Dapat menyusukan bayi yang dilahirkan secara eksklusif sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan adalah idaman setiap ibu. Siapa yang dapat memberikan si kecil susu ibu sehingga dua tahun itu memang satu bonus.
Perjalanan menyusukan anak adalah satu pengalaman berharga buat ibu-ibu menyusu. Kekangan waktu buat yang berkerjaya, perlu menyimpan stok yang cukup untuk keperluan anak di rumah pengasuh antara cabaran yang perlu dilalui.
Bagi suri rumah juga tidak kurang hebatnya. Anak tidak mahu berenggang juga jadi dugaan sampai tak boleh nak buat kerja lain.
Namun apa yang dikongsikan oleh Insyirah Soleha ini pasti memberikan senyuman buat ibu-ibu. Sudah pastilah tiada ganjaran pun yang diminta tapi rupanya ibu-ibu boleh meminta upah daripada suami kerana menyusukan anak. Ia merupakan self reward untuk diri sendiri.
Saya selalu cakap setiap bulan saya minta Naan Cheese, qeema dan Mango Lassi dekat suami sebagai upah menyusu anak. Kawan-kawan gelak. Saya hairan juga mula-mula apa yang kelakar sangat.
Self reward. Ada orang suka beg tangan, barang kemas, pakaian baru. Tapi saya suka makan, spesifik Naan Cheese dan Mango Lassi adalah makanan yang saya wajib minta setiap kali ke Restoran Pakistan sebagai upah menyusu.
“Suami kena beri upah menyusu kepada ibu yang menyusu.”
“Isteri boleh minta upah menyusu kepada suami selagimana menyusu anak.”
Saya juga berbincang dengan suami had maksima tempoh penyusuan anak. Adakah 2 tahun atau 2 tahun 6 bulan.
Dalam Al Quran, ayat tempoh kandungan dan menyusukan anak tu ada 2 terjemahan dari ulama’.
Imam Syafie, berpendapat tempoh penyusuan tu selama 2 tahun (24 bulan) selepas mengambil kira tempoh kehamilan minima adalah selama 6 bulan untuk seseorang bayi survive di dunia.
Ads
Bagi mazhab Hanafi, terjemahan ayatnya pula lebih kepada 30 bulan tempoh hamil dan 30 bulan tempoh menyusu. 30 bulan = 2 tahun 6 bulan.
Saya pun baru tahu pandangan mazhab Hanafi berkenaan tempoh penyusuan 2 tahun 6 bulan.
“Tapi macammana seorang ibu nak mengandung sampai 2 tahun 6 bulan?”
“Imam Syafie, ibunya mengandungkan beliau 2 tahun.”
Suami suruh sambung study lagi fasal ni.
“Bila berlaku 2 perbezaan pendapat berkenaan tempoh penyusuan akan berlaku perbezaan hukum : 1. Najis bayi lelaki
2. Umur anak susuan Mazhab Syafie, 2 tahun.
Mazhab Hanafi, 2 tahun 6 bulan.”
Jadi nak menyusu sebenarnya sampai 2 tahun atau 2 tahun 6 bulan? Saya bentangkan pada suami pula kajian sudut sains. “Bayi selepas 2 tahun dah tak perlukan susu hatta susu formula sebagai makanan tambahan. Kebiasaan mereka dah ada gigi dan fungsi gigi ni untuk hancurkan makanan. Jadi Allah dah beri gigi, kita bagi anak makan nasi lah lagi kenyang.” Jangan main-main dengan gigi anak ok!
Ads
Ramai isteri tak tahu, boleh minta upah menyusu dari suami.
Saya selalu kira-kira. Sebulan susu paling murah anggaran RM25/pek. Kalau seminggu 1 pek, sebulan RM100.
Sekeping Naan Cheese + Mango Lassi tak sampai RM20 dan boleh buat gembira, apa salahnya. Itu juga upah sewajarnya dan tidaklah membebankan suami.
Mungkin orang lain suka Nasi Lemak + Teh Tarik nak makan seminggu sekali, tafaddal masykura.
Tidaklah bermakna bila ibu minta upah menyusu tak sayang anak sendiri sampai kena minta upah, sebenarnya sayang anak lah minta upah supaya ibu gembira anak pun akan gembira sama.
Pandangan ulama’ Mazhab Syafie berkenaan penyusuan. وَالْوَالِدَاتُيُرْضِعْنَأَوْلاَدَهُنَّحَوْلَيْنِكَامِلَيْنِلِمَنْأَرَادَأَنيُتِمَّالرَّضَاعَةَ Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. (Surah al-Baqarah, ayat 233)
أَسْكِنُوهُنَّمِنْحَيْثُسَكَنتُممِّنوُجْدِكُمْوَلَاتُضَارُّوهُنَّلِتُضَيِّقُواعَلَيْهِنَّۚوَإِنكُنَّأُولَاتِحَمْلٍفَأَنفِقُواعَلَيْهِنَّحَتَّىٰيَضَعْنَحَمْلَهُنَّۚفَإِنْأَرْضَعْنَلَكُمْفَآتُوهُنَّأُجُورَهُنَّۖوَأْتَمِرُوابَيْنَكُمبِمَعْرُوفٍۖوَإِنتَعَاسَرْتُمْفَسَتُرْضِعُلَهُأُخْرَىٰ Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. (Surat At Talaq, ayat 6)
Ads
Ayat di atas merupakan dalil bahawa penyusuan anak sehingga 2 tahun genap adalah hak bagi ibu dan bukan kewajipannya. Wajib bagi si bapa untuk memberikan upah kepada isterinya, atau bekas isterinya yang melahirkan anaknya, bagi penyusuan tersebut jika dia meminta.
Namun wajib ke atas ibu untuk menyusukan anaknya dengan al-liba’, yakni susu yang turun pada awal-awal kelahiran (kolostrum). Ini kerana anak itu kebiasaannya tidak hidup tanpanya, dan bahan lain tidak mampu menggantikannya. Bahan lain juga tidak menguatkan anak dan memberikan kekuatan pada perkembangan bayi.
Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/290) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili.
Berkata Imam al-Qurtubi Rahimahullah: “Dan penambahan atas kadar dua tahun atau berkurangnya adalah dibolehkan dengan syarat tanpa kemudaratan kepada bayi danberlaku dengan keredhaan kedua ibu bapa.” Rujuk Tafsir al-Qurtubi (3/162)
Manakala menurut Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah: “Dan harus bagi ibu untuk meneruskan penyusuan selepas dua tahun sehingga separuh tahun ketiga atau lebih daripada itu.” Rujuk Tuhfah al-Maudud (hal. 235)
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili Rahimahulah menyebut dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (10/7288): “Jika berterusan penyusuan selepas dua tahun kerana lemahnya bayi maka tiada halangan untuk itu kerana keperluan. Akan tetapi tidak sabit lagi hukum mahram kerana penyusuan atau tidak boleh lagi bagi ibunya yang ditalak meminta upah.” (https://muftiwp.gov.my/…/797-al-kafi-630-hukum-penyusuan-ba…)
Ringkasnya,
Selepas 2 tahun, boleh teruskan penyusuan tapi tak boleh minta upah menyusu.
Gambar, anakanda berusia 3 bulan. Dalam pangkuan dan doa Syeikh Dr Ekrimah Saed Sabri, nama anakanda juga diambil sempena nama syeikh Khatib dan Imam Masjid Al Aqsa tersebut.
Bayi menjadi tumpuan ramai, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 15 bulan, yang sebelum ini disahkan menghidap ‘Germ Cell Tumor’ bukan sahaja semakin aktif bergerak, malah turut pandai melambai tangannya apabila disuruh serta bersosial dengan memberi senyuman.
Malah, berat badannya meningkat apabila kini mencecah 4.2 kilogram (kg) berbanding 3.7kg sebelum ini.
Menurut ayahnya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, selain aktif meneroka keadaan sekeliling anaknya itu peka dengan keadaan sekitar terutama apabila namanya dipanggil.
Katanya, apabila diajak berbual dan bergurau dia akan memberi reaksi balas dengan senyuman dan ketawa.
“Gelagat seperti menghisap ibu jari kakinya, malah ketawa dan senyum apabila kita bercakap dengannya membuat kami sekeluarga terhibur.
“Malah kini dia cuba untuk memusingkan badannya sendiri berbanding sebelum ini kita perlu menolaknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rumah Awam Ayer Molek, Melaka.
Ahmad Safiuddin berkata, dia kini sering membawa anaknya itu berjumpa dengan keluarga terdekat bagi membiasakan Ainul Mardhiah bergaul dengan orang ramai.
“Walaupun tidak lama membawanya ke rumah saudara, tetapi kami tetap biasakan dan Alhamdulillah antibodinya kini semakin kuat.
“Malah hampir setiap petang kami akan membawa keluar bersiar-siar depan rumah untuk menghirup udara luar,” katanya.
Sementara itu, ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi, 24, berkata, anaknya itu kini menjalani fisioterapi setiap minggu untuk menguatkan bahagian badannya.
“Alhamdulillah, ini minggu keempat dia menjalani fisioterapi dan perubahan positif ditunjukkan malah juru terapi mengakuinya apabila dalam masa singkat Ainul sudah mampu mengawal pergerakan badannya.
“Tiada kata yang dapat digambarkan selain syukur dan gembira dengan perubahan Ainul kini,” katanya.
Menurut Erwani, anaknya itu kini sudah pandai menonton televisyen terutama kartun kanak- kanak.
Risau sakit lama sewaktu bersalin? Memang seksa..Ia boleh jadi pengalaman paling sakit dalam hidup sesetengah wanita.
Bagi wanita yang mudah bersalin itu satu kelebihan untuknya tapi bila ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam lamanya akibat kontraksi akan jadi serik. Tapi inilah pengorbanan seorang wanita yang sukar dibandingkan.
Menurut Dr Hafiz Sulaiman, masa praktikal di labour room dulu..saya pernah jaga seorang pesakit ni..Separuh hari dia sakit contraction kuat..lebih-lebih lagi lepas dapat ubat cepatkan bersalin lah. Sampai berdiri duduk atas katil bersalin pun ada tak senang baring punya pasal . Kesian sangat.
Saya kongsi beberapa petua pemakanan untuk lancarkan proses bersalin. Ambil sewaktu sudah term dan atas nasihat doktor ya.
1) MINYAK KELAPA
– Minyak kelapa dara (VCO) kaya dengan lemak MCT dan LCT
– Lemak MCT memberi tenaga segera kerana tidak perlu diproses di hati.
– Lemak LCT pula memberi tenaga berpanjangan.
Settle..insha Allah tak perlu minum manis untuk tenaga.
2) KURMA
Di dalam Al quran mengisahkan Maryam A.S ibu kepada nabi Isa A.S ketika sakit kuat dalam peringkat akhir kandungannya diperintahkan Allah menggoncangkan pokok kurma
Kajian Al- Kuran O et al pada 2011 menunjukkan bahawa pesakit yang makan kurma 4 minggu sebelum tarikh kelahiran:
– 96% mengalami kelahiran spontan
( tanpa induce atau pembedahan)
berbanding 79% yang tak makan kurma.
– Hanya 28% memerlukan “penggalak kelahiran” (oxytocin/pitocin) berbanding 47% yang tak makan kurma.
– Purata fasa pertama kelahiran lebih singkat (510minit) berbanding mereka yang tak makan kurma (906minit).
Kajian oleh Razali N et al pada tahun 2017 di dept Obgyn Universiti Malaya juga menunjukkan kurma mengurangkan keperluan “induction of labour” menggunakan oxytocin. Tenaga pun dapat..pahala pun dapat insha Allah.
3) EVENING PRIMEROSE OIL (EPO)
– EPO tinggi omega 6 yang meningkatkan keradangan maka dikatakan boleh “melembutkan” bukaan serviks.Kajian saintifik walaubagaimanapun menunjukkan tiada kesan ketara.
Alaa..cuba je lah. Confirm tak bahaya macam trans fat sebaiknya ambil bila dah mula contraction. Saya tak galakkan amal lama-lama sebab minyak EPO ini pro-keradangan.
4) EMPULUR NANAS
Bahagian tengah nanas ini mengandungi bromelain yang dikatakan boleh juga menyebabkan cervical ripening. Namun tiada bukti saintifik yang membuktikannya.
Mungkin sebab nanas tinggi histamin juga..histamin tinggi menyebabkan pergerakan rahim juga bagi mereka yang alah.
5) PARSLEY
Daun ni tak mahal dan senang dapat. Berlebihan pengambilan mempunyai kesan uterotonik (menyebabkan pergerakan otot rahim).
Low risk pregnancy boleh lah cuba ya.
6) DAUN TEH RED RASPBERRY
Walaupun membunyai banyak bukti anekdot mengatakan , kajian saintifik menunjukkan ia tidak berkesan.
Boleh je cuba sebab kajian juga mengatakan tiada kesan sampingan pengambilannya. Kebanyakan bahan makanan di atas tidak terbukti secara saintifik berkesan mencepatkan kelahiran.
Namun tak salah mencuba atas nasihat doktor. Pilihan keluarga kami ialah kurma dan VCO..Alhamdulillah anak kedua lahir sangat mudah. Kurang sakit, tau-tau dah 8cm. Bersalin tak sampai 2 minit.. saya pun kagum ma sha Allah槄
Semoga tips di atas membantu melancarkan proses kelahiran dan memberi tenaga ketika bersalin. Jangan lupa berdoa kerana kita hanya berusaha dan makanan di atas hanya asbab mudahnya bersalin. Barakallah.
SHARE pada yang dah nak bersalin tu moga memudahkan proses bersalin mereka.
Ketika ‘melayan’ sakit kontraksi, Asyalliee masih boleh senyum & berpenampilan cantik lagi. Ramai netizen kagum & puji tenangnya ibu ini melalui proses bersalin.
Kontraksi bersalin adalah sesuatu yang digeruni. Apatah lagi apabia makin kerap & kuat. Sukar untuk duduk bertenang dan tersenyum.
Instafamous Asyalliee berkongsi video proses bersalinnya di Instagram. Asya yang melahirkan anak keduanya Siti Helena Adrianna pada 26 Mac lalu kelihatan begitu tenang melalui kontraksi.
Tapi Asya sendiri mengakui selepas bukaan serviks 8sm ke atas & pecah ketuban, dia sendiri tak keruan kerana kontraksi makin kuat, tudung pun pun ‘hilang’.
Follower turut kagum dia masih boleh tersenyum lagi semasa ‘melayan’ kontraksi bersalin. Ada juga yang memuji ibu kepada dua cahaya mata ini masih kelihatan cantik semasa proses kelahiran.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...