4. Hantar jawapan sebelum program tamat.
5. Nama-nama pemenang akan diumumkan selepas program Sains D.I.Y!
Tak susah pun dan anak-anak berpeluang untuk memenangi sebuah tablet, jam pintar, speaker dan macam-macam lagi. Jom sertai Kelas #DudukRumah setiap hari Isnin sehingga Jumaat jam 3 petang hanya di Astro Tutor TV saluran 601 atau anda juga boleh strim #OnDemand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box! Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo
Jaga kesihatan, kekal di rumah dan belajar bersama Tutor TV!
#JomKitaOnAstro #KelasDudukRumah #ProjekLepasSekolah #SainsDIY #TutorTVJawabDanMenang #BelajarBersamaTTV #AstroTutorTV
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Rakyat Masih Berdegil, WHO Jangka Kes COVID-19 Malaysia Meningkat Pertengahan April

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tanda-tanda awal Malaysia berjaya mengekang penularan wabak COVID-19 berdasarkan laporan graf daripada Malaysian Institute of Economic Research (MIER). Perkara ini dikongsikan melalui laman Twitter KKM Putrajaya.
Kata beliau, hasil Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang dijalankan untuk fasa pertama menunjukkan terdapat garisan mendatar dalam graf kes sekaligus memberi bayangan tanda awal yang langkah ini membuahkan hasil.
Sesungguhnya perkhabaran ini memberi kelegaan kepada kita tetapi sekiranya rakyat Malaysia terus leka atau langkah pencegahan sedia ada dilonggarkan, tidak mustahil kes penularan wabak ini melonjak semula.
Artikel Berkaitan: [Ada Tanda Awal Covid Makin Pulih, Tapi Bergantung Pada Rakyat Malaysia. KP Kesihatan Saran Rakyat Terus Patuh Arahan & Amal Langkah Pencegahan!]
Berikut berita penuh tentang hal ini menerusi Berita Harian.
Jumlah kes COVID-19 di Malaysia dijangka mencapai puncak pertengahan April.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, berdasarkan data yang ada, Pejabat WHO Negara menganggarkan Malaysia menunjukkan jumlah tertinggi pesakit di hospital pada pertengahan April.
Ketua misi merangkap wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Ying-Ru Lo, berkata jumlah pesakit kritikal di negara ini dijangka meningkat minggu depan.
“Malaysia mempunyai jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara dengan 2,908 kes yang disahkan dan sudah mengeluarkan larangan perjalanan bagi membendung penularan coronavirus ini.
“Berdasarkan data yang ada, Pejabat WHO Negara mengunjurkan kes yang dimasukkan ke hospital di Malaysia akan memuncak pada pertengahan bulan ini,” katanya dalam jawapan e-mel kepada Reuters.
Katanya, jumlah pesakit yang kritikal pula dijangka memuncak menjelang minggu depan, namun ramalan WHO itu mungkin berubah.
“Wujud tanda-tanda lengkungan kadar kes akan mendatar tetapi ia mungkin melonjak kembali jika langkah pencegahan sedia ada dilonggarkan atau orang ramai tidak lagi mematuhi arahan perlindungan,” katanya.
Artikel Berkaitan: [Siap Sedia Gelombang KEtiga, MAEPS Dijadikan Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19]
Tambah beliau, data mengenai jangkitan baharu setakat ini dan langkah pemantauan tambahan tidak menunjukkan penyebaran meluas wabak dalam kalangan penduduk negara ini.
Kini terdapat 102 pesakit coronavirus ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh Malaysia dan 45 kematian dilaporkan setakat ini. – AGENSI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI