Bakal ibu yang hamil biasanya teringin untuk menikmati pelbagai makanan. Begitu juga dengan isteri penyanyi rap, Yonnyboii yang begitu teringin untuk menikmati kuih akok.
Menerusi satu laporan Harian Metro, Yonnyboii berkongsi isterinya, Nik Nazira yang kini hamil enam bulan mengidam makanan manis seperti kuih akok.
Malah kata Yonny lagi, bukan mudah untuk menunaikan hasrat isterinya itu kerana dia mahukan kuih akok yang dijual di Kelantan.
“Isteri mengidam makanan manis, seperti kuih akok. Tapi, ia bukanlah benda yang mudah.
“Tak mudah bila dia mengidam, sebab dia tak mahu kuih akok yang dijual di sini. Tapi, dia nak kuih akok dari Kelantan,” kongsi Yonny lagi.
Namun dia bersyukur bila mana saudaranya sudi membantu mencarikan kuih akok yang diingini isterinya.
“Mujurlah ada sepupu dan bapa saudaranya yang sanggup terbang ke Kota Bharu untuk membeli kuih itu dan kembali ke Kuala Lumpur untuknya,” katanya.
Dalam pada itu, Nazira berkata alahannya juga semakin baik berbanding di awal kehamilan. Jika dahulu dia tidak boleh makan mahupun minum kini dia bersyukur melihat perkembangan baik isterinya.
“Waktu dalam trimester pertama, memang alahan saya sangat teruk. Semua benda saya tak boleh nak makan.
“Bahkan, minum air kosong pun saya akan muntah.
“Disebabkan itu jugalah saya dehidrasi dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Sekarang, alhamdulillah semuanya semakin okay. Cuma ada ketikanya saya rasa pedih hulu hati,” katanya.
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Kredit: Harian Metro