Carilah Bahagia Dulu. Barulah Boleh Jadi Ibu Dan Isteri Sempurna
Anak Seorang Ok Lagi, Bila Ramai Jangan Sampai Dera Diri
Semata-Mata Nak Sempurna Ibu Jadi Terlalu Penat. Kalau Tak Larat Rehat Dulu
Selalu kita dengar orang cakap, bila perempuan ini pandai serba serbi. Untunglah suami dan anak-anaknya. Bahagialah keluarganya. Pandai memasak sedap, hebat mengemas, menghias rumah, berdandan berhias pun tak kalah. Didik anak-anak pun mantap. Cantik pulak tu. Ewah.
Perkongsian dari Puan Najibah Mustaffa ini sangat betul. Dia beranggapan ibu dan isteri kena cari bahagia dulu kerana semua inilah kunci keharmonian dalam rumah tangga.
Saya pun di awal perkahwinan cuba untuk jadi begitu. Anak seorang OK lagi, masa tu boleh je buat sendiri semua. Hatta kalau gas habis pun, boleh je pergi kedai beli dan angkat masuk rumah. Haha dia punya power.
Bukan suami tak tolong, diri sendiri yang tak pandai minta tolong. Sebabnya acah-acah mahu jadi sempurna semuanya. Terbiasa berdikari pun sama. Rumah mesti kemas, kain mesti berlipat, baju kerja suami siap bergosok, makan minum siap hidang terjaga semuanya. Masak tu mesti meriah lauk. Ewah lah sangat.
Bila anak sudah bertambah, dari satu jadi dua, tiga dan kini empat. Lama kelamaan, badan jadi sangat penat. Usia pun semakin meningkat. 4 tahun sahaja lagi nak cecah 40 tahun. Sakit pun dah terasa sana sini.
Tambah lagi bila saya mula berniaga. Mana nak tengok WhatsApp, coaching team, pantau outlet, guide staf, buat marketing, bla bla dengan senarainya yang panjang.
Ads
Penat.
Perempuan bila tenang gembira dia sangat comel macam teddy bear atau hello kitty. Tapi bila penat dia akan jadi orang lain. Kadang tu singa, harimau, hantu kak limah segala.
Saya pernah lalui fasa penat dan tertekan ini selepas melahirkan anak keempat. Dengan dia susah nak tidur, nak menyusu sahaja. Melekat dengan ibu. Tak boleh langsung ibu jauh. Masa tu saya tak rasa seronok pun duduk rumah sendiri. Tak rasa kasih pun tengok suami dan anak-anak. Serabut.
Sebabnya? Penat. Penat ni boleh jadi pintu masuk Syaitan hasut itu ini. Mengeluh, mengungkit, sedih, kecewa bla bla yang negatif. Bila penat solat pun tak khusyuk. Huhu.
Mujurlah saya tersedar yang ini bukan kehidupan yang saya cari. Saya tak boleh biar berterusan dengan penat. Cari ilmu, baca perkongsian di FB.
Tahulah saya jawapannya. Saya perlu berhenti jadi sempurna. Hanya perlu jadi bahagia. Saya perlu mula belajar minta tolong ahli keluarga dan orang lain.
Ads
Seminggu sekali saya ambil bibik. Dia kemas rumah, lipat kain, tukar cadar, kadang tu basuh langsir, sental tandas, mop lantai semua. Complete satu rumah dikemas.
Hari hari lainnya saya mengemas 2 kali sehari sahaja. Pagi sebelum anak bangun, petang sebelum Maghrib. Kemas pun sekadar pastikan rumah tidak berselerak sangat sebab ada anak-anak kecil yang suka bawa mainan sana sini, lantai disapu, dan dapur bersih dari pinggan mangkuk tak berbasuh dan sampah.
Kain baju berbakul, kalau larat dan sempat, lipat. Kalau tak pejam mata tunggu bibik datang minggu depan.
Saya selalu sahaja sebut kepada suami dan anak-anak, ibu penat, ibu nak rehat. Tak mahu paksa diri berlebihan.
Ads
Yang saya jaga sangat hanyalah makan minum keluarga. Memang memasak 2-3 kali sehari. Itupun ringkas sahaja. Ada karbo, protein, sayur cukup. Syukur yang penting kenyang. Sebab saya selalu percaya, masakan mengikat kasih sayang keluarga dengan sangat indah. Ada juga lah hari beli je lauk bila tak sempat atau tak ada bahan basah dalam peti. Hihi.
Malam malam berehat sahaja. Bergolek dengar cerita anak-anak.
Sudah tua tua begini. Saya mahu lebih masa untuk tambah ilmu, baiki ibadah. Mahu lama-lama di tikar sejadah, mahu tadabbur al-Quran, mahu baca buku banyak-banyak dan buat apa yang menggembirakan.
Benar, khidmat kepada rumahtangga adalah medan pahala. Namun janganlah sampai menekan diri. Ramai ibu hari ini tertekan. Bacalah banyak kisah yang berlegar di media sosial.
Kita pilih untuk bahagia dulu. Barulah semuanya terlihat sempurna pada mata kita. Walaupun tidak pada mata orang lain.
Dan para suami, bantulah isteri anda bahagia dengan kurangkan rasa penatnya. Sebab bila ibu gembira dan bahagia, seisi keluarganya turut berbahagia.
Ciuman ialah lambang cinta dan kasih. Tapi kena ingat bahawa ciuman itu juga terbahagi kepada beberapa jenis dan setiap daripadanya mempunyai ‘magic’ yang berbeza.
Kita beri ciuman untuk menunjukkan bahawa kita kasih dan cinta kepada anak. Untuk menunjukkan bahawa anak itu penting dalam hidup kita.
Perkongsian dari Najmi Nawawi tentang ciuman paling sesuai untuk diberikan kepada anak, iaitu ciuman di dahi atau lebih dikenali dengan ‘forehead kisses’. Ciuman jenis ini sangat berkuasa seolah-olah membuatkan jiwa anak itu dibelai.
Ciuman ke dahi ini juga dikenali dengan ciuman di mata ketiga. Anak akan merasai satu perasaan ketenangan kerana proses ini akan memberi simulasi kepada kelenjar pineal dan pituitari. Ini akan memberi anak satu perasaan dilindungi, sejahtera, dan selamat. Pendek kata ia memberi aura pemulihan yang sangat unik kepada jiwa anak.
Ciuman di dahi ini ialah satu tahap kecintaan sehingga keindahannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Satu pantang larang yang perlu diingati juga ialah jangan sesekali ciuman kita berikan di bahagian bibir. Kerana kawasan bibir adalah kawasan yang sangat sensitif kerana dipenuhi dengan reseptor.
Pendek kata ianya mampu membangkitkan nafsu syahwat dan kita tak mahu mereka anggap ianya satu perkara normal. Kita tak mahu mereka jadi keliru satu hari nanti.
Tahun lepas, menjadi viral isu David Beckham mencium anak perempuannya yang berusia 7 tahun di bibir. Majoriti pakar ‘psychologist’ terkemuka dunia menyatakan bahawa tindakan itu ialah dilarang sama sekali.
Kalau dah terbiasa beri ciuman di bibir anak. Mulai hari ini, ia perlu dihentikan!
Sesibuk mana pun kita sebagai suami, jangan sampai isteri rasa macam dia tak wujud.
“Saya cari rezeki, bukan buat benda bukan-bukan”
Ya, faham…
Tapi lepas habis cari rezeki, terus la balik rumah, dah sampai rumah, jangan sibuk dengan hp pulak. Luang masa untuk anak isteri pulak walaupun kita sampai rumah dah lewat malam.
Walaupun ada 30 minit sebelum tidur, gunakan 30 minit tu untuk tanya keadaan isteri, apa yang dia buat hari tu, anak-anak macam mana dan sebagainya.
Ambil tahu, ambik peduli hal rumahtangga sendiri terutamanya apa yang isteri rasa.
Ada suami kerja bawa lori, dalam seminggu, mungkin sehari dua je di rumah, maka gunakanlah sehari dua tu sebaiknya untuk bersama keluarga.
Ada suami kerja syif 12 jam, campur masa pergi dengan balik kerja, jadi dah 14 jam digunakan untuk keluar dari rumah untuk mencari rezeki. Baki lagi 10 jam, 8 jam guna untuk tidur, kita masih ada masa 1 jam sebelum dan selepas tidur untuk anak isteri.
Maka guna 1 jam tu dengan berkualiti. Kerja ‘on call’ ke, kerja standby ke, outstation ke, apapun jenis pekerjaan kita, kita kena cari juga masa untuk keluarga sendiri.
Jangan asbab kita sibuk cari rezeki, kita hilang anak isteri.
Anak-anak kecil akan suka mencuba dan ingin tahu. Mereka akan menggunakan perkataan yang pelik-pelik dan baru mereka dengar tanpa benar-benar faham maksudnya seperti orang dewasa faham. Oleh itu kita perlu sangat RELAKS. Jangan cepat mengelabah. Kemungkinan dia tidak begitu faham maksud perkataan itu. Tapi sebab bila dia mendengar orang berkata akan perkataan itu, dia terus meniru.
Selalunya para ibu atau bapa akan menyoal siasat anak dengan cemas dan cepat membuat andaian serta menghukum (judge) perbuatan si anak itu dengan kurang sesuai. Kerana kuatir anak sudah terpengaruh dengan perkara buruk dan kita mahu dia tidak menggulangi perbuatan itu dan tidak mahu orang menyangka sesuatu yang buruk mengenai kita.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah;
Bertanya secara selamba apa sebenarnya anak itu faham mengenai perkataan itu.
Contoh: “Eh, mama tak pernah dengar perkataan itu abang long cakap. Apa maksudnya perkataan itu abang long?”
Bila dia memberi penerangan. Kita tambah lagi bertanya;
Contoh: ” Ooooo macam tu..jadi maksudnya benda itu baiklah? Ke buruk?
Jika perkataan itu adalah untuk sesuatu yang buruk, maka secara selamba juga anda boleh memberi penjelasan;
Contoh: ” Oh, fahamlah Mama.(berhenti di situ kemudian sambung ayat) Sebenarnya, perkataan itu kurang baik untuk kita sebut-sebut terutama di hadapan orang lain. Sebab perkataan itu tak sesuai untuk orang yang perangainya baik.
(Jika anak anda suka menidakkan kata-kata, maka guna ayat terbalik) Contoh: Abang Long bukan budak yang suka orang pujikan?
(kemungkinan sebab dia suka menidakkan dia akan kata…suka orang puji…kemudian bolehlah jawab. “Ke suka orang kata Bang Long jahat ke? …kemungkinan dia akan kata tak…”jadi tak usah sebut lagi perkataan itu” jika dia kata ya,….”Oh suka orang kata Bang Long jahat, kalau begitu Abang Long tak bolehlah jumpa orang sebab Mama tak suka orang kata Abang Long jahat sebab Abang Long sebenarnya baik…contoh.
Harap ini membantu.
Terpaksa bertugas ke luar negara di ketika masih menyusukan bayi memang memeningkan kepala. Jangan bazirkan waktu dan reziki yang diberi, sebaliknya simpan dan bawa balik sahaja susu perahan itu pada anak.