Isteri Gembira Bila Suami Tolong Walaupun Cuci Tandas Je! Bernilainya Pertolongan Kecil Suami Dimata Isteri

Share

Isteri sangat gembira bila suaminya tolong dalam urusan rumahtangga walaupun hanya cuci tandas sahaja! Bernilainya pertolongan kecil suami dimata isteri. Isteri tidak mengharapkan bulan bintang, cukup sekadar memahami dirinya penat dan sama-sama membantu dalam urusan menguruskan rumahtangga. 

Isteri sent gambar ini ketika saya outstation. Entah bila dia snap gambar yang saya sedang cuci tandas.

Bagi saya cuci tandas ini tidaklah rasa apa-apa yang besar sangat, lagi pun dah biasa cuci tandas di tempat kerja. saya terkesan sangat apabila isteri cakap yang dia rasa gembira sangat bila saya ringan tulang kat rumah.

Saya mula beri perhatian dalam hal ini. Sekecil perkara yang saya buat ini pun buatkan hati seorang isteri gembira. Sedangkan banyak perkara dalam rumah kebiasaanya isteri yang lakukan. Saya sebak sangat,jika nak outstation semua keperluan saya disediakan,pakaian,berus gigi disusun dengan baik,hatta kasut mana yang sesuai untuk saya outstation pun dah tersedia didepan pintu.

Bukanlah untuk memuji isteri berlebihan, tetapi inilah hakikat ramai isteri yang baik melayan suami agar suami redha kepada mereka.

Alangkan gembiranya seorang isteri jika suami sentiasa beri perhatian kepadanya dan ambil peduli tentang penat lelah dia uruskan rumatangga, apatah lagi jika suami bimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Sebaliknya begitulah isteri berusaha buatkan suami tenang melihatnya.

Rupanya dalam rumahtangga kita jangan fikir apa pasangan perlu buat untuk saya,tetapi kita kena fikir apa lagi yang perlu saya buat untuk gembirakan pasangan.

Tahu tak,jika kita berusaha untuk gembirakan keluarga ini,الله akan gembirakan kita dalam banyak perkara dan buatkan kita rasa bahagia bersama keluarga.

Sumber: Muhammad Hassan

Published by
NuFa