Hamil empat bulan, isteri kepada vokalis Floor88, Ayie iaitu Tasha Awie tiba-tiba mengidam untuk menikmati kuih raya pada pukul 11 malam.
Biarpun sukar mendapatkan kuih raya ketika bukan musim perayaan, Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 25, berkata, dia terpaksa mengagahkan diri keluar mencari makanan itu di kedai serbaneka berhampiran.
Melalui perkongsian Ayie kepada mStar, ceritanya pukul 11 malam tiba-tiba isteri saya nak makan kuih raya. Memang masak la kena mencari..tapi demi isteri dan anak dalam kandungan, saya gagahkan juga diri mencari biskut raya.
“Saya singgah kedai serbaneka di stesen minyak, mencari-cari kalau ada yang jual kuih raya tapi tak ada. Syukur akhirnya pak cik saya bantu dapatkan kuih-kuih itu dari Kajang.
“Alhamdulillah dapat empat jenis biskut. Isteri pun senang hati dapat rasa setiap jenis tapi tak habis pun, dia makan sesuap sahaja,” katanya.
Sebelum itu menerusi instagramnya, Tasha berkongsi keinginannya yang mahu menikmati kuih raya pada waktu malam.
Meskipun ada pengikut yang membantunya mendapatkan akaun penjual, namun Tasha berkata dia tetap mahukan kuih dan biskut raya itu dengan segera.
“Sesiapa yang ada jual kuih raya, mesej saya sekarang, saya teringin kuih raya pula. Kebanyakan penjual tak dapat hantar hari ini. Nak kuih raya sekarang! Rasa nak nangis, kalau tak laki aku jadi mangsa.
“Kasihan suami aku sampai ke stesen minyak dia cari kuih raya. Kalau tak aku menangis tak dapat kuih raya malam ni. Aduh anak kenapa la kau mengidam benda yang susah nak cari masa sekarang ni.
“Kasihan adik sampai sanggup telefon kawan-kawan dia tanya ada jual kuih raya tak? Akhirnya dapat pun kuih raya. Terima kasih Pak Cik Kiwan yang datang dari Kajang. Terima kasih juga yang mesej saya,” tulisnya di instastory.
Sebelum ini, Ayie dan Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, berkahwin pada 21 Oktober tahun lalu.
Kredit: IG Tasha Awie & mStar
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI