Seorang suami memenuhi hasrat isterinya yang ‘mengidam’ untuk menaiki kereta bomba. Siapa sangka hasrat itu permintaan itu telah berjaya direalisasikan oleh Syed Amirul Rosyid Syed Mohd Syukri menerusi pertolongan kawannya.
Menerusi perkongsian panggilan telefon di Hot FM pagi tadi (9/10), Syed Amirul Rosyid awalnya menganggap permintaannya isterinya hanya gurauan namun melihat kesedihan dan kesungguhan isterinya membuatkan dia berubah fikiran.
Dia menelefon kawan memberi tahu hasrat isteri. Kebetulan kawannya mempunyai kenalan di Balai Bolis dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Pahang.
“Saya sedih sampai ulu hati untuk menaiki kereta bomba…”
“Saya sedih sampai ulu hati untuk menaiki kereta bomba…” Luah Sharifah Nor Najwa Syed Othman menerusi perbualan sebentar tadi di Hot FM.
Dia juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada suami yang memenuhi permintaanya itu untuk kehamilan anak pertama mereka.
Ads
Agaknya begini kereta bomba yang dinaiki puan Sharifah Nor
Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Syed Amirul membawa Sharifah Nor Najwa, 25, ke Balai Bolis daa Penyelamat (BBP) Taman Tas dengan alasan mahu menghadiri mesyuarat.
Selepas mengetahui kejutan itu, Sharifah nyata terharu hingga menitiskan air mata gembira kerana tidak menyangka impiannya jadi kenyataan.
Seorang suami, Syed Amirul Rosyid Syed Mohd Syukri membuat kejutan kepada isterinya yang sarat hamil dengan menunaikan impian menaiki kereta bomba, Jumaat lalu.
Ads
Sharifah Nor Najwa Syed Othman berkata, impian menaiki kereta bomba muncul ketika menyaksikan deretan kenderaan tersebut pada Hari Kebangsaan, baru-baru ini
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2 (KUP), Mohd Khairul Izhan Mohamed berkata, bomba sentiasa memberi peluang memenuhi semua impian, termasuk ibu hamil yang mengidam hendal menaiki kereta bomba walaupun situasi itu sangat jarang berlaku.
Ads
“Permintaan seperti ini yang pertama direalisasikan di Pahang. Kami di Jabatan Bomba sentiasa bersedia membantu dan setiap permintaan akan dilaksanakan dengan cara terbaik.”
Sumber: FB Balai Bomba Taman Tas, Hot FM & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecomelan Bunga Al Haq yang merupakan cucu pertama kepada pasangan Sheila Rusly dan Jinggo ini sering mendapat perhatian warganet. Bunga juga merupakan bayi yang cerdik dan telatahnya selalu dipuji. Dia juga nampak seperti bayi yang mudah dijaga dan easy going.
Bukan itu saja, Sheila sering membawa Bunga bersama-sama sekiranya dia keluar untuk beriadah. Tidak meragam bahkan sangat seronok dapat menemani Nana bersenam atau berjoging, memang baguslah Bunga ni!
Tidak hanya ketika bersenam, tetapi sekiranya Sheila ‘mengambil’ angin luar di halaman rumah juga pasti dibawanya bersama Bunga.
Terbaharu, Sheila ada berkongsi sebuah video yang menunjukkan dia dan suami bersenam. Bunga tetap dibawa bersama-sama. Pasangan ini melakukan senaman di gimnasium sambil ditemani cucu mereka.
Macam-macam jenis senaman dibuat termasuklah angkat berat dan banyak lagi. Melihat saja Sheila dan Jinggo bersenam, memang dah boleh agak tahap letih tu macam mana.
Namun yang mencuri perhatian warganet adalah ketika melihat Bunga yang nyenyak tidur di hujung video. Memang lena sungguh sampai terbuka mulut tu. Letih sangat agaknya, gaya tu macam dia yang bersenam.
Bunga El Haq dilahirkan melalui pembedahan pada bulan Jun 2022 di sebuah pusat perubatan swasta, Kuala Lumpur. Berat Bunga ketika dilahirkan adalah 3.25kg.
Sumber foto: Instagram Elisya Sandha
Sekadar recap, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy telah bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dalam majlis serba ringkas kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada bulan Ogos 2021.
Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu “pneumonia tidak dikenali” yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID-19.
Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sejak Jun lepas, lapor SCMP.
“Angka kematian virus ini jauh lebih tinggi daripada koronavirus baharu.
“Jabatan kesihatan negara sedang melakukan kajian perbandingan mengenai virus pneumonia itu, namun masih belum dapat mengenal pasti virus tersebut,” kata kedutaan dalam peringatan kepada rakyatnya di negara itu.
Laman web kedutaan yang memetik laporan media tempatan menyebut wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent merekodkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.
Difahamkan, terdapat hampir 500 kes radang paru-paru di tiga lokasi tersebut dengan lebih 30 pesakit berada dalam keadaan kritikal.
Kazakhstan menyaksikan 1,772 kematian akibat radang paru-paru pada pertengahan pertama tahun ini di mana 628 kes berlaku pada bulan Jun, yang turut melibatkan beberapa warga China, kata kedutaan itu.
“Kedutaan besar China di Kazakhstan mengingatkan warga China di sini agar peka dengan situasi dan meningkatkan pencegahan untuk menurunkan risiko jangkitan,” tambah kedutaan itu lagi.
Berdasarkan laporan daripada agensi berita Kazinform, seramai 300 orang yang disahkan menghidap pneumonia dimasukkan ke hospital saban hari.
Menurut agensi itu lagi, sebanyak 1,700 kes pneumonia dikesan di seluruh negara pada Jun, peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kazakhstan melaksanakan perintah darurat pada 16 Mac lepas untuk membendung penularan COVID-19 tetapi ditarik balik pada 11 Mei.
Begitupun, sekatan dan langkah kuarantin tetap dikenakan di beberapa kawasan susulan peningkatan kes pneumonia di negara itu.
Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev sebelum ini mengatakan keadaan kekal serius dan masih terlalu awal untuk melonggarkan sekatan sepenuhnya.
Tambahnya, negara itu “sebenarnya menghadapi gelombang koronavirus kedua ditambah dengan peningkatan besar dalam kes pneumonia,” menurut agensi berita Rusia Tass.
Sebelum hantar masuk asrama, ambil kira perasaan anak. Menghantar anak ke asrama adalah satu keputusan besar yang memberi kesan mendalam kepada kehidupan anak dan ibu bapa.
Sebelum Hantar Masuk Asrama, Ambil Kira Perasaan Anak
Walaupun asrama sering dikaitkan dengan peluang pendidikan yang lebih baik serta membentuk kemahiran berdikari, keputusan ini perlu dibuat dengan berhati-hati. Satu aspek yang sering terlepas pandang ialah perasaan anak terhadap perubahan ini. Sebagai ibu bapa, kita perlu ambil kira emosi dan kesiapsiagaan anak sebelum membuat keputusan yang besar ini.
Mengapa Perlu Ambil Kira Perasaan Anak?
Perkembangan Emosi yang Stabil
Anak-anak yang dihantar ke asrama berdepan dengan perubahan besar dari segi persekitaran, rutin, dan orang sekeliling. Jika mereka tidak bersedia, ini boleh mengganggu kestabilan emosi mereka. Kanak-kanak yang terlalu muda atau belum cukup matang mungkin berasa sunyi, takut, atau terasing. Kestabilan emosi penting dalam membentuk keyakinan diri, keupayaan untuk menghadapi cabaran, serta ketahanan mental dalam situasi yang berbeza.
Membentuk Rasa Percaya dan Sokongan
Perbincangan bersama anak tentang keputusan untuk ke asrama boleh mengeratkan hubungan ibu bapa-anak. Dengan melibatkan mereka dalam perbincangan, mereka akan rasa lebih dihargai dan dipercayai. Ini juga menunjukkan bahawa ibu bapa menghormati pendapat dan perasaan mereka. Rasa percaya dan sokongan ini akan memudahkan anak untuk menghadapi cabaran hidup di asrama dengan tenang.
Menggalakkan Kematangan dan Persediaan Mental
Anak yang diberikan ruang untuk menyuarakan pendapat mereka lebih bersedia dari segi mental. Mereka akan tahu apa yang diharapkan dan lebih bersedia menghadapi perubahan ini. Proses perbincangan ini memberi mereka peluang untuk memahami cabaran dan manfaat hidup di asrama, sekaligus menggalakkan mereka untuk melihat dari perspektif yang lebih matang.
Langkah-Langkah untuk Mendekati Anak Sebelum Keputusan Dibuat
Berbincang Secara Terbuka
Mulakan perbincangan dengan anak secara terbuka dan tanya perasaan mereka tentang kemungkinan tinggal di asrama. Elakkan nada memaksa dan beri peluang untuk mereka meluahkan pandangan serta kerisauan mereka. Jika mereka menolak, ambil masa untuk memahami sebab di sebalik penolakan tersebut.
Terangkan Kebaikan Dan Cabaran Asrama
Jelaskan kepada anak mengenai kebaikan asrama, seperti peluang belajar yang lebih baik, membina persahabatan baru, dan kemahiran hidup berdikari. Namun, jangan abaikan cabaran yang mungkin mereka hadapi. Dengan memberikan gambaran yang realistik, anak dapat membentuk harapan yang tepat dan bersedia secara mental untuk menghadapi perubahan tersebut.
Luangkan Masa Untuk Lawatan Asrama
Bawa anak untuk melawat asrama terlebih dahulu jika itu adalah pilihan yang boleh dibuat. Lawatan ini akan membantu mereka membayangkan kehidupan di sana dan mengurangkan rasa kekok atau takut. Melalui lawatan, mereka boleh melihat keadaan bilik, kelas, kantin, dan persekitaran asrama. Ini boleh menjadi satu pengalaman yang dapat membantu mereka membuat keputusan dengan lebih yakin.
Berikan Sokongan Emosi Berterusan
Sokongan tidak berhenti selepas anak ke asrama. Jadikan komunikasi sebagai keutamaan. Sediakan waktu tetap untuk berhubung dengan mereka melalui telefon, pesanan, atau lawatan jika dibenarkan. Tanya tentang pengalaman mereka, kawan-kawan baru, dan pembelajaran di sana. Ini akan membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih cepat dan mengurangkan kerinduan terhadap keluarga.
Beri Kebebasan untuk Menyuarakan Ketidakpuasan
Tidak semua anak akan beradaptasi dengan segera. Sesetengah mungkin berasa tidak selesa dan ingin pulang dalam masa yang singkat. Beri mereka ruang untuk menyuarakan perasaan ini tanpa rasa takut atau rasa bersalah. Jika keadaan tidak sesuai, pertimbangkan semula keputusan dengan hati terbuka. Ingat bahawa kesejahteraan emosi anak adalah lebih penting daripada keinginan ibu bapa.
Keputusan untuk menghantar anak ke asrama perlu dibuat dengan teliti dan bijak. Setiap anak adalah unik, dan tidak semua kanak-kanak bersedia untuk meninggalkan rumah dan hidup di asrama. Oleh itu, ambil kira perasaan anak serta kesiapsiagaan emosi mereka. Sebagai ibu bapa, sokongan kita adalah kunci kepada kejayaan mereka.
Tahniah diucapkan buat usahawan yang juga anak kepada Mantan Pendana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Ismail Sabri yang yang mengumumkan kini hamil anak kedua.