Kehamilan

“Isteri Dijangka Bersalin 25 Disember” Ikmal Amry Teruja Bakal Bergelar Bapa!

Share

Sama seperti bakal ibu yang bakal menempuh detik kelahiran, ayah juga turut sama merasa debarannya. Bimbang tidak dapat membantu dikala saatnya sudah tiba. Bermacam-macam perkara yang difikirkan oleh bakal ayah.

Bagi pelakon Ikmal Amry, dia turut merasa debarnya bila mana isteri tercintanya, Najla Samsul bakal melahirkan anak sulung mereka sedikit masa lagi.

Kongsi Ikmal lagi, perasaannya kini bercampur baur. Ada rasa teruja namun dalam masa yang sama begitu risaukan isterinya yang dijangka bersalin pada 25 Disember ini.

“Kami sama-sama teruja tetapi pada masa yang sama rasa berdebar menantikan kelahiran anak pertama. Kalau nak diikutkan, Najla sudah sarat dan hanya menanti masa untuk bersalin.

” Doakan semoga semuanya dipermudahkan.

” Sebaik selesai penggambaran filem di Pulau Langkawi ini saya buat keputusan untuk kembali ke ibu kota untuk menemani isteri memandangkan dia dijangka bersalin pada 25 Disember nanti, insyallah,” katanya lagi berkongsi.

Dalam pada itu, bakal bapa ini juga tidak goyang kaki ketika berada di Langkawi sebaliknya turut menuntut ilmu dengan rakan-rakan bergelar bapa yang lain termasuklah Alif Satar yang turut sama menjalani penggambaran bersamanya.

“Saya banyak menerima nasihat dan panduan daripada Alif Satar. Saya kerap bertanya apa sahaja mengenai penjagaan bayi dan persediaan untuk bergelar bapa.

“Dia sendiri menjadi ayah pada usia yang muda dan kini pada usianya 31 tahun, dia sudah pun mempunyai tiga orang cahaya mata. Banyak yang saya dapat ilmu darinya,” tulisnya berkongsi.

Semoga kelahiran si comel kesayangan pasangan ini dipermudahkan Allah SWT.

Terdahulu, pada Mei lalu, Ikmal mengumumkan isterinya, Najla Samsul hamil anak sulung selepas mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020.

Menarik: Baru 1 Tahun 10 Bulan Dah Tak Pakai Pampers, Cara Ibu Ni Potty Train Anak Memang Sempoi

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM