Isteri Fad Bocey, Syaheera Rahman yang baru menyambut kelahiran anak ketiganya baru-baru ini telah berkongsi gambar-gambar sajian pantang yang dinikmatinya.

Isteri Fad Bocey Dedahkan Sajian Pantang Berkhasiat Bantu Pulihkan Diri Selepas Berpantang

Kebanyakan sajian telah disediakan perawat pantang yang diupah.  Hidangannya kelihatan sedap dan disediakan menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat.

Jom lihat gambar berikut yang mungkin boleh memberikan anda idea untuk berpantang nanti. Dari sarapan pagi hingga ke minum petang dan makan malam.

Bukan sahaja ibu sedang berpantang, orang yang tidak berpantang pun terliur dengan hidangan pantang Syaheera.

IKLAN

Antara menu sajian pantang Syaheera ialah seperti berikut;

Isteri Fad Bocey Dedahkan Sajian Pantang Berkhasiat Bantu Pulihkan Diri Selepas Berpantang Isteri Fad Bocey Dedahkan Sajian Pantang Berkhasiat Bantu Pulihkan Diri Selepas Berpantang

Tidak lupa sajian buah-buahan dan snek antara waktu makan. Ini barulah pemakanan seimbang yang membantu memulihkan tubuh ibu yang baru bersalin.

IKLAN

Selain itu, Syaheera juga berkongsi tentang cara untuk menambah susu ibu dengan cara memakan banyak sayur-sayuran, longan kering dan kurma.

Klu tny bnda apa pling membanggakan ,ni lah jawapannya .kegigihan telan segala jenis sayur yg dpt tmbah susu badan .yg penting massage .kdang2 susu ada cuma tersumbat jdinya bila pam pun akan dpt skit ja .tpi bila dh tk trsumbat haa sekali pam dapat penuh satu botol tu .my milk booster dri masa BF twins lagi masih jgk longan kering dgn kurma yg boleh dptkn dri kedia cina tu .rebus dua tu . klu tekak kita ni sejenis nak ltak bwg putih skit dgn bwg merah .rebus semua tu hirup la sup skali telan longan dgn kurma tu .it helps me a lot .thank you dayah help me a lot today @umairah_mobile_spa .hot stone mmg the best .thanks jgk utk EO yg dayah bgi tu .kami adalah sejenis addicted EO .klu boleh tkmau dh ubat2 .nak keep with eo ja ?

A post shared by Syaheera (@syaheeraarahman) on

Tahniah Pa&Ma ucapkan kepada Fad Bocey & Syaheera atas kelahiran bayi ketiga. Semoga fasa berpantang Syaheera berjalan dengan lancar.

IKLAN

Sumber: Instagram Syaheera Rahman

MAKANAN PANTANG: APA YANG BOLEH DAN APA YANG TIDAK!

Tidak, ibu yang sedang berpantang tidak hanya boleh memakan ikan bakar dan ikan masin! Banyak lagi jenis makanan lain yang boleh dimakan yang tidak memudaratkan diri dan menggalakkan pemulihan diri. Berikut ialah beberapa tip yang boleh diikuti dalam penyediaan sajian pantang.

  1. Wanita yang baru bersalin boleh memakan buah-buahan seperti kurma, strawberi, roselle, prun, buah tin, epal merah, oren dan avokado.
  2. Elakkan makanan yang tinggi kandungan gula kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit pada ibu dan bayi menyusu susu ibu.
  3. Hindari makanan yang diawetkan atau diperam.
  4. Elakkan pengambilan susu pekat manis kerana ia boleh menyebabkan angin di dalam rahim.
  5. Jauhi sajian yang diperbuat daging ikan yang berwarna gelap seperti ikan tongkol dan ikan pari.
  6. Makanan yang berangin atau boleh menyebabkan rahim kembang adalah buah yang masam dan sayur yang menjalar lazimnya bersifat sejuk. Contohnya buah nenas dan sayur terung.
  7. Minum air kosong tanpa had. Ambil lebih air kosong kerana herba seperti jamu dan herba yang diambil sangat panas. Minum air banyak bertindak menyeimbangkan suhu badan ibu berpantang.
  8. Selain itu meminum air yang banyak bagi mengelakkan strok haba dan penurunan penghasilan susu ibu.
  9. Elakkan ais pada 100 hari pertama berpantang untuk mengelakkan kembang urat. Pantang ais seelok-eloknya dilakukan selama enam bulan hingga setahun untuk supaya badan ibu tidak mudah penat.
  10. Elakkan makanan yang berminyak untuk membantu pemulihan luka terutama sekali bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI