Isteri Merajuk, Suami Pujuk. Suami Marah, Isteri Mesti Jaga Mulut. Itu Kebahagiaan Rumah Tangga!

Share

Seorang suami dan seorang isteri akan mempunyai kesukaan yang sama. Perasaan biasa masa mula-mula kenal. Iya, itulah yang membuatkan kita dan pasangan saling jatuh hati.

Rasa punya banyak persamaan. Tapi semakin lama berumahtangga, semakin kita melihat perbezaan. Suami ke laut, isteri ke darat.

Ada sahaja yang tak kena. Ada sahaja yang dipertikai. Ada sahaja yang tak puas hati. Itu salah, ini salah. Begitulah adat bial dah berumah tangga.

Perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar ini memberi gambaran jelas bahawa suami isteri saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Diri kita tak sempurna jika tiada pasangan yang boleh sama-sama menegur ke arag kebaikan.

ARTIKEL MENARIK [Bila Isteri mInta Sesuatu, Suami Jangan Kata Tak Boleh Lagi. Usaha Dulu, Pasti Allah Bagi]

Berbeza itu sebenarnya pasangan saling melengkapi

Berbeza itukan buat rumah tangga kita jadi meriah. Iya, meriah dengan marah-marah, merajuk, adegan gaduh manja, menangis sikit sikit, hempas pintu kadang kala, sudahnya pujuk balik.

Seronok kan?

Dengan berbezanya kita, sebenarnya kita melengkapi. Cuma kena tengoklah dekat mana nak saling melengkapi tu. Terutama bab hati.

Isteri suka merajuk, suami kena jaga baran sendiri. Suami kerap marah-marah, isteri kena jaga mulut daripada terlepas cakap. Walau pun isteri jenis pengemas, kena juga beralah suami kaki sepah barang.

LAGI ARTIKEL MENARIK [Minat Orang Perempuan Tak Sama. Ada Suka Emas, Set Periuk & Simpan Duit. Janganlah Pertikaikan

Sungguh, beralah itu titik permulaan bahagia. Lepas dah beralah, minggu depan bergaduh lagi. Itu biasa.

Sebab itulah Allah menghadirkan insan yang boleh sama-sama menegur dan membimbing ke arah kebaikan kerana kita ni bukanlah yang sempurna dari semua aspek. Kita kurang itu, pasangan kita boleh buat. Begitulah sebaliknya. Yang penting kita tidak membanding-bandingkan dan sama-sama berubah untuk menjadi pasangan yang saling melengkapi.

Alah, suami isteri yang bisu pun boleh bergaduh. Pakai bahasa isyarat lagi. Lagi lah kita yang memang boleh bercakap banyak bahasa ni. Begitulah.

Sumber: Firdaus Mokhtar

 

Published by
Wan Amalia Mohd Daud