Isteri Kita Sangat Hebat, Boleh Jadi Macam-Macam. Jadi Mak Cik Van Sekolah Anak Pun Boleh

Share

Kehebatan seorang isteri dalam menyelesaikan segala tugasan rumah memang tak boleh dinafikan lagi ya! Dalam pada si isteri memasak di dapur, dia masih sempat ambil pakaian kotor untuk dibasuh. Betapa lajunya otak wanita berhubung.

Pada kaum lelaki meh belajar sesame..

Isteri kita HEBAT..boleh jadi macam2, bermula dengan…

1- Jadi jam loceng utk kejut suami kerja
2- Jadi dobi siapkan baju
3-Jadi kantin buatkan sarapan
4-Jadi joki tgu depan pintu nak salam

*Pastu korang ingat dia rilek? Dia kena ulang balik dari Para 1 sampai 4 tu…Cuma untuk Anak pulak..Sambil sambung dengan no berikutnya…👇

5- Jadi makcik Van hantar anak sekolah
6- Dia pulak teruskan kerja dekat pejabat..
7-Balik kerja jadi bibik ngemas rumah.
8- Jadi Chef pulak masak makan malam
9-Lepas siap dia lari belakang rumah pulak basuh baju.
10- Anak dah balik sekolah Yes nasi dah masak☺️Eh nak minta suap pulak😏
11-Lepas maghrib jadi cikgu tuisyen
12- Tiba masa nak tdo jadi housekeeping plak tukor cador..
13- Anak dah tdo barulah dia dapat baring dan akhirnya melepaskan lelah seharian👏👏👏

Hebat X Isteri?🤩 Korang ingat dah selesai? Kul 2 pagi anak bangun “Nak Cucu”.. katanya..😋 Yang lelaki automatik xdengor dan buat2 tdo😴😴😴

14- Isteri bangun buat susu pulak..

Itulah antara 14 point yg aku jumpa..Yang suami janganlah sangkal salah satu point ni..Sebab kalau korang Sangkal sekalipun,Korang x mungkin Betul😝 Tu belum lagi aku sebut pasal KITA yg jadi punca point.15..

15. Baru je Isteri nak tdo selepas buat susu anak, dgn x semena mena,ada suara garau memanggil…Ayangg..😊( So bila Isteri akan habis kerja?) Kerja xhabis dik😂

*gambar sekadar hiasan😁

Sumber: Ig ajakshiro

Published by
NuFa