Sekecil apa pun yang berlaku kat anak, isteri mesti orang pertama yang akan perasan. Suami selalu yang terakhir. Ini lumrah dalam hidup mana-mana pasangan yang dah mempunyai anak.
Tapi bagi bapa yang jenis peka apa saja perubahan yang berlaku pada anak mesti dia juga cepat perasan.
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais mengenai hebatnya naluri seorang ibu.
Semalam tangan aisy tersepit dalam ruangan penapis mesin pengering baju. Kecil je ruangan tu, boleh pula masuk tangan lepas keluar tak lepas. Aduh!
Cuba punya cuba akhirnya boleh juga keluar tangan motel dia tu. Menangis juga la masa tangan tersepit tu tapi bila dah dapat lepas dia ok main macam biasa.
Kita pun tak rasa apa-apa la. Tak nampak pun ada luka.
Dari semalam, saya yang jaga aisy sendiri. Dari pagi sampai malam saya yang mandikan, tidurkan tak nampak langsung ada luka ni.
Kalau nak di kira aktiviti dari semalam sudah 4 kali saya mandikan, 4 kali juga saya pakaikan baju, 2 kali saya tidurkan, jumlah keseluruhan 10 kali saya duk belek tangan dia tapi tak sekali pun perasan 3 kesan luka ni.
Isteri baru sekali pagi ni tidurkan aisy dah nampak,
” Bang kenapa tangan aisy ni luka? ”
Mulanya tak ingat, lama kelamaan baru teringat,
” Oh ni mungkin kesan tangan tersepit dalam mesin pengering baju ”
Macam mana isteri boleh nampak dulu sedang dari semalam kita yang urus anak.
Tak puas hati, saya pun tanya isteri.
” Macam mana boleh nampak luka tu? ”
Isteri pun menjawab,
” Ntah tergerak nak tengok ”
Menakjubkan! Hebatnya naluri seorang ibu.. inilah bukti kehebatan yang ada pada ibu dan tak ada pada seorang ayah.
Tak semena-mena sedang sedap makan hati boleh tergerak pula nak tengok tangan anak.
Tak semena-mena minda boleh beri arahan pada mata untuk tengok tangan bukan kaki.
Tak semena-mena emosi boleh terjentik untuk rasa risau akan keselamatan anak.
Betullah apa yang orang kata.
Perkataan yang keluar dari mulut ibu ini adalah satu doa kerana apabila seorang ibu tergerak untuk berkata-kata itu bermakna naluri ibu sudah dapat merasakan sesuatu akan berlaku.
Ibu bukan bermulut masin tapi ibu nasihat supaya dapat elak perkara buruk berlaku.
Oleh itu, bagaimana kita hormat dan dengar cakap pada ibu kita begitu juga kita kena didik anak-anak supaya hormat dan dengar pada ibu mereka.
Mohd Fhais
Jadi anak yang baik maka mudah jadi suami dan ayah yang baik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Lelaki & Perempuan Biar Rapat Dengan Mak Ayah. Barulah Besar Jadi Orang
Anak amanah yang tidak boleh diambil mudah. Melihatkan dunia hari ini, hati ibu bapa ada kala bergetar dan timbul kebimbangan. Anak yang diasuh dengan berkiblatkan Barat dan kemodenan yang melampau akhirnya menjadi mangsa salah didikan. Hanya dengan Islam anak-anak boleh dijinakkan.
Menurut Prof Madya Dr Mohd Noor Mamat, ibu bapa perlu tahu anak sama ada lelaki dan perempuan mereka wajib dididik dan ditanamkan dengan kepercayaan kepada Allah dalam diri mereka. Apabila mereka sudah dekat dengan Allah, maka lebih mudah bagi kita mencuit hati mereka untuk pembinaan ibadah dan akhlak.
USIA DUA HINGGA EMPAT TAHUN IALAH WAKTU KRITIKAL BAGI PSIKOLOGI ANAK DI MANA MEREKA AKAN MENIRU DAN MENGIKUT PERBUATAN APA YANG DISURUH.
Jika kita lihat, waktu inilah mereka bercakap dan bertanya dengan banyak. Ibu bapa perlulah bersedia untuk menjadi model yang baik untuk anak-anak. Sediakan persekitaran yang islamik. Bagi ibu bapa yang bekerja, dapatkan penjaga yang mempunyai akhlak dan menjaga ibadah kerana ia memberikan impak yang besar dalam perkembangan dirinya.
ASUHAN ANAK LELAKI ANAK PEREMPUAN
Kedua-duanya mempunyai karakter yang berbeza dan keadaan fizikal yang berbeza. Asuhan antara keduanya perlulah spesifik dan tentulah tidak sama. Apa yang perlu dibangunkan dalam diri anak lelaki dan perempuan ialah:
Anak lelaki
Berikan mereka tanggungjawab atau tugas yang sesuai dengan karakter lelaki yang lasak.
Tidak perlu menunjukkan kasih sayang tetapi memberikan penghormatan menerusi puji-pujian. Berikan kepercayaan.
Membelikan alat permainan yang berkonsepkan intelektual dan memerlukan dia berfikir.
Anak perempuan
Melayani dengan penuh kasih sayang kerana anak perempuan tetapi dalam yang sama tegas.
Perlu menunjukkan perbuatan yang menunjukkan kasih sayang seperti memberi ciuman, pelukan dan menerusi percakapan.
Mengasuh mereka tentang aurat dan batas pergaulan dengan bukan muhrim. Perlu rapat dengan ibu bapa dan perlukan lebih banyak perhatian berbanding anak lelaki. Berikan alat permainan yang membabitkan emosi seperti anak patung.
WUJUDKAN IMAN, IBADAH & AKHLAK DALAM DIRI ANAK
Didikan si manja seharusnya bermula daripada alam rahim lagi dengan memperdengarkan Al-Quran dan amalan-amalan yang lain. Hal ini diteruskan selepas kelahiran untuk membentuk kekuatan spiritual di dalam diri anak-anak. Hal ini akan sebagai platform untuk pembinaan kekuatan spiritual dan cinta Allah.
Didikan awal yang bersesuaian dengan karakter dan sifat semula jadi mempengaruhi pembentukan diri anak-anak menjelang remaja. Ia mustahak untuk mengekang pelbagai masalah sosial seperti kecelaruan gender dan pergaulan bebas. Dengan adanya benteng keimanan serta kecintaan Allah dan pengukuhan ibadah dan akhlak, si manja akan lebih bersedia menghadapi cabaran langit dunia terbuka pada masa akan datang.
Elemen penting yang perlu dikukuhkan dalam diri anak ialah :
Iman (akidah)
Hal ini adalah untuk mentauhidkan Allah dalam diri anak-anak. Ia menjadi perkara pokok pertama yang sangat penting dan boleh ditanam di dalam diri anak sejak daripada alam rahim. Selepas lahir, dia akan mula melihat apa yang dilakukan oleh ibu bapa dan orang di sekelilingnya dan menyerapnya. Justeru, amat mustahak untuk kita menyediakan persekitaran yang positif selaras dengan kehendak Allah serta mempraktikkan segala suruhannya. Sentiasa mengaitkan Allah dalam apa juga yang dilakukan dan dilihat. Apabila iman ini sudah subur, hatinya mudah kita cuit untuk pengisian ibadah dan akhlak.
Ibadah
Si manja kini sudah tahu tentang Allah, maka pengukuhan ibadah menjadi lebih senang. Misalnya untuk mengajarnya untuk solat tahajud, anda bolehlah berkata begini “Aqil nak jadi pandai, Aqil dengan kena doa pada Allah. Allah suka kalau kita minta apa-apa dari Dia. Waktu doa yang paling Allah suka ialah waktu sahur. Jom esok kita bangun sama-sama ye solat dan doa waktu sahur. Nanti mama kejutkan Aqil ye”.
Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain seperti puasa, solat dan lain-lain. Hati yang sudah basah dengan keimanan mudah untuk kita cuit untuk melakukan ibadah wajib dan sunat.
Akhlak
Akhlak juga berkait rapat dengan akidah. Si kecil yang sudah mempunyai asas akidah yang kuat tidak mudah tergelincir untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum Allah. Mereka dengan sendirinya tahu apa yang tidak boleh dan apa yang boleh. Ibu bapa perlu memandu mereka daripada peringkat awal dan membimbing dengan cara yang santai dan penuh kasih sayang. Gunakan waktu makan, waktu di dalam kereta dan semasa menonton rancangan kegemarannya untuk memberikan dakwah santai.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Anak Mengadu Sesuatu, Cuba Dengar Sampai Habis & Siasat
“Mama, ada orang sentuh adik”, “ish apa adik ni”.. si anak terus terdiam, mula takut nak mencerita pada si ibu. Penderaan seksual bukan sesuatu yang boleh dibiarkan. Ibu atau ayah yang mengetahui tentang masalah si anak ini harus melakukan sesuatu!
Anak-anak juga harus di ajar tentang sentuhan selamat dan juga sentuhan tidak selamat agar mereka dapat membezakan baik dan buruk. Banyak kes yang melibatkan penderaan seksual yang berlaku. Jadi ibu ayah WAJIB ambil peduli. Ikuti artikel ini.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yusuf First Time Boleh Jalan Umur 8 Bulan”. Coretan Menyentuh Hati Hairul Azreen Untuk Yusuf
Yusuf Iskandar anak sulung pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kini semakin aktif dan berdikari. Besar harapan daddy kepada Yusuf. Coretan Hairul ini membuat hati tersentuh membacanya.
Coretan Hairul dimuat naik Hairul ke Instagram beserta kapsyen yang meluahkan perasaan dan harapannya kepada Yusuf.
Posting tersebut berkisar mengenai memori Hairul tentang perkembangan Yusuf yang mula berjalan ketika berusia 8 bulan. Hairul turut menyatakan yang Yusuf suka berjalan dan hanya akan memerlukan stroller ketika mahu melelapkan mata sahaja. Ternyata Yusuf anak lelaki yang kuat dan tidak banyak ragam.
“Yusuf Iskandar♥️
Hari ni Yusuf 2 tahun 5 bulan, daddy nak cerita yang Yusuf first time boleh jalan masa tu berumur 8 bulan pun di Japan ?? dan sekarang Yusuf sangat suka berjalan kaki dari pagi sampai malam.”
“Tak kira kita pergi Disneyland ke Disney sea ke move next negeri ke Yusuf tetap tak nak naik stroller.”
“Kaki Yusuf sangat kuat, (daddy pulak mcm nak naik stroller). Tapi cuma bila nak tidur je Yusuf perlukan stroller.”
HARAPAN BUAT YUSUF
Dalam catatannya itu juga, Hairul turut menyatakan harapannnya buat Yusuf sebagai anak sulung dan seorang abang untuk menjaga mommy dan adiknya yang bakal lahir nanti. Hairul yakin Yusuf akan mampu untuk memikul tanggungjawab itu.
“Alhamdulillah lepas ni InsyaAllah Yusuf akan dapat adik, jadi abang yang baik boleh jaga mommy & adik dengan baik sebab Yusuf anak lelaki yang pertama tanggungjawab sangat tinggi InsyaAllah Yusuf boleh pikul tanggungjwb ini.”
The Best Never Rest Son ☝️
-AMIN-
DOA UNTUK SEMUA
Selain itu, pelakon filem Paskal juga menghargai doa daripada semua dan turut mendoakann kepada para pasangan yang sedang menantikan kehadiran anak dalam perkahwinan, jodoh dan pasangan yang membahagiakan sehingga ke syurga.
By the way saya tahu ada yang di luar sana selalu doakan yang baik-baik untuk family saya. Terima kasih banyak2 ??
Apa kata di ruang Instagram saya ini kita gunakan utk berdoa yang baik-baik utk followers saya & family saya ini kita sama-sama doa
Kepada yang sudah kahwin tapi belum dapat zuriat sama-sama kita doakan anda akan di kurniakan cahaya mata yang soleh / solehah satu hati nanti -AMIN-
Kepada yang belum bertemu jodoh sama-sama kita doa tak lama lagi akan bertemu pasangan hidup masing-masing yang serasi, membahagiakan antara satu sama lain hingga ke anak cucu
-AMIN-
Kepada pasangan suami isteri sama-sama kita doa jodoh kita dgn pasangan tercinta murah rezeki & kekal bahagia dunia akhirat dan menjadi TEMAN SAMA-SAMAMASUK KE SYURGA -AMIN- Sebut yang baik2 sebab kata2 itu doa ?
Last tu lagu fav mommy kamu @haniszalikha yang selalu buat daddy senyum bila mommy menyanyi
she is my bam bam ?
View this post on InstagramA post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on
Sumber: hairulazreen
Bayi pramatang lahir jauh lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin sedangkan banyak lagi organ-organ masih belum matang sepenuhnya. Dengan kemajuan teknologi perubatan mereka bertahan dan boleh membesar seperti anak-anak normal yang lain.
.
Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang, tonton rancangan TV Pa&Ma, 6 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Survival Anak Pramatang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI