Kebanyakan wanita apabila bergelar isteri dan selepas itu bertukar status seorang ibu, kehidupannya akan berubah. Dulu mungkin boleh keluar untuk rehatkan minda dengan kawan-kawan tetapi bila ada anak dan isteri, perkara itu diletakkan nombor dua.
Persoalan yang selalu bermain difikiran seorang isteri adalah suami dan anak. Betul tak? Tapi perasan tak keadaan ini juga akan membuatkan isteri rasa sedikit stres. Mungkin masa anak-anak buat bising dan sepah rumah, ibu dah stres. Bila anak tidur, adalah sikit me time tapi fikiran ibu pula macam rasa anak terbangun atau menangis pula.
Kenapa keadaan ini boleh berlaku pada isteri dan macam mana nak buat diri kita sentiasa gembira dengan insan tersayang. Perkongsian dari penulis Keibubapaan dan Kekeluargaan, Mohd Fhais ini cukup memberi input positif buat anda sebagai isteri.
Masa jaga stres, masa tidur pun stres
Mulanya tak faham tengok isteri stres masa anak dah tidur. Ingatkan bila anak dah tidur dia lega dan happy, rupanya tidak.
Masuk bilik buka pintu biasa la ada bunyi sikit. Tak semena-mena kena sound, “buka pintu tu slow sikit nanti anak bangun”.
Masa tengah teman dia lipat baju tiba-tiba dia suruh, “abg g tengok anak kejap, macam bunyi suara aisy”. Padahal kita tak dengar pape pun.
Ads
Selagi mata tak lelap selagi tu duk stress je mak-mak ni ye.
Lama juga saya perhati, sekarang baru faham kenapa boleh jadi stres.
Rupanya isteri saya ni kurang Self Love. Dia tak buat aktiviti yang dia suka, dia kurang masa Me-Time dan kurang buat Self Care. Patut la!
Bila setiap hari dengan rutin yang sama, pergi kerja balik rumah jaga anak tidur, pergi kerja balik rumah jaga anak tidur.
Selama bertahun-tahun buat benda yang sama, sampai satu saat dia lupa terus tentang diri sendiri, yang duk dalam kepala hanya anak kerja, anak kerja.
Setiap hari buat benda yang sama, otak pun boleh jadi sempit tau!
Ads
Itu yang sampai boleh terbayang bayang dalam minda anak menangis padahal anak tengah lena di buai mimpi sampai meleleh air liur.
Alhamdulillah, sekarang dah tak stress nampaknya..
Semenjak saya bagi isteri saya ikut Girl Fitness Club, hari demi hari saya nampak perubahan. Semakin hari semakin kurang stress, kalau setakat anak menangis ni dia boleh senyum lagi la.
Sehari sejam, seminggu 1-2 kali. Tak lama pun, dia pergi buat apa yang dia suka, saya buat apa yang dia perlukan. Saya jaga anak kat rumah.
Ads
Dah tak ada lagi dia cakap abg jangan bising, abg tengok anak, abg buat itu ini. Sekarang semua dia buat sendiri. Anak terjaga tengah tengah malam pun dia boleh cool lagi. Hebat sungguh Self Love ni ye.
Betullah apa orang kata, “we get what we deserve”
Kita layak di sayangi dan di hargai hanya apabila kita sendiri boleh memberi orang sekeliling rasa di sayangi dan rasa di hargai.
Self Love setiap orang berbeza. Ada yang suka shopping, ada yang suka tengok drama, ada juga yang suka tidur. Bagi peluang kat isteri cari kegembiraan dia, percayalah bila dia dah jumpa kalian akan jadi orang yang paling gembira dan bersyukur.
Sumber: Mohd Fhais
Isteri happy, anak happy, suami pun turut happy.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi impian setiap ibu bapa untuk mendapatkan anak kembar sebagai zuriat mereka. Telatah anak kembar pastinya akan mencuit hati dengan rupa mereka yang sama, kadangkala boleh mengelirukan siapa yang melihatnya.
Cubit peha kiri, peha kanan akan terasa. Anak kembar berkongsi rasa, boleh dikatakan seperti kawan baik sejak dari perut ibu mereka. Itulah yang dikongsikan oleh Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Mesti umum pernah melihat telatah kembar Noah dan Adam, anak kepada Dr Sheikh Muszaphar kan? Dr sheikh telah berkongsi di laman instagram miliknya tentang kembar comelnya itu berinteraksi satu sama lain ibarat kawan baik.
Pada pandangan beliau, anak kembarnya mampu menjadi kawan baik bila mereka meningkat dewasa. Gelagat yang mereka pamerkan juga jelas menunjukkan saat ini, mereka seakan kawan baik yang membuat semua benda bersama dan tidak memerlukan orang lain kerana mereka sudah saling melengkapi.
Bila adam tidur, Noah akan duduk di sebelahnya sehingga bangun. Mereka akan buat semua benda bersama, dari ke sekolah, makan, bermain, mandi dan tidur.
Tetapi lumrah manusia, bagaimana anda kini, kadangkala tidak begitu mencerminkan anda pada masa akan datang. Sama seperti yang dirasai oleh Dr Sheikh, beliau yakin kehidupan mereka akan berubah mengikut bila mereka besar nanti. Tidak kira dalam kehidupan, pekerjaan, pasangan dan sebagainya, dan waktu itu sebagai ayah hanya mampu melihat dari jauh saja.
Best of friends It’s wonderful to see how the twins interact with each other . As they get older they have become the best of friends . When Adam is sleeping , Noah would just stay by his side waiting for him to wake up . They do everything together … from School , meals , play , shower and even sleep . I guess you don’t need anyone else when you are a twin . I’m sure life would be different as they grow up … with their own lives , work , spouses , etc – and Daddy will just watch from afar . Salam Everyone . Love As Always . PS – Noah’s favourite word is Daddy …
Bukan mudah untuk menjaga dua bayi dalam satu sama. Ibu yang mempunyai anak kembar boleh amalkan tip ini, supaya anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik sebelum dan selepas bersalin.
#1: PERSEDIAAN AWAL
Kebanyakan bayi kembar lahir awal dan ibu yang hamil kembar disarankan untuk rehat (bed rest). Lebih baik beli barangan anak-anak lebih awal terutamanya secara atas talian.
#2: SUSUN KELENGKAPAN SECARA TERATUR DALAM BEG BERZIP
Susun setiap set pakaian pakaian bayi (baju, seluar, sarung tangan, topi & stoking) dalam keadaan teratur dan tersusun supaya mudah digunakan. Ibu ini mencadangkan untuk meletakkan di dalam beg plastik berzip dan sediakan pek tambahan di dalam beg berlainan.
#3: BUAT CATATAN
Mesti buat catatan penting hampir semua perkara. Pengurusan ini sangat mustahak seperti bayi yang sudah menyusu dan siap yang telah ditukar lampin. Buat senarai dan wujudkan kalendar serta reminder di telefon.
#4: DAPATKAN BANTUAN AHLI KELUARGA
Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga. Gunakan botol susu supaya ahli keluarga boleh membantu dalam. Biasanya apabila bayi kedua dan ketiga kenyang dan disendawakan, bayi pertama akan mula lapar. Pusingan penyusuan akan berterusan.
#5: SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN PASANGAN
Pastikan sentiasa berkomunikasi dengan pasangan. Buat giliran untuk menjaga anak. Misalnya di waktu malam siapa tidur lebih pada malam tersebut dan bergilir. Suaminya bagaimana pun memberikan peluang untuk dia tidur 4-5 jam dan mengambil alih tugas.
Selepas mengumumkan kehamilan sulungnya pada April lalu, diam tak diam kini Elisya Sandha sedang menghitung hari untuk melahirkan bayi sulungnya.
Menerusi Instagram, bakal ibu cantik manis ini turut memuat naik kapsyen ringkas namun memberi bayangan bakal bersalin dalam masa terdekat.
“Counting days 🤍,” tulisnya ringkas.
Melalui entri yang sama, Elisya juga turut memuat naik gambar terkininya yang sudah menampakkan wajah menghampiri detik kelahiran bayinya.
Malah menerusi entri berlainan yang dimuat naik olehnya dua minggu lalu, Elisya juga seakan tidak sabar untuk menantikan kelahiran anak sulungnya dan kini sudah pun membuat persiapan akhir untuk menyambut kelahiran yang dinantikan itu.
“Mother can’t wait to see you.
“Hari ni nak cari barang baby! Where should i go first?,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, pengikut selebriti cantik manis ini turut mendoakan agar kelahirannya dipermudahkan malah turut mendoakan yang terbaik buat Elisya.
Terdahulu pada April lalu, Elisya dan suami akhirnya mengumumkan kehamilan bayi sulung mereka kepada umum. Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy yang juga anak sulung kepada Sheila Rusli mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 lalu.
Pasti ramai ibu bapa mengalami keadaan di mana anak kecil menangis apabila ditinggalkan sekejap. Tapi terus terdiam apabila ibu ayah muncul di depan mereka. Magis kan? Sebenarnya situasi ini ada kaitan dengan ‘Separation Anxiety’.
Doktor Pediatrik, Dr. Redzal Zainol berkongsi tentang fasa ‘Separation Anxiety’ di mana akan berlaku pada anak yang berusia 6 bulan sehingga 2 tahun lebih. Fasa ini adalah fasa normal.
Bila mak tinggalkan anak sekejap, terus berlaku 3C ini:
Tapi bila mak muncul balik, terus senyap budak tu. Siap tersengih-sengih lagi.
Ini disebut sebagai fasa ‘Separation Anxiety’.
Dan sebenarnya fasa ini dikira normal antara usia 6 bulan hingga 2 tahun setengah.
Tambah Dr.Redzal lagi, fasa ini boleh dicegah dengan melakukan beberapa perkara antaranya bermain nyorok-nyorok bersama anak supaya anak faham tentang konsep ‘Object Permanence’.
Tips, kita ajak anak kita tu main nyorok-nyorok. Jadi mak ayah boleh menyorok di belakang pintu ataupun belakang sofa.
Kemudian biarkan anak kita tu sama ada merangkak atau berjalan ke arah kita. Di sini anak akan belajar satu konsep yang dinamakan sebagai ‘Object Permanence’.
Maksudnya walaupun dia tak nampak mak ayah dia di mana, tapi dia faham dan tahu mak dia wujud, sebenarnya ada.
Jadi taklah dia asyik menangis je bila tak nampak mak dia.
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...