“Abanggggggg… ooo abanggg” 10 kali panggil tapi suami masih lagi tak jawab, sunyi sepi bagai angin berlalu. Pernah tak? Kadang-kadang rasa nak marah sangat-sangat. Bila datang dekat dengannya dan bertanya “abang dengar tak sayang panggil” jawapan paling mengejutkan dari para suami “Tak dengar, awak ada panggil saya ke?”
Pasti situasi ini banyak berlaku dalam rumah tangga dan para isteri akan alami situasi ini dengan penuh rasa geram. Menjerit-jerit panggil masih tak dengar-dengar. Para suami sebenarnya memang tak dengar ataupun buat-buat tak dengar?
Kadang-kadang si isteri bercakap disebelah pun si suami tak sedar. Lumrah bila isteri suka pot pet pot pet. Tapi suami bila fokus pada sesuatu benda dia seolah berada di dunia yang lain. Ikuti artikel penuh ini.
Baca Selanjutnya:
Telinga Lelaki Pekak Sebelah?
Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan.
Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja. Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri.
Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar.
Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang. Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda.
Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan “stereo” menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan pecakapan manusia. Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam “toilet”. Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami.
Sumber : JK PEKA IKRAM