Orang perempuan memang tak dapat elak daripada berleter atau membebel. Namun bagi lelaki mereka lebih suka mengambil pendirian berdiam diri jika nak marah atau ada tak puas hati.
Begitu juga dalam sebuah rumah tangga, suara isteri ibarat suara keramat kerana jika sehari tak berbunyi tak sah. Suami kena ingat, isteri membebel tandanya dia sayang. Bukan saja-saja nak cakap.
Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan, isteri kuat bebel itu tanda dia sihat. Kalau isteri kuat termenung itu petanda yang kurang baik. Suami kena jaga-jaga ya!
Orang perempuan memang dijadikan oleh Allah sangat istimewa. Kekuatan mereka ialah pada percakapan, tidak seperti lelaki, itulah pula kelemahannya.
Cuba baca wasap ayah-ayah kita, atau wasap suami kita, bila kita wasap dia panjang-panjang, ayah atau suami akan reply “k”, “ok”, “ya”, “belum”, “👍🏻”. Yang bestnya, kadang-kadang tak reply langsung. Inilah antara pattern reply orang lelaki kebanyakannya.
Wahai wanita, bukan kerana orang lelaki tu sombong, tapi sebenarnya mereka tak tahu nak reply apa, dan tak tahu nak panjangkan kata-kata sebab kuota bercakap dia barangkali dah habis.
– Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
– Wanita pula boleh mengeluarkan 100 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
– Kuota untuk bercakap bagi seorang lelaki ialah sebanyak 7,000 patah perkataan sehari.
– Kuota bercakap bagi seorang wanita untuk sehari pula ialah 20,000-25,000 patah perkataan!
Jadi, jika suami tengok isteri diam tak seperti kebiasaannya, sila ambil cakna dan fikirkan sesuatu.
Kalau dibiarkan lama-lama dikhuatiri keadaan akan lebih mudarat. Boleh jadi isteri sedang mengalami depression. Depression sangat merbahaya bagi isteri. Cepat-cepat bawa jumpa doktor pakar ya!
Sumber: Hassan Adli
https://www.youtube.com/watch?v=nw3YIBv0qgk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Suri Rumah Tetap Tinggi Darjatnya. Walaupun Tak Bekerja, Suami Perlu Ucap Terima Kasih!
“Hari ni buat apa? Ke tidur je?”… “Anak dah tidur tu, pergi la buat apa yang patut. Kemas dapur ke, sapu rumah ke”.
Ini antara dialog yang biasa tapi jika selalu sangat keluar dari mulut pasangan, kadang terguris juga hati.
Menjadi suri rumah sepenuh masa ini adalah keputusan dari persetujuan suami dan isteri. Apabila seorang suami sudah membenarkan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa yang sebelum itu mempunyai kerjaya, si suami perlu redha dengan kelebihan serta kekurangan yang terhasil dari keputusan itu.
Ramai yang tidak faham apa yang dilalui oleh seorang suri rumah. Dari permulaan menjadi suri rumah dengan kehilangan punca pendapatan sendiri, sehinggalah waktu mempunyai anak yang ramai. Suri rumah ini tidak sama dengan orang bekerja. Kita bekerja dengan gaji beribu, mereka bekerja tanpa gaji sebanyak itu.
Jangan kira penat anda seorang sahaja. Celik sahaja mata isteri tu, dia sudah mula bekerja. Malah, tengah tidur pun anak masih ganggu nak menyusu bagai. Isteri suri rumah ni menyediakan semua benda yang anda terlepas pandang.
Bilik tidur siap teratur, cadar bantal semua. Baju kerja siap bergosok. Seluar dalam siap bersih. Kasut siap tersusun. Rumah siap kemas. Lauk siap masak. Dapur siap bersih. Anak siap bersih mandi dan pakai baju, yang pergi sekolah dah ke sekolah, yang di rumah sudah siap berpakaian. Semuanya siap makan dan tidak kelaparan. Baju kotor siap berbasuh dan tandas siap bercuci bersih.
Yang kita nampak itu hanya yang “siap”. Kita buta akan prosesnya. Itu sebab ramai yang masih tak berpuas hati dengan isteri suri rumah. Masih ada yang rasa tidak adil. Kerana kita tak buka mata. Semua yang dah siap itu ada orang siapkan, iaitu isteri kita. Ada beberapa kerja yang perlu dilakukan sebelum siapnya semua benda itu.
Anak yang siap makan prosesnya bermula dari menyediakan bahan mentah untuk masak lagi. Kemudian baru proses masak tu, menghidang, memberi makan, mengemas dan membasuh. Itu baru satu benda pun dah banyak prosesnya. Kalau dicampur dengan benda lain, memang tersangat sibuk. Siapa yang buat semua tu? Isteri la.
Jadi, tolong buang segala tanggapan negatif mengenai isteri sendiri. Jangan ada perasaan tidak puas hati apabila anda perlu bangun pagi dan isteri masih lagi tidur. Kerana apabila anda tidur tadi, dia berjaga menguruskan anak tanpa anda sedar. Dan apabila anda ke tempat kerja, dia juga bekerja di rumah, bukan hanya tidur sahaja seharian.
Tanggapan yang tidak baik ini bukan hanya hadir dari suami sendiri, tetapi mentua juga. Ada juga mentua yang merasakan menantunya pemalas hanya kerana melihat menantunya tidur tengahari atau pada petang hari. Sedangkan mentua juga sepatutnya tahu yang sebelum dia tidur, banyak urusan telah dia selesaikan dahulu.
Akhir sekali, bayangkan anda berada di satu tempat dan sibuk buat kerja dan terperap sahaja di rumah. Boleh jadi gila tahu tak? Hati isteri itu akan mati dengan kepenatan, kebosanan dan rutin harian. Itu sebabnya penting untuk suami menjaga emosi isteri dan membawa isteri keluar dari rumah untuk menyegarkan semula fizikal dan mental mereka.
Mula ubah mentaliti kita, mula cakna akan keperluan serta kesihatan emosi isteri. Tanya bagaimana keadaannya, tanya apa yang diperlukannya dan bukannya mempertikaikan apa yang dibuatnya di rumah. Kenapa? Kerana orang di hadapan kita itu ialah isteri kita dan bukannya orang suruhan atau orang gaji.
Kepada para isteri yang dilayan sebegini, anda perlu cakap dengan suami apa yang anda rasa. Suami perlu tahu. Kadang kala, mereka bukan semuanya kejam, ada yang terlepas pandang walaupun bertahun-tahun lamanya terlepas itu. Jangan berdiam diri. Anda bukan orang gaji, anda adalah isteri.
Sumber: Akhtar Syamir
Kredit Gambar Hiasan (Top Image) : Islam Itu Indah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Selalu Kena Demam Selesema, Jangan Biarkan Saja, Ayuh Mama Buat 5 Cara Ni!
Baru saja bulan lepas anak demam dan selesema, bulan ni si kecil demam lagi. Kali ini lebih teruk lagi bila hingus mula bertukar warna kehijauan ditambah dengan batuk berkahak. Orang kata anak demam bila beralih bulan, tapi kalau setiap bulan anak demam dan selsema berpanjangan, macam mana pula? Rungsing dibuatnya.
Inilah sebahagian rungutan mama bila berhadapan dengan masalah anak demam. Ada mama yang merungut tetapi tak pula berusaha untuk memastikan anak sihat dan menjarakkan diri dengan masalah demam yang kerap. Demam sebenarnya boleh dielakkan kerap berlaku dengan beberapa cara. Ini mama kena tahu.
Makanan Imun Badan
Perkara paling mudah adalah dengan membekalkan anak dengan makanan sihat. Selitkan makanan yang membina daya imun badan untuk anak-anak setiap hari. Berikan makanan dengan kandungan protein seperti ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi untuk anak-anak.
* Salmon, tuna atau salmon antara ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi serta membantu kekebalan tubuh.
* Ambil sayur-sayuran dalam jumlah yang banyak setiap hari. Ubi merah, labu, tomato, lobak merah serta terung dan bawang antara sayur dengan sebatian kimia yang baik untuk tubuh.
* Begitu juga dengan rangkaian buah-buah beri seperti strawberi, bluberi serta elderberi yang mempunyai antioksidan yang tinggi serta mampu mengawal keradangan seperti demam, selsema dan sebagainya.
*Cendawan butang juga dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko selsema menjadi lebih teruk dan berpanjangan.
* Jangan lupa selitkan badam dalam minuman atau snek sihat anak kerana badam mengandungi vitamin E yang membantu meningkatkan sistem imun badan.
* Selain susu yang tinggi protein, kerap berikan anak yogurt rendah lemak kerana satu cawan setiap hari boleh mengurangkan risiko dijangkiti demam malah kandungan vitamin D yang tinggi juga mampu mengurangkan risiko demam selsema. Hebat!
* Jangan lupakan jumlah air kosong yang banyak buat anak kecil kita.
Sediakan anak makanan yang segar
Pastikan mama sediakan makanan yang segar buat anak kerana makanan segar masih mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi. Elakkan memasak sayur terlalu lama hingga hilang nutrisinya. Begitu juga dengan buah-buahan yang segar dan berkhasiat. Makanan segar mengandungi enzim dan nutrisi semulajadi yang membantu fungsi badan dan kesihatan secara keseluruhan. Penting ni!
Jaga kebersihan dengan cuci tangan selalu
Tangan adalah kunci kepada semua jenis penyakit kerana melalui tanganlah pelbagai bakteria dan virus dijangkiti dengan mudah. Jika anak kecil anda suka menghisap jari pastikan tangannya sentiasa dibasuh dengan kerap bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Bukan sahaja anak tetapi mama papa juga harus biasaya mencuci tangan selalu sebelum mendekati anak.
Ambil suplemen Sambucol
Salah satu cara untuk mengelakkan anak daripada diserang demam selalu adalah dengan membekalkan mereka dengan suplemen bersesuaian dan terpilih. Produk Sambucol adalah produk yang disyorkan untuk diamalkan oleh ibu bapa. Kandungan elderberinya yang tinggi membantu meningkatkan kekebalan tubuh malah melegakan masalah selsema.
Mama boleh dapatkan produk ini lazada.com.my. Untuk keterangan lanjut boleh layari Facebook Sambucol.
Pantau aktiviti anak
Selain makanan, suplemen dan pilih makanan yang berkualiti serta segar, mama kenalah sentiasa pantau pergerakan anak. Pastikan anak menjaga kebersihan diri baik di rumah atau juga di sekolah. Latih anak supaya sentiasa cuci tangan atau menutup mulut jika batuk dan bersin. Begitu juga ketika mereka berada di khalayak ramai, ajar anak peka dengan persekitaran sekeliling supaya tidak mudah dijangkiti virus.
Kita sama-sama amalkan cara hidup sihat dengan suami dan anak-anak, kita pun senang hati bila anak jarang demam!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Jarak Anak 2 Atau 3 Tahun Terpulang. Cumanya Ikut Pakar, Usia Ni Paling Sesuai
Persoalan bila hendak hamil lagi ialah pilihan peribadi, dan kadang-kadang ini bukanlah di bawah kawalan kita! Wanita yang mendirikan rumah tangga ketika dalam umur 30-an mungkin tidak mempunyai peluang untuk memilih jarak yang panjang di antara dua orang anak kerana faktor kesuburan.
Memang betul tapi bila memikirkan cabaran menguruskan anak, kewangan dan macam-macam lagi, beberapa faktor ini perlu diambil kira.
Berikut perkongsian dari Pakar Keibubapaan dan Kasih Sayang, Ibu Rose.
Kali ini Ibu nak ajak sayang semua berfikir sejenak mengenai jarak umur anak sedia ada dengan yang baru. Sesuatu yang agak jarang Ibu ketengahkan. Namun, ia tak kurang pentingnya dalam memastikan kestabilan keluarga yang kita bina.
Banyak juga masalah keibubapaan yang berlaku akibat dari ketidaksediaan ibu bapa sendiri menerima anak yang seterusnya. Kepenatan, kesukaran mengurus, menangani sikap-sikap mencabar anak di fasa individuating belum pun selesai, tup tup terpregnant?.
Oh…salah siapa? Salah sayang yang mengandung atau suami yang mengandungkan?
SubhanaAllah. Buat yang merasakan diri dikategori terrrrmengandung..Istighfarlah..kembalikan semuanya pada Yang Maha Esa yang mengizinkan ini berlaku. Tarik nafas dan tenang.
SUSU IBU EKSKLUSIF 6 BULAN
Dari Al-Quran, kita boleh dapati anak-anak digalakkan disusu badankan hingga 2 tahun penuh. Penyusuan badan adalah salah satu cara birth control yang semula jadi.
Oleh itu jika kita ambil dari situ; setelah usia anak itu 2 tahun, maka bolehlah untuk merancang anak seorang lagi. Pada ketika ini, kesihatan ibu pun sudah lebih baik. Seorang ibu itu sudah boleh tidur malam yang tidak begitu ternganggu.
HAMPIR 3 TAHUN PANDAI IKUT ARAHAN
Ini bermakna, jika bermula dari usia anak itu 2 tahun, anak itu akan mendapat adik usia dia sudah hampir 3 tahun. Pada usia ini, anak itu sudah boleh lebih memahami perasaan dan arahan. Dia juga boleh mengawal gerakan tangan dan kakinya dengan lebih baik.
Oleh itu, tidaklah terjadi kes seperti dia berniat untuk membelai adik, terkasar jadi macam nak pukul adik.
3 TAHUN – 3 BAHAGIAN OTAK MULA DAH BERKEMBANG
Dari segi perkembangan otak, bahagian tengah dari 3 bahagian otaknya sudah berkembang. Ini adalah bahagian otak emosinya. Dan bahagian otak tertingginya iaitu otak berfikir sudah mula berkembang. Ini bermaksud, keupayaan berfikir sudah mula terbina.
Ini bermakna, anda lebih senang memberi dia faham apa yang dia boleh lakukan kepada adiknya dan apa yang tidak.
SEDIAKAN DIRI ANAK TANGANI ATASI RASA CEMBURU PADA ADIK BARU
Dalam masa yang sama kebijaksanaan ibu bapa dan orang di sekelilingnya menyediakan dirinya untuk menerima adiknya adalah juga penting. Sebenarnya, memang ada naluri untuk anak itu cemburu. Perasaan itu datangnya dari ‘keinginan untuk survive’ yang memang wujud dalam diri setiap kita manusia ini.
Ibu bapa yang bijak akan menangani perasaan ini dengan keupayaan mengawal diri – ‘self-control’ pada anak-anak sekecil 3 tahun, dengan limpahan kasih sayang dan penerangan penuh kasih sayang kepada si abang atau si kakak.
Ada anak yangtidak cemburu, malah akan membantu ibu bapa menjaga adiknya. Tentu ramai di antara anda yang melalui pengalaman indah ini.
Tambahan:-
Supaya apa yang Ibu katakan di atas ini tidak disalah fahamkan, Ibu nyatakan di sini, bahawa penyusuan badan adalah SALAH SATU cara birth control yang semula jadi. Namun ada yang mengatakan hanya efektif untuk 6 bulan pertama.
Mungkin ada yang berjaya ada yang tidak. Sama seperti memakai kondom dan ubat perancang. Ada yang efektif, ada yang tidak. Oleh itu anda boleh lakukan bersama itu, other options yang suitable.
Bagaimanapun, jika anak itu hendak lahir juga, dia akan terjadi juga. Kerana kita hanya mampu merancang namun Allahlah Maha Berkuasa. Jika ia berlaku, maka terimalah dengan hati terbuka anugerah itu.
Namun, perbincangan kita bukan mengenai cara untuk birth control. Perbincangan kita mengenai jarak anak yang sesuai untuk better handling anak dan kesihatan badan ibu.
Ilmu keibubapaan ini perlu sentiasa ditambah dan dipertingkatkan. Terlebih lagi buat ibubapa yang punya ramai anak atau anak yang rapat seperti Ibu. Ibu telah sediakan untuk anda buku untuk dapat membimbing anda agar jangan keliru mendidik anak-anak.
Sumber: Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI