Sungguh terkesan sekali emosi rakyat Malaysia dengan pemergian seorang isteri yang  meninggal dunia disebabkan perasaan cemburu hingga anak-anak kecil yang masih hendak mengenal dunia menjadi yatim sekelip mata.

Seperti perkongsian saudara Muhammad Hassan, tak tahu nak kata apa apabila kita bertindak di luar kewarasan untuk melepaskan geram dengan membunuh insan yang banyak berkorban, terkorban, boleh jadi separuh hidupnya untuk kita. Isteri ini ‘mati’ berkali-kali saat melahirkan anak-anak kita. Bukan sakit biasa-biasa yang kita pernah rasa.

Isteri Ibarat ‘Mati’ Berkali-Kali Saat Melahirkan Anak. Tanpanya, Tak Sempurna Hidup Suami!

Sedih sangat bila baca berita suami bunuh isteri dengan cara menembak isteri ketika tidur, sumbat pula isteri dalam tong dan tanam isteri di ladang.

IKLAN

Saya sering ingatkan diri sendiri, marah macam mana sekali pun terhadap isteri jangan sesekali guna kekerasan, biarlah sekadar di bibir, diam atau keluar dari rumah untuk bertenang.

Jika isteri tegur kesilapan kita dengarlah. Buanglah sifat ego tak boleh ditegur. Jika isteri ada salah silap tegur dengan hikmah. Jika dah tak suka dia, isteri tak dengar kata, degil, rasa dah tak sayang, rasa dah tak cinta, rasa menyampah, tawar hati lepaskan dia dengan cara yang baik. Kuasa cerai ada pada suami.

Bukan dengan cara sepak terajang atau bunuh dia untuk lepaskan dendam kita. Sekarang kita yang rugi, kita yang kena tanggung. Nyawa bukan boleh dijual beli. Menangis air mata darah sekali pun pasti tidak akan kembali.

IKLAN

Isteri Ibarat ‘Mati’ Berkali-Kali Saat Melahirkan Anak. Tanpanya, Tak Sempurna Hidup Suami!Kepada kita semua, apa yang berlaku telah pun berlalu, tiada guna untuk kita menghemburkan makian, cacian. Jadikan itu sebagai pengajaran buat kita. Kita juga tidak lari dari persengketaan. Ada masalah selesai dengan cara yang baik, jika rasa dah tak serasi pulangkan dengan rasa terhormat.

Setiap hari perbaharui cinta dan sayang terhadap pasangan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Sabar dan bertenang pasti dan pasti Allah datangkan kebaikan. Moga dikurniakan syurga buat arwah.

IKLAN

 Kredit: EncikMatt
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerindah

Isteri Ibarat ‘Mati’ Berkali-Kali Saat Melahirkan Anak. Tanpanya, Tak Sempurna Hidup Suami!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI