Bila ‘datang bulan’, perempuan mula akan rasa tak selesa dan boleh dikatakan serba tak kena. Mood pun asyik swing je kesan dari perubahan hormon.
Ada tu yang rasa asyik nak marah sepanjang masa, buat serba benda rasa tak kena dan paling teruk yang terpaksa baring di atas katil ketika awal-awal datang bulan. Mungkin wanita yang dah berkahwin dan mempunyai anak keadaan ini sedikit terganggu.
Namun suami perlu faham dan tahu apa yang boleh dilakukan dalam tempoh sebulan sekali isteri berkeadaan macam ini. Walaupun tak sempurna seperti yang isteri lakukan, boleh uruskan rumah tangga dan anak dalam beberapa hari kira ok sangat.
Perkongsian dari Akhtar Syamir yang selalu menulis mengenai ilmu keibubapaan dan suami isteri ini cukup memberi inspirasi dan boleh dijadikan contoh buat semua pasangan suami isteri.
Pukul 3 pagi tadi isteri saya masih tak dapat tidur. Gelisah sangat. Pusing sana tak boleh, pusing sini tak boleh. Tandas dah 3,4 kali masuk keluar. Lama jugak duduk dalam tu. Perutnya memulas-mulas sebab period.
Pada ketika itu saya tak dapat nak membantu. Hanya sekadar cuba menenangkan dia, mengusap dan mengurut lembut perut dia yang sakit tu.
Dari dalam tandas dia whatsapp, “tidurlah dulu, I lama kat dalam ni. Tak larat dah nak keluar masuk tandas”. Kesian sangat. Nak cakap kuat, takut Daisy bangun pulak, lagi susah. Lepas tu, sempat juga saya tengok dia duduk baring, duduk baring sebelum saya terlelap.
Bangun pagi esoknya, saya lihat dia sedang tidur. Daisy pulak dah bangun dan ke sana sini atas katil tu. Memang tak duduk diam. Saya pun ambil dan baring bersama Daisy di tilam tepi katil, mengasingkannya dengan mama dia.
Ads
Lampin dia dah penuh rupanya, patutlah tak selesa. Saya tukarkan lampin dia walaupun sedikit mencabar. Budak kecik ni tak duduk diam dah sekarang. Pantang bukak lampin, nak menggaru bontot je kejenya. Tak padan dengan kecik. Hehe..
Bersedia Jadi Mr Mama
Lepas tu saya baringkan dia kat sebelah. Diam juga dalam setengah jam. Lepas tu bangun balik. Mata Daisy dah cerah, memang tak nak tidur dah budak ni. Saya pun bawa dia ke luar, mamanya terjaga perasan kami nak keluar bilik. Saya suruh dia tidur semula dan tutup pintu. Semalam dia tak cukup tidur, biarlah dia rehat.
Rupanya kat luar, si Akbar dan Jasmine dah bangun. Tv pun dah buka dengan Dave & Eva tengah menyanyi-nyanyi. Daisy pun dah jumpa mainan dia, lagipun dia dah pandai duduk tanpa jatuh dan merangkak ke sana sini dengan sendiri. Senang sikit saya nak ke dapur.
Saya gorengkan wedges untuk diorang sarapan. Nampak dapur sedikit tidak terurus. Tetapi perkara pertama saya buat ialah masak nasi. Saya tak nak Jasmine pergi sekolah tanpa makan dahulu.
Selepas itu saya basuh semua pinggan mangkuk dan kuali. Tenang je tengok hasil dia lepas tu. Lega sungguh rasanya. Saya terus panaskan lauk ayam masak asam pedas yang dah dimasak semalam. Saya suapkan kedua-dua anak. Bukan diorang tak boleh makan sendiri, tapi disebabkan nak cepat, saya suapkan sediri kedua-dua mereka. Sambil-sambil tu melayan si Jasmine buat latihan Matematik dan mengemas sedikit di ruang tamu.
Ads
Selesai diorang makan, mama dia pun bangun. Saya bawakan air sejuk dalam gelas dan bagi dia minum sambil usap kepala dia. “U ok tak?” tanya saya. “Ok sikit, terima kasih” katanya.
Bila dia keluar dari bilik, saya bagitau yang anak-anak dah makan, dapur dah kemas, nasi pun dah masak. Tersenyum manis dia kegembiraan dan kami berpelukan sambil bibirnya mengucapkan terima kasih.
Selepas panaskan lauk semalam, kami pun makan berdua. Anak-anak yang dah kenyang pun tak ganggu dah dan buat hal masing-masing. Suka saya sebab dapat mudahkan urusan dia dan kurangkan kesakitan dia. Senyuman manis dari wajah dia, itu je yang saya sentiasa dambakan.
Begitulah. Ada masanya kita sebagai suami kena peka bila waktunya tiba. Memang tak semua orang sama. Ada yang period ke tak period ke, tiada beza. Tapi ada yang memang sengsara setiap bulan.
