Beberapa hari lalu viral bayi perempuan ditemui dalam keadaan dihurung serangga. Paling menyebakkan apabila melihatnya bersungguh-sungguh meminum susu. Bayi ini sangat comel, mencairkan sesiapa yang memandang.
Seorang lelaki yang telah menjumpai bayi perempuan yang masih bertali pusat di tepi jalan berhampiran Flat Sri Anugerah di Larkin Johor Bahru pagi Rabu lalu menyampaikan hasrat menjadikan bayi berkenaan sebagai anak angkat.
Ahmad Fauzi Ismail ,28, berkata dia sudah ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri untuk bertanyakan tentang proses pengambilan anak angkat.
WALAU RAMAI MEMOHON TETAP INGIN MENCUBA, IKUT SOP
“Saya pergi pejabat JKM sebab nak tanya proses nak jadikan bayi perempuan tu sebagai anak angkat. Saya dah ambil borang tapi tak sempat nak sediakan dokumen dikehendaki.
“Lagipun saya kena buat pemeriksaan kesihatan. Jika tak ada aral melintang saya akan hantar borang tersebut ke pejabat JKM dekat bangunan KWSP Ahad ni,” katanya.
“Kakitangan JKM beritahu saya kena tengok pada urutan. Orang yang mohon ramai sangat. Lagi pun kes ini dah viral jadi proses sedikit berbeza. Apa pun keputusan saya kena terimalah.
“Buat masa ini saya cuba hantar borang permohonan dulu. Siapa tahu ada rezeki saya nanti. Saya cuba ikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Tapi saya tak naklah berharap sangat nanti kecewa,” kata Ahmad Fauzi.
SUDAH LAMA TUNGGU ANAK KEDUA
Menurut mekanik berusia 28 tahun itu, dia terdetik mahu menjadikan bayi itu sebagai anak angkatnya kerana sudah lama menunggu kehadiran cahaya mata kedua.
“Memang sedih waktu last jumpa. Saya rasa macam saya pula bertanggungjawab. Kalau ikutkan hati memang tak bagi mereka ambil. Tapi kita ada undang-undang. Saya terpaksa buat report polis bimbang jika berlaku apa-apa ke atas bayi itu nanti saya pula yang kena
SIMPAN HASRAT NAK AMBIL ANAK ANGKAT
Ahmad Fauzi yang merupakan seorang mekanik menyatakan yang dia sudah lama menyimpan hasrat mengambil anak angkat.
“Sebenarnya memang dah lama dah nak ambil anak angkat tapi bila tengok baby tu hati saya kata saya betul-betul nak dia. Apayah lagi baby girl, comel pula tu lagilah kita teringin.
ISTERI KEGUGURAN DUA KALI
Selain itu, Ahmad Fauzi juga turut memberitahu isterinya mengalami keguguran sebanyak dua kali dalam usahanya mereka untuk menimang anak kedua.
“Lagi pun isteri saya memang nak sangat baby cuma belum ada rezeki lagi. Isteri saya dah dua kali gugur dan saya ada anak lelaki berusia 2 tahun 8 bulan,” kata Ahmad Fauzi.
TERKEJUT & MENGGIGIL LIHAT BAYI DIHURUNG SEMUT
Menceritakan perasaannya apabila mendekati beg berisi bayi perempuan itu, bapa ini berkata terkejut dan pada masa yang sama menggigil.
“Masa jumpa tu terkejut, tak tahu nak cakap macam mana perasaan tu. Menggigil jugalah sebab mula-mula tu tak percaya. Saya takut juga mana tahu ada ular sebab kawasan semak tebal memang tak nampak sangat bahagian dalam.
“Waktu buka beg memang betul ada baby dalam tu. Semua semut dah hurung dia. Keadaan baby tu dah kejung mungkin dah lama menangis,” katanya yang dimaklumkan mengenai penemuan bayi itu oleh seorang wanita pada jam 10.30 pagi.
Jelas Ahmad Fauzi dia amat terkilan dengan perbuatan ibu bapa bayi itu yang sanggup membuang anak kandung sendiri.
“Lepas bagi susu saya tengok muka bayi itu. Memang comel budaknya. Ada gaya macam kacukan peranakan. Masa tu timbul rasa marah kenapalah mak ayah dia sanggup buang anak sendiri.
“DIA SUNGGUH-SUNGGUH MINUM SUSU, SAYA SEBAK”
“Bila tengok dia bersungguh-sungguh hisap susu tu saya tiba-tiba rasa sebak. Mata dia nampak berair nampak macam dia sedihlah. Saya pun sebenarnya tak sanggup nak biarkan dia dibawa pergi ambulans.
“Memang sedih waktu last jumpa. Saya rasa macam saya pula bertanggungjawab. Kalau ikutkan memang tak bagi mereka ambil. Tapi kita ada undang-undang. Saya terpaksa report polis bimbang jika berlaku ke atas bayi itu nanti saya pula yang kena,” katanya.
Difahamkan bayi tersebut dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan susulan. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan
Sumber: Mstar & Ahmad Fauzi