Sekeping gambar menceritakan segala-galanya. Apa yang dikongsikan Hanis Zalikha ini ada benarnya. Rakamlah seberapa banyak gambar sebagai kenangan dan tatapan anak-anak.
Perkongsian Hanis ini mungkin turut dirasai para ibu-ibu yang lain. Mungkin ada di kalangan ibu yang tidak mahu terlalu beria-ia bergambar tambahan pula keadaan ibu yang selalu sibuk dengan anak tak memungkinkan ada masa untuk merakamkan gambar bersama.
Bagaimana ibu bapa kita dahulu berusaha mencipta momen indah dalam setiap rakaman gambar sebagai kenangan kita untuk hari ini. Perkara yang sama perlu dilakukan juga oleh kita untuk tatapan anak-anak pada masa depan pula.
SAYANG TAK ABADIKAN MEMORI
“Kadang-kadang kita terlupa atau tak kuasa nak bergambar. Taknak nampak beria kan. Tapi sayang sangat sangat kalau tak abadikan sesuatu memori yang takkan dapat balik.
IBU BAPA DULU SANGGUP CUCI KAT KEDAI
“Dulu parents kita pun rajin tangkap gambar kita membesar, hujung minggu pergi cuci kodak saiz 4r dekat kedai camera, hasilnya dapat simpan sampai sekarang! Kita pun dapatlah gambaran suasana kita dibesarkan dan kenangan yang parents kita ciptakan.
SUAMI NAMPAK ISTERI BERSIAP TOLONG SNAP
“Tapi zaman kita ni ada cameraphone dah senang sangat, kalau tak berusaha tangkap gambar juga taktaulah. Dan para suami, time isteri dah bersiap rapi tu tolonglah snap snap. Memang jarang sangat kami mak2 ni tak serabai, so please…” coretan Hanis menerusi Instagram.
SEKARANG DAH MENYESAL
Hairul turut menyokong apa yang diperkatakan Hanis dengan mengakui dahulu dia pernah terlepas momen indah bersama ibunya.
“mak dulu ajak I ambil gambar kat semua tempat dah macam pelancong tapi tak nak malu la ambik gambar, now masa kecik-kecik I tak ada gambar, sekarang dah menyesal,” kata Hairul di ruangan komen.
Kenangan itu bukti kita bersama keluarga tersayang
Para follower turut bersetuju dengan pendapat Hanis. Rata-rata mengakui adakalanya terlepas untuk merakamkan memori indah bersama keluarga.
“@haniszalikha betul2 kenangan Dan bukti Kita bersama keluarga tersayang.” @eymayusof54
“Well said, tambah2 now ada FB memories 2-3 years back. Kalau IG pun ada. OMG those memories.” @ikhwan.zain
“Betul, anak-anak cepat membesar kan. Kadang parents pun rindu nak tengok anak time kecik-kecik.” @thehanydew
Sumber:haniszalikha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI