Isteri Duduk Saja, Dia Bukan Malas. Rehat & Kumpul Tenaga, Letih Sangat!

Share

Kekutan seorang isteri tu, dia boleh buat macam-macam kerja. Sakit pun jarang sekali. Kalau badan rasa tak sihat, cepat-cepat dipujuk supaya tak jatuh sakit. Namun, isteri atau ibu tetap manusia biasa yang akan merasa penat. Bila dah terlalu letih, mulalah sampai tahap burn out. 

Gambar hiasan (Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal)

Di dalam penulisannya di laman Facebook, Dr Redza Zainol berkongsi tentang pengorbanan seorang isteri. Menurutnya, isteri mungkin akan mengalami emotional burn out jika terlalu letih menguruskan rumah tangga. Penat emosi tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Biarpun perkongsian ini sudah lama, tetapi ia tetap dapat memberi ilmu kepada para suami untuk sentiasa peka dengan keadaan isteri.

Baca Juga:

Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya

“Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah.” 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Bahagia Bersama Isteri

‘Kantoi’ Tengah Seronok Makan Tepi Fridge, Menangis Bila Butter Kena Rampas. Lucu Sungguh!

Isteri Senyum-Senyum Seorang Diri..

Saya perhati je dari pagi.

Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.

Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.

“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.

Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.

Saya pun pergi ke tepi dia. Nak menyibuk la katakan.

Tertulis perkataan ni, “Crash Landing On You.”

Best ke?

Dia kata biasa-biasa je, sambil tu dia senyum-senyum lagi.

Dulu, Saya Ingat Rehat Tu Sia-Sia..

Masuk waktu tengahari, dia pergi ke meja dan mula baca buku kegemaran dia sampai ke petang.

Serius dulu saya ingat aktiviti berehat ni sia-sia je.

Dulu saya ni jenis yang agak serius. Saya cuma fikir kalau ada masa, baik kita buat kerja. Masa tu pada pendapat saya, berehat ni hanya untuk orang yang malas.

Itu dulu.  

Sampailah beberapa tahun yang lepas isteri saya tak sihat waktu berpantang. Saya kena jaga anak, kena melayan kehendak anak sepanjang hari.

Mengadap perkara yang sama setiap hari buat saya jadi letih. Penat pada fizikal dan paling ketara ialah penat pada emosi.

Gambar hiasan (Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal)

Keluar Rumah Pun Rasa Gembira..

Waktu tu, kalau saya dapat keluar rumah sekejap pun dah rasa gembira. Kalau dapat buat perkara lain selain dari menjaga anak, rasa lega sangat.

Masa tu baru saya sedar pengorbanan isteri saya. Banyak kali dia mengadu penat dan saya cakap rehatlah.

Saya silap.

Selama ni saya ingatkan dia penat fizikal, rupanya dia penat pada emosi. Penat pada emosi tu tak boleh hilang dengan tidur atau rehat semata-mata.

Sebenarnya, selama ni isteri saya ambil masa berehat hanya untuk dia keluar dari “Emotional burnout”.

Penat Emosi Tak Nampak Pada Mata Kasar..

Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.

Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.

Percayalah, bila isteri dapat cukup rehat begini, dia akan mula bekerja keras semula untuk keluarga.

Sebab waktu tu, emosi dan psikologinya jadi segar dan terjaga semula.

Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai suami isteri yang tahu. Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan anggota badan yang lain.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Emy H