Terpulang kepada kita sebagai suami untuk memandang ini sebagai perkara yang berat atau tidak mengendahkannya dan menganggap ianya perkara biasa. Ini bukan perkara yang biasa ye. Datang bulan ini bukan suatu perkara yang biasa. Tolong tanam ayat ini dalam kepala anda. Isteri kita memang sakit jika senggugut mereka datang. Ditambah dengan karenah anak-anak dan suami sendiri, ia boleh jadi satu waktu yang memberi tekanan yang amat kuat.
Ads
Itu sebabnya kita biasa dengar isteri mengamuk semasa period. Bukan disebabkan period itu sahaja, tetapi keadaan sekeliling dan suami yang tidak membantu juga menyumbang kepada tekanan itu.
Saya pernah dimaklumkan oleh DrLinda Mat Hassin, Pakar Hormon dari Radiant Clinique betapa semasa wanita mengalami period, hormon mereka menjadi amat tidak menentu dan suami sangat perlu memainkan peranan untuk membantu isteri melalui kitaran ini.
Yang paling penting ialah berhenti merasakan ianya perkara biasa. Keduanya, bantu mudahkan urusan isteri. Jika ada 10 perkara yang dilakukan isteri, ambil semua kalau boleh. Bukan lama pun. Seminggu je atau kurang dari itu. Tolong masak ke, mengemas ke, basuh pinggan ke atau apa-apa perkara biasa yang isteri lakukan.
Selain dari jangan menyumbang kepada kesakitan dia seperti membuat isteri marah, tolong jagakan juga anak-anak kerana anak-anak pun boleh mendatangkan tekanan tambahan kepada mereka.
Akhir sekali, antara sebab kita kena buat begini adalah untuk menyediakan suasana yang baik dan positif kerana kita tak tahu betapa naik turunnya mood mereka semasa period.
Jagalah isteri kita semasa mereka sakit sebegini, Kerana apabila tibanya masa kita perlu dijaga, kita pasti akan dijaga dengan penuh kasih sayang seorang isteri. Ingatlah, apa yang kita beri hari ini, akan dibalas suatu hari nanti. Jika baik yang kita beri, baiklah juga akan kita terima. In Shaa Allah.
Semoga tiada lagi isteri yang melalui period tanpa bantuan suami. Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai yang sedar akan kepentingan perkara ini.
Setiap ibu bapa yang menerima cahaya mata pasti mempunyai perasaan teruja tambahan pula anak tidak mengalami sebarang masalah sejak lahir dan perkembanganya seiring dengan usia. Dengan kata mudah “Anak cepat belajar”.
Namun dalam tak sedar mungkin kita sudah mengheret anak dalam perlumbaan “anak siapa lebih pandai dan lebih cepat” dalam perkembangan hidup mereka. Menurut Parent Connect hal ini menjadi trend dalam kehidupan.
APA YANG KITA KEJAR?
Dari lahirnya seorang anak, ibubapa sudah mula berlumba-lumba sesama sendiri tanpa kita sedar. Kita mengheret sama bayi dan anak kecil yang tidak tahu apa-apa dalam perlumbaan yang kita cipta. Media sosial merancakkan lagi pertandingan antara ibubapa dan menyebabkan tekanan yang melampau ke atas anak-anak walaupun kita tidak mengakuinya.
Siapa menyusu badan, siapa menyusu botol? Siapa rajin menyediakan makanan ‘home-cooked’ untuk bayi? Bayi siapa yang tidur nyenyak sepanjang malam? Bayi siapa yang paling cepat merangkak? Bayi siapa yang paling cepat berjalan? Siapa yang paling banyak menyediakan aktiviti untuk anak-anak kecilnya? Anak siapa yang paling awal membaca? Anak siapa yang paling mahir matematik? Anak siapa yang paling cepat bercakap? Anak siapa yang sering mendapat no. 1 semasa tadika? Anak siapa yang paling berakhlak? Anak siapa menghafal Al Quran dari bayi? Keputusan peperiksaan anak siapa sentiasa cemerlang? Anak siapa yang berjaya memasuki sekolah berasrama? Anak siapa yang paling berbakat? Anak siapa mempunyai skil yang hebat? Anak siapa dapat memasuki universiti awam dan terkemuka?
Persaingan tidak putus-putus.
Setelah hampir 30 tahun mengkaji tentang kesan persaingan di kalangan pelajar, Alfie Kohn, seorang Pakar Pendidikan yang terkenal, merumuskan dalam buku “No Contest – The Case Against Competition” bahawa persaingan tidak semestinya menjadikan pelajar lebih cemerlang.
Apabila peperiksaan dijadikan kaedah penilaian dari peringkat tadika lagi, kanak-kanak yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang akan kehilangan motivasi untuk belajar dari awal lagi. Kanak-kanak yang cemerlang pula akan sentiasa merasa tertekan untuk mengekalkan kecemerlangan dalam persaingan secara berterusan. Kanak-kanak kecil ini tidak mempunyai peluang untuk meneroka kelebihan dan keupayaan diri kerana mereka dihakimi terlalu awal dalam persaingan dan pertandingan yang tidak mereka pinta.
Dalam kajian-kajian yang dijalankan selama 60 tahun,
1) 65 kajian mendapati bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih bermakna dan efektif apabila mereka belajar melalui kolaborasi dan bukannya persaingan sesama sendiri.
2) 8 kajian mendapati bahawa persaingan menjadikan pembelajaran lebih efektif.
3) 36 kajian mendapati bahawa tiada perbezaan kepada keberkesanan pembelajaran antara persaingan dan kolaborasi.
Kajian juga mendapati bahawa bahagian otak yang mengawal ketakutan (fear) menjadi lebih aktif apabila kanak-kanak mengetahui bahawa tugasan yang diberikan kepada mereka adalah satu pertandingan sesama mereka.
Kanak-kanak tidak merasa selamat dan selesa dalam proses pembelajaran yang berteraskan persaingan sedangkan perasaan selamat dan selesa adalah elemen penting supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan efektif.
Kurangkan persaingan dan perbanyakkan kolaborasi sesama pelajar supaya mereka lebih berminat untuk menuntut ilmu.
Sumber;
Noor Afidah Abu Bakar
Hyde Park
Disember 2019 Parent Connect Consultancy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim perayaan ini periuk kuali harus dibersihkan sebersihnya sebelum disimpan kemas semula. Namun periuk berkerak lagi-lagi selepas hangus dan rentung dek kerana terlupa tutup api buat kita rasa down. Memang payah hendak membersihkannya.
Tak perlu sental lebih-lebih, kaedah mudah dengan air rendaman bahan ini sebenarnya sangat membantu. Jom cuba perkongsian tip Makudacun Ibra.
Hai semua, teman nak share tip yang berguna untuk mak-mak kat dapur, biasa kita selalu nampak post kes terlupa semasa memasak , almaklum kadang kita ralit pada kerja yang lain atau kadang terlena, tau-tau ada ada bau semerbak satu rumah.
Maka mula la kita panik, sedih, kecewa sebab periuk sudah hitam, tetambah kena periuk yang agak mahal, maka disini teman kongsikan cara bagi periuk tu bersinar kembali.
Sebenar ada 7 cara tapi yang ini salah satu cara yang pernah teman cuba dan menjadi, kita guna bahan yang ada kat dapur saja iaitu menggunakan baking powder atau soda bikarbonat dicampurkan bersama lemon atau cuka.
Kalau tak ada soda bikarbonat kita boleh guna baking power sahaja pun dah ok.
Mula-mula kita panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat atau baking powder.
Biarkan sejuk lepas tu masukan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik keseluruhan periuk rendamkan.
Biarkan berapa jam kemudian barulah disental, kadang-kadang ia akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manda dah berkilat semula.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keluarga bahagia tunjang kepada kekuatan kasih sayang dalam kehidupan setiap insan. Namun untuk membangunkan institusi kekeluargaan yang utuh dan berlandaskan syariat Islam bukan satu hal mudah. Bagaimanapun, ia tidak mustahil jika pasangan suami isteri sentiasa bertolenrasi dan mengamalkan perkara yang baik.
Tidak rugi seorang suami jika sentiasa ringan tulang menolong isteri dan sama-sama menjalankan tanggungjawab demi anak dan isteri tercinta. Malah ia akan semakin menyemarakkan kasih sayang satu sama lain.
Menerusi perkongsian seorang suami dan juga bapa kepada 6 orang anak, Mohd Yazid Ismail, dalam bab perkahwinan ada banyak sunnah untuk suami amalkan. Jangan ingat poligami je sunnah.
Sunnah berbaring dan berehat di pangkuan isteri.
Sunnah membantu isteri dalam kerja rumah. Memasak, mengemas, menjaga anak-anak dan lain-lain.
Sunnah menyuapkan makanan ke mulut isteri.
Sunnah menyatakan cinta dan penghargaan secara lisan.
Sunnah untuk memastikan diri anda kelihatan menarik untuk isteri.
Sunnah mengambil tahu perasaan isteri dan menghiburkan dia apabila dia memerlukannya.
Sunnah bermain-main bergurau dengan isteri dan meluangkan masa berkualiti bergembira bersama.
Sunnah memanggil isteri dengan nama yang indah.
Semoga kita memperoleh rumah tangga yang bahagia dan dibahagiakan oleh Allah SWT. Rumah tangga bahagia bukan terletak pada mewahnya harta, namun bahagia letaknya di hati.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...