Isteri Nak Pinjam Duit Bagi Je, Dia Bukan Pinjam Tapi Kita Yang Menumpang Rezeki Mereka

Share

Bila berumah tangga, keperluan isteri dan anak-anak menjadi keutamaan. Kalau isteri tiba-tiba nak pinjam duit, dahulukan mereka. Duit tersebut sebenarnya untuk kegunaan membeli barangan dapur dan keperluan keluarga juga.

Redakan dan InsyaALLAH rezeki anda semakin mencurah-curah kerana rezeki yang anda dapat sebenarnya rezeki dari isteri dan anak-anak juga.

“Abang ada 100 ringgit tak, pinjam dulu”

Isteri nak pinjam duit. Katanya mesin atm kat tempat kerja rosak, malas nak g bank cucuk duit.

Saya kata ok la. Pegi la ambil dalam dompet. Ambil berapa pun boleh.

Kebetulan saya baru je cucuk duit juga. Ada la dalam dompet tu 235.80 baki lepas dah settle bayar bil semua.

Bila nampak ada 200+ tu pun isteri teringat sesuatu.

“Abg pinjam 200 boleh, baru teringat ada nak bayar cod barang hari ni”

Saya kata ok je. Ambil la.

“Terima kasih abg”, sambil tersenyum

Bahagia sangat nampaknya. Dapat 200 ringgit macam dapat 200,000.
Rasa macam di permainkan pula.

Dia bukan malas nak g bank sebenarnya ni, dia nak duit dari saya je untuk buat dia rasa bahagia.

Patut la, bukan sekali ni tapi dah beratus kali kena modus operandi pinjam duit yang sama.

Baru saya teringat, bahasa cinta isteri saya ni ialah hadiah. Dia akan rasa bahagia bila saya bagi hadiah.

Mungkin sebab dah lama tak dapat hadiah, dia pun buat la akal macam tu. Umpama ambil dari duit dompet saya tu macam dapat hadiah la.

Sejak dari itu sengaja saya biarkan ada duit tunai dalam dompet. Duit tu memang khas saya sediakan untuk di pinjam oleh isteri.

Paling bestnya saya tak pernah pun minta isteri bayar balik kerana Allah selalu bayarkan untuk isteri.

Pinjam 200, dapat balik 2000 memang untung sangat la. Rezeki datang tanpa di tagih.
Sebenarnya bukan isteri yang pinjam duit kita, tapi kita yang pinjam rezeki dia.

Wallahu A’lam,
Ambil la banyak banyak pun tak apa duit suami duit isteri juga.

Kredit : Mohd Fhais
Foto: Freepik

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa