Ibu-ibu semua pasti faham, selepas bersalin badan kita memang akan alami banyak perubahan. Perut menggeleber, berat susah turun, ‘mommy pouch’ melekat tak mahu hilang! Tapi jangan putus asa ya, sebab usaha pasti membuahkan hasil, macam yang dilalui oleh isteri kepada pelakon popular Nazrief Nazri ini.
Aizatul Aqma, isteri kesayangan Nazrief, berjaya turunkan 35 kilogram dan kembalikan bentuk badan asalnya selepas melahirkan anak sulung mereka, Noah. Apa yang lebih membanggakan, semuanya dilakukan tanpa sebarang jalan pintas atau produk pelik-pelik.
Tak Kejar Jalan Singkat, Fokus Pada Perubahan Sihat
Menerusi satu perkongsian di TikTok dengan nama angellajoliey, Aizatul tampil berkongsi foto perubahan dirinya selepas bersalin. Kalau tengok, memang ramai kagum sebab Aizatul sekarang dah ramping dan langsing, macam model!
Namun, semua itu bukan berlaku dalam sekelip mata. Menurut Aizatul, dia mengambil masa hampir tiga tahun untuk tegangkan kembali kulit yang kendur dan mengurangkan ‘mommy pouch’ yang sering jadi cabaran utama ibu-ibu lepas bersalin.
“Saya percaya perubahan sebenar memerlukan masa. Saya bangga dengan setiap langkah yang saya ambil,” jelas Aizatul penuh yakin.
Stop chasing shortcuts for results that are meant to last a lifetime. I believe real changes takes time and i’m proud of every step🥹 I lost 35kg in 2 and a half years, took 3 years to tighten up saggy skin and the mommy pouch? Still here 😂
Ramai ibu-ibu yang tanya apa rahsia Aizatul, nak juga kembali sihat dan cantik macam dulu. Jawapannya mudah — konsisten dan sabar.
Tak perlu bergantung pada produk kurus atau diet ekstrem yang boleh memudaratkan diri. Aizatul buktikan, dengan pemakanan sihat, rutin senaman yang konsisten dan paling penting, tidak putus asa, semua ibu boleh capai impian bentuk badan idaman.
Ads
Ibu-Ibu Terinspirasi, Minta Petua
Kalau tengok ruangan komen di TikTok, memang penuh dengan pujian dan ucapan tahniah. Ramai netizen terkejut dengan perubahan Aizatul, siap ada yang kata dia dah macam model catwalk!
Selain itu, ramai golongan ibu turut minta petua dan motivasi untuk terus kuat dalam perjalanan menguruskan badan selepas bersalin.
Pa&Ma yakin, kisah Aizatul ini boleh jadi sumber inspirasi buat semua ibu di luar sana. Tak perlu kejar jalan pintas, utamakan kesihatan, sayang diri sendiri dan nikmati setiap proses perubahan itu.
Seperti kita ketahui yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kecil, namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab-sebab tersendiri.
Oleh itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat secukupnya untuk membesar.
Tetapi dalam membancuh susu formula si bayi, ramai ibu bapa melakukan perkara salah sehingga menyebabkan zat dan nutrisinya susu berkenaan hilang di mana mereka akan mula membancuh susu dengan air panas dahulu.
Bagaimana anda membacuh susu formula❓❓
Selalunya cara di bawah ini bukan❓❓
1) Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
2) Tuang air panas.
3) Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
4) Goncang sehingga sebati
5) Rasa suhu sebelum diberi minum.
Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!
Kenapa❓❓
✔️✔️ Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.
✔️✔️ Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.
✔️✔️ Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.
Oleh itu disini kami titipkan langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja iaitu:-
1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
2) Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.
3)Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
4) Tutup botol dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
5) Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.
Isteri Fad Bocey, Syaheera Rahman yang baru menyambut kelahiran anak ketiganya baru-baru ini telah berkongsi gambar-gambar sajian pantang yang dinikmatinya.
Kebanyakan sajian telah disediakan perawat pantang yang diupah. Hidangannya kelihatan sedap dan disediakan menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat.
Jom lihat gambar berikut yang mungkin boleh memberikan anda idea untuk berpantang nanti. Dari sarapan pagi hingga ke minum petang dan makan malam.
Bukan sahaja ibu sedang berpantang, orang yang tidak berpantang pun terliur dengan hidangan pantang Syaheera.
MAKANAN PANTANG: APA YANG BOLEH DAN APA YANG TIDAK!
Tidak, ibu yang sedang berpantang tidak hanya boleh memakan ikan bakar dan ikan masin! Banyak lagi jenis makanan lain yang boleh dimakan yang tidak memudaratkan diri dan menggalakkan pemulihan diri. Berikut ialah beberapa tip yang boleh diikuti dalam penyediaan sajian pantang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah pemakanan ibu akan mempengaruhi susu yang dihasilkan? Ya, dan tidak. Kenapa?
Menurut Dr Aimi Jaafar, ibu yang menyusukan anak, selalu terbeban dengan pantang larang dari orang tua. Ini sebenarnya berlaku di kebanyakan negara Asia, bukan Malaysia sahaja. Minuman ais, sayur berangin, pulut, dan lain-lain. Itu adalah antara perkara biasa yang dilarang untuk ibu-ibu makan.
Ini adalah subjektif pada setiap orang. Sesetengah bayi memang agak sensitif pada sayur ubi contohnya. Kalau ibunya makan, bayi akan kembung. Terutamanya pada bayi yang baru lahir. Kalau begitu, ibu elakkan lah makanan tersebut. Tetapi setelah bayi semakin besar, biasanya perutnya akan lebih matang dah makin boleh terima banyak makanan.
KOPI DAN KAFEIN
Kurang dari 1% daripada kafein yang diminum akan masuk ke dalam susu ibu. Namun pada bayi yang baru lahir, badannya ambil masa lebih lama untuk proses kafein.
Bayi 6 bulan ke atas biasanya sudah boleh proses kafein dengan cepat.
Untuk berjaga-jaga, ambillah kafein dalam 300mg / hari sahaja (lebih kurang 1 cawan kopi) untuk bayi yang baru lahir. Untuk bayi lebih 6 bulan, boleh dalam 3 cawan sehari. Tapi sekiranya bayi anda lebih sensitive, nampak resah, sukar tidur, dan meragam, maksudnya anda perlu kurangkan kopi anda.
MAKANLAH MAKANAN YANG PELBAGAI RASA DAN WARNA
Ibu yang makan pelbagai jenis makanan sewaktu menyusukan anak, akan membantu anak menjadi seorang ‘pemakan’. Ini kerana sewaktu menyusu, susu yang diminum selalu berubah-ubah rasa mengikut pemakanan ibu. Mungkin jika ibu makan makanan yang kuat rasanya dan bau seperti petai atau durian, pertama kali sewaktu menyusukan anak, mungkin anak akan kelihatan menolak pada awalnya. Tapi lama-lama anak akan terbiasa dan boleh terima.
Selain itu, anak juga akan dapat pelbagai khasiat dari makanan yang berbeza beza tadi. Setiap makanan, buah dan sayuran, banyak khasiatnya, tergantung jenis, rupa dan warna.
Ini ada pengaruhnya sewaktu anak sudah boleh makan sendiri. Anak akan jadi seorang yang lebih ‘adventurous’ dengan makanan dan berani mencuba. Jadi kalau ibu maukan anak-anak suka makan makanan yang sihat, amalkanlah dari sewaktu bayi menyusu lagi.
MILK BOOSTER?
Sesetengah makanan memang boleh merangsang pengeluaran susu yang lebih, dan sebaliknya, contohnya; halba dan moringa adalah milk booster semulajadi yang diamalkan secara turun temurun.
Namun yang lebih tinggi pengaruh dalam penghasilan susu adalah demand, stimulasi dan emosi ibu.
Kalau ibu sukakan makanan tersebut, makanan tersebut boleh jadi milkbooster ibu, kerana ibu rasa gembira. Tapi tak bermakna ianya sama pada orang lain.
Carilah milkbooster anda sendiri. Tapi kalau ianya adalah makanan yang manis / tinggi kalori, tak perlulah ambil hari hari ya.
ADAKAH MAKANAN BERPROSES / FAST FOOD / JUNK FOOD AKAN GANGGU KUALITI SUSU?
Pada ibu yang sukakan fast food, mungkin anda akan rasa lega bila saya cakap, susu anda masih lebih berkualiti daripada susu formula.
Tapi dalam masa yang sama, kandungan transfat dalam susu anda juga adalah lebih tinggi daripada ibu yang tidak mengamalkan pemakanan makanan berproses.
Apa yang terjadi sekiranya transfat dalam susu anda tinggi? Bayi akan ada risiko untuk menjadi obese sewaktu besar nanti. Dan banyak lagi penyakit kronik yang disebabkan transfat yang tinggi.
DHA dalam susu juga akan berkurangan disebabkan transfat yang tinggi. DHA yang akan membantu perkembangan otak, mata, dan perkembangan bayi.
APA MAKANAN YANG PENTING DIAMBIL OLEH IBU MENYUSU?
Pertama sekali, makanlah dengan seimbang. Pastikan anda tidak kelaparan, ia boleh menyebabkan susu kurang, kerana anda stress. Kalau perlu, minumlah air dengan banyak kerana ia akan mengelakkan anda berasa lapar dan haus. Juga, carilah snek sihat untuk diambil in between meals. Cadangan saya adalah seperti kekacang, buah-buahan, dan rice crackers.
Makanan yang tinggi omega 3 seperti ikan, dan minyak ikan akan meningkatkan DHA dalam susu. Seperti dalam kajian yang saya tampal di atas, DHA akan membantu pembentukan dan perkembangan bayi. Lemak sihat (PUFA) seperti minyak kelapa dara, minyak zaiton juga boleh diambil selalu. Badan kita tak hasilkan PUFA ini, harus didapatkan dari makanan. Kalau anak kekurangan lemak, berat kurang, lagilah sesuai untuk ibu amalkan pengambilan lemak baik ini.
Probiotic, prebiotic. Hebatnya ciptaan Allah, susu ibu adalah benda hidup. Kenapa? Ianya penuh dengan probiotic. Probiotic adalah bakteria baik yang hidup bersama sama dengan manusia, dan penuh di dalam usus kita. Bakteria baik inilah yang akan membantu pertahankan system imuniti badan manusia. Susu ibu yang penuh dengan probiotic ini akan bantu sihatkan susu bayi, dan seterusnya kesihatannya secara umum. Pemakanan ibu yang tinggi probiotic dan prebiotic (makanan kepada probiotic), akan pastikan susu ibu lebih berkualiti. Prebiotic biasanya dijumpai dalam makanan yang berserat seperti bawang besar, sayur, buah, ataupun gum Arabic, baobab, psyllium husk, dan lain-lain.
Susu ibu memang tinggi dengan vitamin. Tapi sekiranya pemakanan ibu kurang dengan vitamin, dari manakah vitamin itu terhasil? Oleh itu ibu sendiri harus makan banyak buah-buahan, sayur sayuran, berjalan petang di taman (untuk dapatkan vitamin D), makan makanan dengan sumber protein yang sihat (ayam, ikan, kekacang, tahu, tempe, daging segar). Vitamin C sangat tinggi dalam susu ibu, sesuatu yang sangat berharga terutama sekali sewaktu anak sedang sakit. Gunakanlah kurniaan yang tidak ternilai ini dengan bijak.
Dr. Aimi Jaafar
Pegawai Perubatan
Kaunselor Laktasi
Klinik Taqwa Bangi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!