Isteri Menyusukan Anak Boleh Minta Upah Dari Suami. ‘Self Reward’ Untuk Diri Sendiri

Share

Dapat menyusukan bayi yang dilahirkan secara eksklusif sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan adalah idaman setiap ibu. Siapa yang dapat memberikan si kecil susu ibu sehingga dua tahun itu memang satu bonus.

Perjalanan menyusukan anak adalah satu pengalaman berharga buat ibu-ibu menyusu. Kekangan waktu buat yang berkerjaya, perlu menyimpan stok yang cukup untuk keperluan anak di rumah pengasuh antara cabaran yang perlu dilalui.

Bagi suri rumah juga tidak kurang hebatnya. Anak tidak mahu berenggang juga jadi dugaan sampai tak boleh nak buat kerja lain.

Namun apa yang dikongsikan oleh Insyirah Soleha ini pasti memberikan senyuman buat ibu-ibu. Sudah pastilah tiada ganjaran pun yang diminta tapi rupanya ibu-ibu boleh meminta upah daripada suami kerana menyusukan anak. Ia merupakan self reward untuk diri sendiri.

Saya selalu cakap setiap bulan saya minta Naan Cheese, qeema dan Mango Lassi dekat suami sebagai upah menyusu anak. Kawan-kawan gelak. Saya hairan juga mula-mula apa yang kelakar sangat.

Self reward. Ada orang suka beg tangan, barang kemas, pakaian baru. Tapi saya suka makan, spesifik Naan Cheese dan Mango Lassi adalah makanan yang saya wajib minta setiap kali ke Restoran Pakistan sebagai upah menyusu.

“Suami kena beri upah menyusu kepada ibu yang menyusu.”

“Isteri boleh minta upah menyusu kepada suami selagimana menyusu anak.”

Saya juga berbincang dengan suami had maksima tempoh penyusuan anak. Adakah 2 tahun atau 2 tahun 6 bulan.

Dalam Al Quran, ayat tempoh kandungan dan menyusukan anak tu ada 2 terjemahan dari ulama’.

Imam Syafie, berpendapat tempoh penyusuan tu selama 2 tahun (24 bulan) selepas mengambil kira tempoh kehamilan minima adalah selama 6 bulan untuk seseorang bayi survive di dunia.

Bagi mazhab Hanafi, terjemahan ayatnya pula lebih kepada 30 bulan tempoh hamil dan 30 bulan tempoh menyusu. 30 bulan = 2 tahun 6 bulan.

Saya pun baru tahu pandangan mazhab Hanafi berkenaan tempoh penyusuan 2 tahun 6 bulan.

“Tapi macammana seorang ibu nak mengandung sampai 2 tahun 6 bulan?”

“Imam Syafie, ibunya mengandungkan beliau 2 tahun.”

Suami suruh sambung study lagi fasal ni.

“Bila berlaku 2 perbezaan pendapat berkenaan tempoh penyusuan akan berlaku perbezaan hukum :
1. Najis bayi lelaki
2. Umur anak susuan

Mazhab Syafie, 2 tahun.
Mazhab Hanafi, 2 tahun 6 bulan.”

Jadi nak menyusu sebenarnya sampai 2 tahun atau 2 tahun 6 bulan?
Saya bentangkan pada suami pula kajian sudut sains.
“Bayi selepas 2 tahun dah tak perlukan susu hatta susu formula sebagai makanan tambahan. Kebiasaan mereka dah ada gigi dan fungsi gigi ni untuk hancurkan makanan. Jadi Allah dah beri gigi, kita bagi anak makan nasi lah lagi kenyang.”
Jangan main-main dengan gigi anak ok!

Ramai isteri tak tahu, boleh minta upah menyusu dari suami.

Saya selalu kira-kira. Sebulan susu paling murah anggaran RM25/pek. Kalau seminggu 1 pek, sebulan RM100.

Sekeping Naan Cheese + Mango Lassi tak sampai RM20 dan boleh buat gembira, apa salahnya. Itu juga upah sewajarnya dan tidaklah membebankan suami.

Mungkin orang lain suka Nasi Lemak + Teh Tarik nak makan seminggu sekali, tafaddal masykura.

Tidaklah bermakna bila ibu minta upah menyusu tak sayang anak sendiri sampai kena minta upah, sebenarnya sayang anak lah minta upah supaya ibu gembira anak pun akan gembira sama.

Pandangan ulama’ Mazhab Syafie berkenaan penyusuan.
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
(Surah al-Baqarah, ayat 233)

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ وَإِن كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُم بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِن تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ
Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
(Surat At Talaq, ayat 6)

Ayat di atas merupakan dalil bahawa penyusuan anak sehingga 2 tahun genap adalah hak bagi ibu dan bukan kewajipannya. Wajib bagi si bapa untuk memberikan upah kepada isterinya, atau bekas isterinya yang melahirkan anaknya, bagi penyusuan tersebut jika dia meminta.

Namun wajib ke atas ibu untuk menyusukan anaknya dengan al-liba’, yakni susu yang turun pada awal-awal kelahiran (kolostrum). Ini kerana anak itu kebiasaannya tidak hidup tanpanya, dan bahan lain tidak mampu menggantikannya. Bahan lain juga tidak menguatkan anak dan memberikan kekuatan pada perkembangan bayi.

Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/290) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili.

Berkata Imam al-Qurtubi Rahimahullah: “Dan penambahan atas kadar dua tahun atau berkurangnya adalah dibolehkan dengan syarat tanpa kemudaratan kepada bayi dan berlaku dengan keredhaan kedua ibu bapa.” Rujuk Tafsir al-Qurtubi (3/162)

Manakala menurut Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah: “Dan harus bagi ibu untuk meneruskan penyusuan selepas dua tahun sehingga separuh tahun ketiga atau lebih daripada itu.” Rujuk Tuhfah al-Maudud (hal. 235)

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili Rahimahulah menyebut dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (10/7288): “Jika berterusan penyusuan selepas dua tahun kerana lemahnya bayi maka tiada halangan untuk itu kerana keperluan. Akan tetapi tidak sabit lagi hukum mahram kerana penyusuan atau tidak boleh lagi bagi ibunya yang ditalak meminta upah.”
(https://muftiwp.gov.my/…/797-al-kafi-630-hukum-penyusuan-ba…)

Ringkasnya,

Selepas 2 tahun, boleh teruskan penyusuan tapi tak boleh minta upah menyusu.

Gambar, anakanda berusia 3 bulan. Dalam pangkuan dan doa Syeikh Dr Ekrimah Saed Sabri, nama anakanda juga diambil sempena nama syeikh Khatib dan Imam Masjid Al Aqsa tersebut.

102961190_3244057732292316_9117747163902702854_o

Ummu Amir,
Its just a journey, not destiny.

Sumber: Insyirah Soleha

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah