Isteri Paling Suka Bila Suami Hargai Masakannya. Walaupun Simple Tengok Suami Makan Pun Puas Hati

Share

Suami yang memahami seorang isteri akan faham setiap masalah, keperluan dan apa patut dilakukan. Bukan bermakna anda ketua keluarga, semua tugas dan tanggungjawab menguruskan rumah tangga diserahkan bulat-bulat pada isteri.

Begitu juga dalam bab masakan. Isteri yang bekerja mereka mungkin terkejar-kejar untuk balik masak semata-mata nak pastikan ahli keluarga kenyang. Tapi ada waktunya dek kerana kesesakan jalan raya, anak yang meragam niat itu tak dapat dilaksanakan dengan baik.

Perkongsian dari Firdaus Shakirin mengenai suami harus menghargai masakan isteri boleh memberi manfaat kepada suami yang lain walaupun ada ketikanya hanya lauk yang ringkas.

Dahulu, isteri saya kerja syif 12 jam, pagi dan malam…bila dia bercuti, dia nak masak untuk suaminya.

Maka mulalah dengan masak nasi goreng. Saya pun makanlah, rasa masin sedikit, tapi sebab tak nak kecilkan hati dia, maka disulamkan dengan air kopi, jadi kurang lah sikit rasa masin tu. Habis sepinggan.

Kemudian anak-anak pula makan, terus anak-anak cakap ” Nasi Masin”…Isteri pun rasa, memang masin…”macam mana abang makan habis sepinggan?”…”abg rasa ok ja”…

Kadang-kadang dia suarakan niat nak memasak, saya cakap, tak payah, beli ja lauk atau makanan yang dah siap, kan kita ada anak kecil, susah tapi bila dia nak juga masak, saya pergi pasar, beli barang-barang yang dia nak untuk dia masak saya bagi galakan kepadanya.

“Abang nak makan apa hari ni?”…ayam masak merah…”ok”…balik ja kje, kita pun nak makan lah, tengok nasi dah masak…cantik…tapi ayam masih dengan garam kunyit.. tak goreng lagi.

“Anak buat perangai tadi bang, dia merap…baru potong ayam, baru buh garam kunyit, tak sempat nak goreng.”

Saya goreng ayam, then makan…tak marah, tak melenting.

Macam tu kehidupan seorang isteri baik yang bekerjaya, ataupun yang suri rumah sepenuh masa…Mereka nak masak untuk kita, nak tawan perut kita, namun kadang-kadang kerana keterbatasan anak-anak yang masih kecil, mereka tak dapat nak laksanakan.

Jadi bila mereka masak, kita hargai…bila rasa terkurang sana sini, kita tegur dan menegur tu pula jangan sampai menghina, jangan memperlekehkan usaha mereka…sebab kita tak tahu dan tak nampak apa yang mereka lalui untuk menyediakan sepinggan makanan untuk kita.

Sumber: Firdaus Shakirin

Published by
Wan Amy