Ramai yang selalu bagi tanggapan orang perempuan tak kuat, lemah dan dengan perasaan sendiri pun boleh kalah. Apatah lagi dengan hal-hal lain.
Tapi satu je keistimewaan orang perempuan ni ialah, semangat yang tak pernah putus asa dan mengalah untuk memperbaiki dan mengubah kehidupan mereka. Ini yang kita perlu kagum dan tabik.
Walau diletakkan dalam apa jua situasi dan keadaan, mereka tetap akan cuba untuk cari jalan keluar, jawapan dan penyelesaian. Mereka sendiri yang akan menyesuaikan diri mereka dengan keadaan tersebut.
Ads
Lumrah untuk nampak mereka tu lemah, tak kuat dan kalah dengan perasaan sendiri sebab fitrah penciptaan mereka adalah untuk di sayangi, di cintai dan di kasihi. Mereka nak dipimpin seorang lelaki. Mereka nak lelaki itu bertanggungjawab ke atas diri mereka dan menjalankan kewajipannya seperti yang diamanahkan Allah SWT.
Ads
Tapi bila dah tak dapat seperti yang sepatutnya dapat, takkan nak menangis tiap-tiap hari pulak kan.
Di situlah terselitnya ketabahan orang perempuan yang lelaki tak nampak. Mereka sentiasa memikirkan cara dan jalan untuk dapat apa yang mereka nak. Mereka tak pernah putus asa untuk mengharapkan kehidupan yang lebih baik. Mereka tak pernah hilang semangat untuk rasa bahagia.
Mereka nak setiap hari hidup dalam keadaan yang tenang dan gembira. Walau macam mana pun, mereka akan tetap usaha sedaya yang ada.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Limau kasturi yang kita beli biasanya cepat lembik dan busuk jika tidak digunakan sebaiknya. Tak perlu membazir dan terus buang, apa kata kita simpan menggunakan satu kaedah mudah.
Perkongsian Pn Sharifah Nor Hj Abdullah yang mengeluarkan airnya untuk dibekukan ini wajar kita cuba. Lagi senang nak guna dan tahan lama. Paling penting tak terbuang dan membazir.
Bila pokok limau kasturi berbuah lebat, saya akan buat macam ni. Potong buah, perah ambil airnya.
Nak lebih senang isi penapis terus supaya senang nak buang bijinya. Masukkan dalam petak ais kiub.
Simpan dalam frezer, bila sudah beku keluarkan dan masukkan dalam plastik kecil-kecil. Simpan semula dalam frezer.
Egonya kita dengan anak. Bunyi macam kasar kan tapi inilah hakikatnya yang kita buat pada anak tanpa sedar.
Cara kita layan anak itu kadang-kadang boleh buat mereka berkecil hati dalam diam. Walaupun tak pandai nak luah tapi mereka tetap simpan memori itu dalam ingatan.
Jika berterusan kita bukan sahaja gagal untuk menjadikan anak seorang yang berjaya dalam pelajaran tetapi kesannya pada pembentukan diri apabila mereka membesar dengan rasa kurangnya kasih sayang dan penuh kecurigaan pada ibu bapanya sendiri.
Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.
Anak melambai sambil masuk ke sekolah dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua tiga kali kena marah di awal hari. Kalau tak beritahu pasal surat itu pun takpa fikirnya. Buat kena marah je.
Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia dihantar oleh van ke daycare. Makan seorang dalam diri sambil merenung. Selera sekadar alas perut. Membuat kerja rumah dari sekolah tanpa bimbingan, takut bertanya dengan ibu bapa yang akan marah pasal tak buat di taska. Matahari terbenam, anak merenung pintu menunggu ibu dan ayah balik.
Bila malam menjelma, barulah ibu dan ayah pun menjelma.
Dah 8 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak perkara di lubuk hati yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka teruja nak cerita dan bertanya itu dan ini.
Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan. Nak bagitau yang dipilih untuk pertandingan. Pelbagai perkara masih tersekat di lidahnya.
Tapi dimarahi lagi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua sedang bercakap…No manner kata mereka.. Please don’t disturb now.
Anak menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pula dengan adik-adiknya sambil ketawa keriangan. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita atau check komputer. Ayah suruh baca buku.
Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu di dapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.
Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.
Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.
Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???
Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.
Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat. Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir Anak.
Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.00 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah dan petangnya di day care atau tuisyen. Hujung minggu macam-macam kelas lain pula untuk status ibu bapa dan bukan minat anak!
Tidak penatkah mereka? Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kilo.
Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah dan tension.
Masa berlalu pantas, Masa kecil mereka dahagakan kita, Kita dahagakan wang dan pangkat, kononnya untuk masa depan anak. Tapi masa kini anak diabaikan kasih sayang. Anak membesar dan menaruh kasih di luar rumah. Nak salahkan anak lagi pasal wrong friends, atau kita pasal gagal jadi first best friend…??
Biasanya alasan yang selalu diberikan bila nak bawa anak kecil bercuti susah nak urus. Lagi-lagi dengan macam-macam ragam.
Kalau nak diikutkan rugi sangat berkira bercuti dengan anak atas sebab leceh melayan kerenah dia orang.
Ini kerana kita tak manfaatkan masa berharga ni masa anak masih kecil. Bila diorang dah besar nanti belum tentu masih ada berpeluang nak cuti bersama.
Kenapa penting manfaatkan masa ketika anak kecil seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais adalah:
1 – Anak dah besar nanti mesti sibuk dengan kerja dan urusan diorang, nak jumpa sebulan sekali pun dah susah. Paling tidak pun raya baru dapat jumpa.
2 – Bila dah kawan ramai mana nak lagi diorang bercuti dengan mak ayah, diorang lebih suka bercuti dengan kawan-kawan bujang mereka. Baru sekepala katanya.
3 – Kalau dapat bercuti bersama pun mesti berbalah sahaja, semua tak sependapat. Orang tua nak beli jeruk kat pasar chowrasta, yang muda pula nak selfie dekat sky walk. Huru hara wei dalam kereta !
4 – Masa anak kecil ni lah banyak tempat boleh masuk free, dah besar nanti semua kena bayar. Nak buang air pun kena bayar. Itulah specialnya bercuti masa anak kecil, jimat belanja.
5 – Dah berkahwin nanti ada anak-anak mesti diorang akan utamakan anak isteri dahulu, mak ayah kemudian. Redha je lah masa ni jalan seorang diri.
6 – Kalau masa muda ni bercuti sebab nak hilangkan stress dan bahagiakan anak isteri tapi masa dah tua nanti bercuti sebab nak isi masa diri sendiri yang banyak terluang dan bahagiakan hati sendiri. Refleksi diri katanya!
7 – Masa diorang kecil ni kita bawa pergi zoo pun diorang dah cukup teruja dan bahagia, yang penting ada jalan-jalan dan gelak tawa. Dah besar nanti? Kalau tak sebut korea memang tak teruja langsung.
Anak-anak kecil sekali je, masa ni lah kita nak pulun habiskan masa bersama mereka, jalan pimpin tangan, peluk cium, angkat naik atas kerusi. Ini semua kenangan bawa sampai tua!
Sebab bila mereka dah cukup akil baligh nanti kita nak angkat pun tak larat dah, bahkan diorang pun dah rasa malu nak peluk kita.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...