Ketika sedang hamil, emosi seorang isteri tidak stabil. Mudah tersentuh, hatinya juga senang terusik. Tahu-tahu menangis. Itu adalah normal, suami harus sabar menanganinya.
Menurut Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, terdapat beberapa amalan yang sangat bagus diamalkan oleh suami isteri jika sedang menjangkakan kelahiran bayi comel anda.
1. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
2. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
3. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
4. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
5. Banyakkan berzikir
6. Banyakkan membaca Al-Quran
7. Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
8. Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran
10. Tidak terlalu tertekan atau stress
11. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
12. Makan makanan yang baik. Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal
13. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
14. Rajin mengukirkan senyuman
15. Rajinkan diri menghadiri majlis-majlis ilmu
Amalan beribadah bersama pasangan juga sangat digalakkan kerana banyak manfaatnya.
Artikel Menarik: [Bergaduh Buat Suami Isteri Makin Kenal, Tapi Jangan Berpanjangan]
Kasih sayang antara suami isteri semakin kuat selepas solat bersama. Usai solat, si isteri akan bersalaman dengan suami. Ketika itu isteri akan mencium tangan suami tanda hormat. Ketika suami menerima huluran salam isteri dan kemudian mengusap lembut atas kepala isteri, mereka terdidik untuk sentiasa merasa sayang kepada isteri.
KETIKA SALING BERMAAFAN, HATI AKAN MERASA TENANG. SESEBUAH PASANGAN ITU JUGA AKAN TERHINDAR DARI SEGALA ANASIT NEGATIF!
Artikel Menarik: [Suami Atau Isteri, Dua-Dua Pun Letihnya Sama. Saling Menghargai, Pasti Bahagia]
Seandainya anda mahukan pasangan untuk sentiasa menyayangi, mengasihi serta menghormati anda, cubalah amalkan ayat Yusuf ini:-
“IDZ QOLA YUSUFU LI ABIHI YA ABATI INNI ROAITU AHADAASYARO KAUKABAW WASY SYAMSA WAL QOMARO ROAITUHUM LI SAJIDIN.”